Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 3 April 2017

Buat renungan

Berdamping dengan Al Quran.

Berdampinglah dengan Al Quran hingga ketika berada bersamanya seakan berada dalam lingkungan teman istimewa; memberi ketenangan, mencetus pemikiran dan mententeramkan jiwa.
Orang menyangka kita bersendiri, tapi hakikatnya kita sebaliknya.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Indahnya rezeki

*BUAT RENUNGAN*

Rezeki tidak terbatas kepada wang dan makanan.

Rezeki dalam kata-kata indah yang dibaca...
Rezeki dalam kasih sayang tulus ibu dan ayah...
Dikasihi, tidak kira apa.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Renungan

*BUAT RENUNGAN*

Jangan tinggalkan kebaikan dan amal Soleh walaupun diduga dengan sesuatu halangan, kerana halangan tu hanya sekejap sahaja lalu akan hilang, sedangkan pahala daripada kebaikan yang diamalkan itu akan kekal selamanya sehinggalah dibawa ke alam selepas mati yang akhirnya akan menghantar kita ke syurga...biiznillah.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Renungan

*BUAT RENUNGAN*

Jangan lakukan dosa walau sekecil mana pun ia, sebab nikmat melakukan dosa tu hanya sekejap, lalu akan hilang, sedangkan dosanya akan kekal selamanya sehinggalah dibawa ke alam selepas mati yang akhirnya akan menghantar kita ke neraka.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