Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 1 Februari 2015

Pencarian

mencari sesuatu yang telah hilang
sayangnya sukar kelihatan
walau dimana dan setiap sisi
diri mencari
pencarian ini amat menyakitkan
mencari di mana,mana silap
nya
mencari di mana,mana janjimu
apakah telah hilang bersama waktu...
akan ku sabar mencari
kehilangan diri sendiri
hilang bersama waktu
semoga bisa kutemui
diri ini sebelum terlambat waktu
semoga diberi peluang
merendah masa dan keadaan
walau dalam apa jua keadaan
pencarian ini tidak akan ada titik noktahnya...



Jangan dilupa ayah ibu kita

Tak sampai sejam lagi subuh akan hadir.Masih aku di meja melayankan kerja-kerja sekolah yang belum habisnya..dalam masa yang sama melayan alunan lagu di radio Manisfm...terhibur dengan pilihan lagu-lagu yang semuanya menepati jiwa...
apa ya untuk dicoretkan....jemari ni ringan je nak menulis tapi macam kekeringan idea pulok..
cuma satu jelah nak pesan....selagi kita punya mak,punya ayah jangan abaikan mereka..baru saya rasa kehilangan orang tersayang ini amat memeritkan.nak undur balik masa silam tapi mana mungkin.kini kenangan lama satu persatu menjelma..
sayang bagi kita membiarkan masa yang tersisa ini tanpa kita mengambil peluang untuk bersama mereka..bahagianya rasa kalau saya diberi peluang bersama ibu sepanjang masa..tapi apakan daya itu cuma impian...mak terlalu jauh di mata...saya sayang dia..sayang banyak-banyak...namun sayang ni tidak cukup dengan sayang mak pada saya...sedih hati bila tahu mak sakit..saya tak dapat nak usap mak untuk hilang kan rasa sakit itu..huhu merepek  dah ini.

jadilah anak yang soleh atau solehah..bahagianya mak ayah kita..sejuk hidup mereka dengan adanya kita sebagai anak yang tahu menilai kasih sayang dan pergorbanan ayah ibu..

itu saje nak tulis....terkadang sesuatu yang berlaku itu tanpa kita sangka....


Selamat kembali ke sekolah kepada semua yang bergelar pendidik dan kepada semua pelajar..esok dan lusa bermula kembali perjuangan membentuk modal insan dengan cara dan acuan kita sendiri..semoga tanggungjawab ini dapat kita laksanakan seikhlas mungkin...
Betapa indahnya alam persekolahan....bila ditinggalkan baru tahu erti kemanisan..
Rindu saing2 lame

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK DEMAK BARU 2015



(SAYA HANYA MENULIS TEKS INI SEKADAR SUKA-SUKA..TIADA KAITAN DENGAN MAJLIS INI.CUMA SEKADAR MENGGUNAKAN NAMA SEKOLAH DAN RAKAN GURU YANG BERTUGAS DI TEMPAT SAYA)

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
SMK DEMAK BARU  


1.         CUE:  APABILA PERASMI TIBA…

ANN:  Ketibaan  YANG BERHORMAT DATUK HAJAH FATIMAH BINTI ABDULLAH
Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat

2.         CUE:  APABILA PERASMI  SUDAH TIBA DI TEMPAT  DUDUKNYA


ANN:  Hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah Demak Gemilang.

3.         CUE:  APABILA NYANYIAN SELESAI…

            ANN:  Terima kasih diucapkan. Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat
 dan para hadirin dipersilakan duduk.

4.         CUE:  PERSEMBAHAN PEMBUKAAN…
    ANN:  Sebagai pembuka tirai Majlis pada pagi ini, sukacitanya dipersembahkan                            persembahan Tarian Selamat Datang

            Dipersilakan.

5.         CUE:  APABILA PERSEMBAHAN SELESAI…

ANN:  Terima kasih diucapkan. Persembahan sebentar tadi adalah daripada murid-murid Pendidikan khas dibawah pimpinan Cikgu Kamariah Kunggi


6.         CUE:  KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS…

            ANN:  Bismillahirrahmannirahim
                        Asalamualaikum wrt.
                        Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia dan Salam Terus Menjulang Sarawak




Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

YANG BERHORMAT

DATUK HAJAH FATIMAH BINTI ABDULLAH
Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat



YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG BERUSAHA
USTAZ BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU

WARGA PENDIDIK, MURID- MURID, TUAN- TUAN, PUAN- PUAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

7.         CUE: BACAAN DOA

            ANN:  Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Badrol Hisyam Bin Majid untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.


