Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Ahad, 4 November 2012

Cinta Kita Anugerah Ilahi..

Photo: awesome 
Catatan buat dia
  • Terima kasih kerana kasih sayang terlalu utuh pada diri ini.
  • Kita terkadang alpa dengan kesenangan dan kebahagiaan yang diberikan hingga kan kita terlupa kewajipan dan dkeharusan yang sepatutnya kita lakukan.
  • dirimu yang Allah pilihkan untukku..14 tahun istana kita ,jagalah tiangnya kerana tiang itu berada ditanganmu..
  • ketahuilah diri ini bukan insan yang sempurna yang seperti yang dirimu impikan ,namun kekurangan ini bisa dirimu tampung dengan kesabaran dan ketabahanmu..
  • Sesungguhnya Allah telah memilihmu untuk menemani perjalanan hidup ku..dan hati ini tidak putus bersyukur kerana memilikimu..
  • Semoga setiap putaran kemudinya adalah kebaikan. Setiap lajunya adalah keberkahan. Setiap angin yang berhembus adalah keredhaanNya. Semoga bahtera ini berlayar dengan ketaqwaan, kasih sayang, kesetiaan.
  • sesungguhnya Ku memohon kepadamu, Ridho-lah padaku, Sungguh Ridhomu adalah Ridho Rabbi Izzati, mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya, karena bagiku kau adalah kunci surgaku.
 Semoga ikatan kita dunia akhirat.

*Jaga anak-anak kita baik-baik ya..sesungguhnya abang mampu melakukannya.
berat hati nak tinggalkan abang. dan anak-anak.tunggu tau hanya 3 hari je ...
doakan diri ini selamat pergi dan selamat kembali..
abaang tau diri ini nakal.
nasihat abang macam ita persendakan
tapi jauh disudut hati ita bangga dengan abang..
maklumlah kan ita ni cikgu khas,
kenakalan anak murid terbawa jugak bila dirumah..
nasiblah kan kawin dengan cikgu khas..
apapun...  
ketabahan abang itulah senjata cinta kita tetap utuh sampai ke akhirnya.
CINTA KITA ANUGERAH ILAHI YANG AMAT BERNILAI DAN TAK DAPAT DIBANDINGKAN DENGAN EMAS PERMATA..
 
PASTINYA ITA AKAN RINDU DENGAN ABAMG.      
 
ikhlas
diri ini yang kau panggil
"baby"
 

Hidup Pasti ada suka duka

Photo: Lake Vermilion, Minnesota


check out our funny picz page "Funny Picz" 
Terkadang hidup ini terlalu indah 
Terkadang pula hidup ini terlalu sukar
dalam kegelapan ada cahaya
justeru
jangan kecewa dengan apa yang ada
sebaliknya bersyukurlah
kita masih diberi ruang dan kesempatan
untuk memperbaiki di mana 
kekurangan dan kesilapan yang kita lakukan.
Sesungguhnya Allah tidak memberi kesusahan kepada hambanya setiap masa 
dan
Allah juga tidak memberi kesenangan kepada hambanya setiap masa.
Dalam tawa ada duka
dalam ceria ada airmata
lumrah perjalanan hidup.
Itulah kemanisannya.

-Anak Pantai-
 
 

Teks Ucapan Majlis Motivasi dan Kecemerlangan

 
Teks Ucapan Majlis Motivasi dan Kecemerlangan
PPKI SMK Demak Baru
3 Nov 2012(Sabtu)
Pen View Hotel

