Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 12 November 2011
Kenangan Di Majlis Jamuan Makan Malam SMK Demak Baru di Hotel Merdeka Palace
Tak sangka rezeki tahun ini saya menang Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik dan Meja Contoh 5S..Alhamdulillah
Kenangan dengan Cikgu Fong yang akan berpindah
Cikgu Teo dan Cikgu Nasir juga akan meninggalkan SMK Demak Baru..Semoga kalian berjaya di tempat baru.
Azzarah ...tak sangka rupanya tahun yang terakhir kat sekolah..Rasanya saya masih belum puas untuk bersama pelajar ini...Tiada perkara yang dialakukan yang menyebabkan hati saya sakit..Tak dapat ditahan airmata berguguran disaat huluran tangan memohon ampun dan maaf kerana saya tahu ada ketika saya tidak mendidik mereka seperti mana yang sepatutnya.Saya pasti akan merindui pelajar ini..
Ariana pelajar yang masih bersama lagi pada tahun hadapan..seorang pelajar yang agak rapat juga dengan saya.Baru pulih dari rasa kecil hati sebab saya tidak memberikan hadiah sempena hari lahirnya..
saya juga akan kehilangan pelajar ini.Walaupun Shafrizan sedikit nakal orangnya tapi sangat ringan tulang membantu guru ketika diperlukan..
perpindahan rumah saya dan sambutan rumah terbuka di rumah saya ,beliau salah seorang murid yang turut membantu..Saya juga akan rindu pelajar ini..
Nazira lah menjadi pembantu saya nanti apabila saya kehilangan pembantu-pembantu kedai yang rajin seperti Naamah,Maxwell,Hazil.
Norazi juga akan tiada lagi pada tahun hadapan..
Intan dan Norazi juga antara murd yang akan menamatkan pelajaran mereka..Pastinya di bidang sukan amat terasa kehilangan permata sukan..
Segala kenangan bersama tetap tersimpan kukuh di ingatan
Langgan:
Catatan (Atom)