Terjumpa gambar nie dan saya suka tengok gambar nie..Nak tahu kenapa..sebab gambar ini begitu dekat dengan jiwa saya. Bulan..pantai..laut dan perahu..Semua itu dunia saya dahulu.
Bulan yang mengambang tu..antara hobi saya melihat dan merenungnya sejak kecil hingga kini..Bagi saya bulan seakan kawan pada saya.Teman ketika saya di dalam kegelapan.Bulan jua menjadi teman paling setia tempat saya luahkan apa yang saya rasa.Bulan jua yang memberi sinar pada saya ke arah menuju puncak.Masih saya ingat ,saya amat suka jika bulan penuh kerana ianya menerangkan mata saya untuk menatap buku mengulangkaji pelajaran,kerana saya mengulangkaji menggunakan pelita ayam.Bila ada bulan saya rasa betapa nikmatnya cahaya yang diberikan oleh Allah kepada saya .Saya juga mempunyai prinsip bila saya rindu seseorang je saya akan memandang bulan.kerana semua orang akan memandang bulan yang sama.
pantai pula bagi saya adalah tempat permainan..tempat yang mengajar saya erti sebuah kehidupan.Tempat yang banyak nostalgianya.Dulu ketika zaman persekolahan..inilah tempat permainan dengan kawan-kawan sekampung.biasanya permainan seperti 'gelap ceroh',main bola, lumba lari..macam-macam lagi saya dah lupa.Pantai juga mengajar saya erti hidup.Antara sumber rezeki bagi saya.Di pantailah saya mencari remis untuk di makan,dipantailah jua kaki ini melangkah mencari tulang sotong untuk dijual.Dipantai ini juga saya mengutip kelapa-kelapa yang dihanyutkan ombak ke pantai untuk dibuat minyak...dipantai jua tangan ini mengutip satu persatu keratan kayu untuk digunakan oleh emak saya bagi goreng pisangnya .Di pantai jualah tempat saya mengulangkaji pelajaran dan menjadikan saya seperti hari ini. Pantai juga menjadi medan saya meluahkan perasaan.jemari saya pasti rancak menulis di pasir yang memutih..terkadang ombak datang melenyapkan segala penulisan saya..namum jiwa saya tenang apabila semua telah saya curahkan apa yang terbuku di hati..Dan pantai jua yang menyambung kembali kemesraan yang pudar sekian lama.
Laut pula menjadi terapi bagi saya menenangkan minda yang bergelora ketika itu.Warnanya yang biru..air yang tenang sangat mendamaikan ..dulu buka mata je saya akan buka tingkap melihat fajar yang menyinsing.lepas tu mata mula merenung indahnya laut ketika itu..Sesekali telinga saya dicemari dengar bunyi deruman enjin sang nelayan memulakan perjalanan untuk menangkap ikan.Bila saya penat mengulangkaji pelajaran..saya akan ambil masa seketika merenung ombak yang datang dan pergi. Ada masa tenang ada masa bergelora.Apa yang saya dapat hidup kitapun seperti itu.Buat apa saya kesali takdir saya ketika itu dan saya ambil sebagai cabaran dan semangat untuk saya mengapai cita-cita. Bila waktu senja pula..kaki saya pasti basah dengan sapaan ombak..kerana saya amat suka berjalan di gigi air menyusuri pantai sambil melayan perasaan ,mata pula tak lepas memerhati perahu-perahu nelayan nun jauh sayup mata memandang...Ada satu perasaan mengharapkan semoga selamat di lautan sana.
perahu pula adalah tempat saya lepak dengan kakak atau dengan kawan-kawan waktu kat pantai.Begitu juga bila saya mengulangkaji pelajaran kat pantai.Biasanya saya buat untuk menutupi permandangan daripada dilihat oleh orang lain kerana saya tidak mahu orang salah anggap saya menunjuk belajar.yelah..seingat saya tak pernah saya jumpa orang lain mengulangkaji pelajaran kat pantai tu melainkan saya. Kalau untuk "dating" tu adalah..selalu juga terlihat..Hakikatnya orang tak tahu saya mencari satu ketenangan yang saya tidak dapat di rumah.Perahu atau bot juga amat dekat dengan saya..kerana ianya digunakan oleh nelayan..Dan..nelayan itu mengajar saya satu nilai rasa.