Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 24 November 2017

Kecewa

Kadang kala kita terlalu rasa kecewa dengan apa yang berlaku..
Kekecewaan telah membuatkan kita dan ramai orang musnah
Kekecewaan telah mencipta keporakperandaan dalam hidup
Bagi insan yang tidak kuat imannya akan tersungkur awal
Hanya yang kuat sahaja yang mampu bertahan
Aku ingin menjadi insan yang kuat itu

Titipan Pesanan Pengetua SMK Kampong Jawa untuk semua guru sebelum bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat semua rakan-rakan guru SMKKJ, seperti yang kita sedia maklum, hari ini, Jumaat, 24 Nov 2017 adalah hari terakhir sesi persekolahan 2017.

1. Saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua. Gunakanlah  masa cuti yang ada sebaiknya khususnya untuk keluarga tercinta di samping menyambung sillaturrahmi sesama saudara dan sahabat yang mungkin tak dapat dilaksanakan kerana kesibukan semasa musim persekolahan lalu.

2. Gunakan juga masa yang ada untuk menuntut ilmu dan kemahiran di mana sempat mempersiapkan diri untuk dunia dan akhirat kita.

3.Jangan lupa sentiasa berkongsi kegembiraan dan berita dengan rakan2 melalui media sosial dan komunikasi yang ada.

4. Jangan juga lupa tarikh2 penting yang perlu penglibatan kita di sekolah seperti penyerahan slip PT3, Mesyuarat Guru awal tahun nnti..dsbgnya..sentiasa baca maklumat melalui wasap atau mesej sekolah. Kunci dan peralatan sekolah di tinggalkan di pejabat.

5. Yang masih bertugas ( spt pengawas SPM)  atau akan bertugas semasa cuti, lakukan yang terbaik.

6. Tahniah kepada ibu napa yang anak2 betjaya dalam.UPSR..UPSRA..Tahniah kepada yang akan bernikah atau bernikah lagi atau melancong bersama keluarga dalam fann luar negara. Berhati2 di jalan raya..atau di tempat orang.

7. Selamat bersara atau bertukar bagi yang menamatkan perkhidmatan di SMKKJ.Terima kasih pada kalian.

Saya bangga dengan anda semua. TERIMA KASIH dan TAHNIAH atas pengorbanan dan tanggungjawab yang anda telah laksanakan dan jayakan sepanjang 2017 dan tahun2 sebelumnya. Terus doakan yang terbaik untuk anak2 didik kita..SPM..PT3 dan yang lain2.. dan doakan semoga tahun 2018 dan tahun2 mendatang kita dapat melaksanakan dan mencapai yang terbaik, InsyaAllah.

"The joy of brightening other lives, bearing each others’ burdens, easing others’ loads and supplanting empty hearts and lives with generous gifts becomes for us the magic of the holidays.”    

Wish you the very best...

Pengetua
SMK KAMPONG JAWA