Assalamualaikum W.B.T.Selamat Sejahtera.Salam pertemuan,salam 1 Malaysia.
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
Yang saya muliakan  Pn Hajah Juita Binti Hj Senawi
Pegawai Pendidikan Daerah ,Kuching
Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Abdul Hamid
Pengetua SMK Demak Baru.
Yang dihormati, penolong-penolong kanan,
Ketua-ketua bidang,
Guru-guru dan staf sokongan,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Serta para pelajar PPKI yang dikasihi  sekalian,
Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di majlis yang indah ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pn Hajah Juita Hj Senawi ,yang juga mantan pengetua SMK Demak Baru kerana kesudian beliau untuk hadir dan seterusnya merasmikan  Majlis kita pada hari ini. Ibarat kata adat ,”sirih pulang ke gagang,pinang pulang ke tampuk” Pastinya beliau bukanlah asing bagi kita khususnya di PPKI ,SMK Demak Baru. Sepanjang beliau menjadi pengetua di SMK Demak Baru,Sikap keprihatinan beliau kepada pelajar-pelajar PPKI tidak dapat dinafikan lagi.
 Selamat datang dan terima kasih juga kepada Cikgu Hajah Fatimah ,pengetua SMK Demak Baru yang julung kali bersama kita di Majlis Motivasi ini. Sesungguhnya kita amat bertuah dan sentiasa bertuah kerana mendapat pentadbir yang sememangnya sebati dalam dunia Pendidikan Khas .
 Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli jawatankuasa Majlis Motivasi yang telah berusaha dengan gigih untuk menganjur dan menjayakan majlis ini.
Terima kasih juga kepada tuan-tuan dan,puan-puan, ibu bapa dan penjaga   yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan dan menceriakan lagi Majlis pada hari ini.Begitu juga terima Tuhan saja yang mampu membalas budi
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sememangnya Majlis Motivasi dan kecemerlangan yang kita adakan saban tahun ini,adalah sebagai tanda penghargaan kita kepada pelajar-pelajar PPKI yang mengharumkan nama SMK Demak Baru, sama ada di bidang akademik mahupun ko kurikulum.Di samping itu juga,memberi ruang untuk bertemu mesra dengan ibu bapa dan penjaga agar  jalinan kemesraan  antara guru dan ibu bapa sentiasa ada.

PPKI SMK Demak Baru, semakin melangkah ke hadapan. Guru-guru  di PPKI ini sentiasa komited untuk memastikan  pelajar-pelajar PPKI ini terus cemerlang di mata masyarakat .Kejayaan demi kejayaan  sama ada di bidang kurikulum mahupun di bidang Ko kurikulum  menjadikan PPKI SMK Demak Baru ini sentiasa menerima kunjungan daripada dalam negeri,luar negeri dan antarabangsa. Kunjungan terakhir yang kami terima dari PPKI SMK Manir,Terengganu. Hinggakan boleh saya katakan di sini,kita langsung tiada ruang untuk kita sendiri membuat lawatan.
Antara kejayaan di bidang kurikulum ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kejayaan dibidang ko kurikulum pula
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Tuan-tuan dan puan-puan ,hadirin sekalian,
Aktiviti MPV atau kemahiran seperti Aktiviti cuci kereta, masakan dan jahitan,Kebun, Fertigasi,Keusahawanan dan manik  telah   menunjukkan prestasi yang amat membanggakan sepanjang tempoh 2 tahun dilaksanakan.Aktiviti ini diadakan setiap hari Jumaat bermula 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
 Menyedari hakikat ini,  PPKI SMK Demak Baru sentiasa mengambil langkah   proaktif dalam melatih dan mendidik anak-anak pelajar agar mendapat kemahiran. Melalui usahasama dengan kraftangan Malaysia beberapa orang pelajar PPKI kita telah boleh membuat kraftangan hasil daripada manik. Kemahiran pelajar kita ini telah mengundang kehadiran  guru-guru pelatih dari IPG Batu Lintang memohon pelajar kita untuk mengajar mereka.Aktviti ini dibawah pimpinan Cikgu Lina Bin Mili.
Perkhidmatan mencuci kereta yang dibimbing oleh Ustaz Badrul Hisyam bin Majid dan juga Cikgu Badrul Hisyam Ameran ,semakin hari mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan  daripada  warga SMK Demak Baru dan adakala dari PPD serta pelawat  yang datang ke SMK Demak Baru ini.Kita sedang memikirkan bagaimana untuk menyediakan satu tempat yang khusus yang dilengkapi dengan segala kemudahan bagi aktiviti ini.Pastinya  memerlukan kos perbelanjaan yang banyak untuk ke arah.Dan kita akan memikirkan bagaimana cara untuk merealisasikannya.Apatah lagi Jabatan Pelajaran Negeri telahpun berpindah berhampiran SMK Demak Baru.Sambutan akan lebih baik sekepas ini.
Fertigasi  di bawah pimpinan Cikgu Mohamad Safwan Alias juga menyerlah.Pelbagai jenis sayuran seperti cili,tomato begitu menjadi.Hasilnya sentiasa dinanti oleh warga SMK Demak Baru.Pada tahun hadapan kita bercadang untuk membesarkan lagi fertigasi ini iaitu di hadapan kelas PPKI.
Aktiviti perkebunan dibawah pimpinan Cikgu Ruhana Bujang dan Pn Chong Fui Fong, dibantu oleh beberapa orang PPM tidak kurang hebatnya,Hasilnya juga mendapat sambutan warga Demak Baru.Untuk pengetahuan,aktiviti kebun ini adalah diusahakan oleh pelajar-pelajar Down Sydrom,terencat akal ,Austime ,pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai masalah yang lain yang menyukarkan mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang lain.
Aktiviti masakan dan jahitan ,dibawah bimbingan Cikgu Dayang Hasyimah dan Cikgu Zaimash serta PPM Nilip tidak dapat disangkal lagi.Pelbagai jenis kek,biskut ,kuih muih begitu juga jahitan sarung bantal,sarung bakul sampah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.Kami tiada masalah untuk menempah makanan setiap kali menerima kunjungan pelawat.Sebahagian pelajar PPKI ini telah begitu mahir dan cekap menyediakan  makanan dan minuman.


