Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 9 November 2011

Isi hati siapakah yang memahami...

butterfly9br9.gif 
Tinta lama dah tidak menari untuk mencoretkan isi hati..kesibukan sememangnya membataskan diri ini untuk berdamping dengan diari yang amat disayangi ini..Apalagi sebuah blog yang usang sebagai tempat luahan perasaan ..sebagai tempat melepaskan tekanan.
Amat diakui minggu ini seakan mengejar masa..24 jam yang diberikan rasanya masih lagi belum mencukupi..Tepaksa juga korbankan mimpi-mimpi indah di malam hari lantaran mata takut untuk terpejam..Bimbang kerja tak sempat diselesaikan.Pun begitu sempat juga melepaskan tekanan pada teman-teman  yang  sudi menemani ...sungguh ada ketikanya rasa macam tak percaya sesuatu yang hadir ,apa yang berlaku pada ketika ini.Mungkinkah Allah sedang menguji diri ini.Dimana kah kekuatan diri ini untuk menghadapi segala ujian yang datang dariNya..
Segala tindakan yang dilakukan haruslah berfikr dengan sewarasnya.Jangan ada rasa menyesal kemudian hari.
Semalam kuntuman senyuman rasanya terukir indah..rasa bahagia apabila mengetahui segala kudrat yang tercurah selama ni dihargai..betul-betul tak sangka dengan komen-komen positif yang tidak terlintas di hati selama ni..Betullah selalu dikatakan orang..apabila sesuatu itu bermula dengan keikhlasan pasti pengakhirannya jua kemanisan..Cukuplah salah anggap orang satu ketika dulu amat perit rasanya..Dan kini Allah telah membalasnya dengan seribu keindahan..demi keindahan...cuma haruslah sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya.
Sesekali jua terfikir di hati..di mana keistimewaan diri ????Kenapa selalu saya diuji dengan sesuatu yang tak disangka..Didatangi dengan insan-insan yang tak terduga oleh minda ini...memerlukan kekuatan hati untuk menghadapi situasi ini..Ibarat menarik rambut di dalam tepung..Segala-galanya perlu dijaga dengan teliti .
Seminggu di bulan November telah berlalu..tak sabar mengira detik waktu agar pertemuan kembali menyatu..setahun tanpa kepulangan membawa sarat rindunya..rindu pada mak,ayah ,serta kaum keluarga..rindu pada kg halaman..pada pantai teman melepaskan perasaan yang setia menanti..Hujan emas di negeri orang,namum tanah tumpah darah ,airmata mengamit jua..Akur dengan runtuman jiwa ada rindu yang belum terlerai..
Diri ini bukanlah enggang hanya lah bangau yang pulang ke pangkuan kerbau..itulah ibaratnya.
Dengar lagu ni lagilah buat hati tambahhhhhhhhhh rindunya!!!
RINDUUUUUUUUU!!!
Sangat RINDU..
ombak..pantai..aku akan kembali..
kerana aku
Anak Pantai



Amirul...Cikgu suka