KERTAS KERJA KIOSK KEUSAHAWANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA 2019
1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini disediakan bagi memohon kebenaran dari pihak sekolah SMK
Kampong Jawa untuk membuka Kiosk Usahawan PPKI. Kiosk PPKI telah
ditubuhkan sejak tahun 2016. Sejak dari penubuhannya, Usahawan PPKI telah
berusaha menerapkan ciri-ciri usahawan dan pendidikan keusahawanan secara tidak
langsung kepada pelajar-pelajar PPKI yang berpotensi. Selain itu Keusahawanan
PPKI juga terlibat secara langsung dalam program-program keusahawaan
peringkat sekolah seperti pada Hari Koperasi serta Hari Ko-Kurikulum. Oleh sebab
yang demikian pihak PPKI merasakan adalah perlu untuk membuka sebuah Kiosk
Usahawan PPKI. Kiosk ini diharapkan agar dapat menjadi tapak kepada Usahawan
PPKI menjadi lebih aktif dan berdaya maju.
2-0 RASIONAL
Penubuhan Kiosk Usahawan PPKI diharapkan dapat membuka potensi pelajar keperluan khas dalam:
2.1 Melatih sikap usahawan dalam diri pelajar
2.2 Menjadi tapak praktikal kepada pelajar yang berpotensi
2.3 Mendedahkan kepada pelajar urusan jual beli yang sebenar
2.4 Membiasakan serta mengurangkan perasaan kekok dan rendah diri dalam
diri pelajar untuk berurusan dengan masyarakat sekeliling
2.5 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar khas mendapat pendedahan
keusahawanan semaksimum mungkin yang boleh diberikan oleh pihak sekolah
kepada mereka.
2.6 Merapatkan jurang interaksi antara pelajar aliran perdana dan pelajar khas supaya
objektif pendididikan khas integrasi tercapai
2.7 Memastikan pelajar khas mendapat pengalaman yang bermakna semasa berada
di sekolah sesuai dengan keupayaan mereka
3.0 PERLAKSANAAN
3.1 Lokasi cadangan Kiosk Usahawan PPKI ialah di bahagian belakang blok
utama PPKI sebelah bilik guru dan Pusat Sumber PPKI
3.2 Kiosk Usahawan PPKI akan beroperasi bermula minggu ketiga bulan Januari hingga Nov 2019 iaitu tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa,Rabu dan Khamis .
3.3 Produk jualan meliputi:
i .Makanan dan minuman serta produk masakan keluaran kelas masakan.
ii. Aiskrim.
iii. Roti Bakar.
iv Jagung Cup
v Kerepek
vi Biskut
3.4 Sasaran pembeli adalah warga sekolah SMK Kampong Jawa .
3.4 Sasaran pembeli adalah warga sekolah SMK Kampong Jawa .
3.5 Keuntungan hasil jualan pada setiap akhir bulan akan diagih kan seperti
berikut:
Bil
|
Peratus Keuntungan
| |||
10%
|
20%
|
60%
|
10%
| |
1.Koperasi Sekolah
|
/
| |||
2.PPKI
|
/
| |||
3.Kiosk
|
/
| |||
4.Pekerja
|
/
|
4.0 PENGLIBATAN
4.1 Dua orang guru perempuan PPKI
4.2 Sembilan orang murid dari Kelas KKBP Arif
4.3 Sembilan orang murid dari kelas KKBP Bagus
4.4 Seorang PPM
5.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Haji Mohamad Kamaludin bin Taib
Pengetua SMK Kampong Jawa
Pengerusi : Pn Normala bt Misman
Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa
Naib Pengerusi : Pn Shuhara Hamizan Binti Abu Hanifah
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
Setiausaha : Pn Norzita Mohamed (GURU)
Bendahari : Pn Nurul Hazwani bt Nik Chik (GURU)
Pen.Bendahari : Pn Noraizah bt Salip (PPM)
AJK Murid : Semua murid PPKI KKBP Arif/KKBP Bestari
(Rujuk Lampiran 1)
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN/KOS
Bil
|
Butiran
|
Harga
|
Jumlah
|
1.
|
Peti Ais
|
RM 1500.00
|
RM 1500.00
|
2.
|
Mesin Abc
|
RM 250.00
|
RM 250.00
|
3.
|
Pembakar Wafel
|
RM 250.00
|
RM 250.00
|
4.
|
Dapur Elekrik
|
RM 300.00
|
RM 300.00
|
5.
|
Mesin Deep Fryer
|
RM 350.00
|
RM 350.00
|
6.
|
Almari Penyimpanan Barang
|
RM 350.00
|
RM 350.00
|
7.
|
JUmlah
|
RM 3000. 00
|
Sumber kewangan adalah daripada LPBT PPKI berjumlah RM3000.00.
7.0 PENUTUP
Pihak PPKI amat berharap agar cadangan untuk membuka Kiosk Usahawan
PPKIdapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan anak-anak syurga ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Selain itu, Keusahawanan PPKI juga
amat berharap agar mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak sekolah untuk
membawa PPKI SMK Kampong Jawa ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.
Disediakan oleh:
….…………………………………….
(PN NORZITA MOHMED)
Guru PPKI,
SMK Kampong Jawa.
Disemak oleh:
………………………………………………..
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan PPKI ,
SMK Kampong Jawa.
Diluluskan oleh:
….………………………………………………………
(HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB)
Pengetua,
SMK Kampong Jawa.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,
SMK KAMPONG JAWA,
KLANG, SELANGOR
KERTAS KERJA CADANGAN
KIOSK KEUSAHAWANAN PPKI
SMK KAMPONG JAWA
2019
DISEDIAKAN OLEH:
PN NORZITA BINTI MOHAMED
GURU KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PPKI