***********(Bacaan Doa)**********


8.         CUE:  SELESAI SAHAJA BACAAN DOA..

ANN:  Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustas Badrol Hisyam Bin Majid atas pimpinan doa sebentar tadi




9.         CUE:  UCAPAN ALUAN PENGETUA

ANN:  Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru untuk  menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******( Ucapan  yang Berusaha Pengetua)******

10.       CUE:  SELESAI SAHAJA UCAPAN ALUAN PENGARAH…

ANN:  Majlis merakamkan ucapan teriam kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru  atas ucapan sebentar tadi.

11.       CUE:  UCAPAN ADUN N50 DALAT…

ANN:  Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan upacara Menandatangani Plak Perasmian.
Majlis dengan penuh hormat mempersilakan.

***( Ucapan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah)***

12.       CUE:  SELESAI SAHAJA UCAPAN ADUN N50 DALAT

ANN:  Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah  atas ucapan sebentar tadi.

           

13.       CUE:  SELESAI SAHAJA UCAPAN PERASMIAN YB…

ANN:  Dengan ini, dipersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru  serta tetamu-tetamu kehormat untuk mengiringi  Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga SarawakMerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, bagi menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian .............................

******( Upacara Menandatangan Plak Perasmian )******

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga SarawakMerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian ................................
           
14.       CUE:  PENYAMPAIAN ANUGERAH

Berkebaya batik warna merah
Diserikan dengan permata belian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran



Seterusnya kita ke acara seterusnya iaitu acara penyampaian Anugerah kepada para penerima Anugerah pada hari ini.
Dengan ini, dipersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru  untuk mengiringi  Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga SarawakMerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, bagi menyempurnakan Majlis penyampaian anugerah kepada penerima anugerah

Majlis dimulakan dengan ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK..
DI PERSILAKAN (RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya ANUGERAH KEDUDUKAN DI DALAM KELAS
DIPERSILAKAN  (RUJUK LAMPIRAN )

Seterusnya ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3
DIPERSILAKAN (RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
DIPERSILAKAN (RUJUK LAMPIRAN )

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dan terima kasih kepada Yang berhormat kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.


 15.      CUE: PENYAMPAIAN CENDERAHATI

ANN:  Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru untuk Menyampaikan Cenderamata Kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat 


16.       CUE : SELESAI  PENYAMPAIAN CENDERAHATI..

ANN:Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat Binti Haji Anu atas kesudian berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru untuk  bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara melancarkan Majlis Perasmian .....



17.       CUE :PERSEMBAHAN SAJAK
ANN:   Sama-samalah kita saksikan satu sketsa yang akan dipersembahkan oleh muri-murid SMK Demak Baru yang bertajuk Dari Kaki Tangga Ke Menara.

Dengan ini dipersilakan

Demikianlah satu satu sketsa yang menyentuh hati di bawah pimpinan Cikgu BadrulHisyam Ameran.

Terima kasih diucapkan.




18.       CUE :PERSEMBAHAN NYAYIAN

                        Hadirin dan hadirat sekalian
Seterusnya pula kita akan dihiburkan oleh nyanyian adik Ery Hafizi murid PPKI yang juga merupakan juara Pertandingan Karaoke Pendidikan Khas Negeri Sarawak 2014,dengan tajuk lagunya Kehilangan.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Demikianlah tadi begitu penuh perasaan sekali nyanyian adik Ery Hafizi.Majlis mengucapkan terima kasih.







19.       CUE : MAJLIS TAMAT DAN JAMUAN

Hadirin dan Hadirat sekalian,dengan selesainya nyanyian itu tadi maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.

ANN :Mewakili seluruh wargajawatankuasa, dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan  tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan di pinta.

Untuk itu Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat dan dif-dif Jemputan Ke majlis jamuan

Di jemput  Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati jamuan  yang telah disediakan....
Selamat menjamu selera..

Akhir kata Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia

Sekian wbt

SELESAI MAJLIS BERSURAI