Aktiviti Keusahawanan juga cukup menyerlah di bawah bimbingan Cikgu Norzita Mohamed.Aktiviti jualan mendapat sambutan dari pada pelajar aliran perdana dan PPKI.Sehinggakan kami memutuskan masa jualan waktu rehat untuk pelajar PPKI dan Waktu pulang untuk pelajar aliran perdana.Kini keusahawanan lebih tertumpu dibidang kemahiran Felt .Contohnya cenderamata yang disediakan pada hari ini adalah dari kraftangan ini.Hasil itu dibuat oleh guru dan pelajar PPKI yang mahir menguasai jahitan.Sambutan yang diterima dari pelbagai pihak bukan sahaja di SMK Demak Baru ,malah dari pelbagai sekolah rendah ,menengah ,institusi pengajian tinggi pada kraftangan felt ini.
Alhamdulillah semenjak pelbagai kemahiran yang diwujudkan di PPKI ini,sememangnya banyak membantu program PPKI berjalan lancar khususnya dari segi kewangan.Termasuk majlis pada hari ini.
.Kerjasama seumpama ini akan dapat membantu PPKI SMK Demak Baru ini terus cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Beberapa program juga telah dirancang iaitu
Dari segi kurikulum,antaranya:
1.Pelajar PPKI yang mampu menguasai akademik akan ditempatkan di tingkatan 1,yang akan terlibat sepenuhnya dalam  PLBS.
2.
Saya percaya di bawah kepimpinan pengetua yang baru ini Cikgu Hajah Fatimah,Kita akan lebih cemerlang lagi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pada hari ini ,kita telah juga mengedarkan surat makluman tarikh pendaftaran dan jumlah yuran yang akan tuan-tuan dan puan-puan harus membayarnya.Buatlah semakan dengan teliti dan simpanlah sedikit elaun anak-anak pada yang kurang berkemampuan agar tidak menimbulkan masalah untuk membayarnya.

 Hadirin dan hadirat sekalian.

Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pendorong para pelajar khususnya kepada para ibubapa kerana telah memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka untuk belajar dengan tekun dan seterusnya mencapai kejayaan yang dinantikan. Semoga dengan kejayaan ini akan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah memungkinkan para pelajar  ini menerima sijil dan hadiah pada  pada hari ini. Semoga sumbangan kita mendapat keredhaan Allah Subhanahuataala. 
Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan  silap.
Sekian, saya sudahi dengan  Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS MALAM JASAMU DI KENANG

 



UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM  JASAMU DIKENANG
SMK DEMAK BARU.

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.
2 NOV 2012

MALAM YANG INDAH PENUH CERIA
PENGHULU HARI YANG  BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA
KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA “MALAM JASAMU DI KENANG”

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH  HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU.


YANG  BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN   PENGETUA SMK DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.

YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU DARI 2009 HINGGA JUN 2012.

YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENAN
PENGETUA SMK BATU LINTANG,
MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA 2003

YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN..
.


YANG DIHORMATI

BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,
 BARISAN KEPIMPINAN PIBG
 KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…

BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MALAM “JASAMU DIKENANG” SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN HITAM PUTIH BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI ,MALAM YANG CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI   DENGAN MANTAN-MANTAN PENGETUA YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .






KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INI
BERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.




BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ  BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

 

UCAPAN PENGETUA

 BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH 



UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH

 SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN RAHMI ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

UCAPAN EN RAMBLI HJ HASBI
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN  EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN  MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.


KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA MEWUJUDKAN  LOGO BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP BERMAKNA.



JAMUAN MAKAN


KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.


PERSEMBAHAN

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
JAMUAN MALAM DIIRINGI IRAMA
PERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.

SAMBIL-SAMBIL KITA MENJAMU SELERA ,KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH PERSEMBAHAN DARI BIDANG MASING-MASING.


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.






PERSEMBAHAN KEDUA

SETERUSNYA DIJEMPUT PULA KUMPULAN KEDUA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.DIPERSILAKAN.



TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

ACARA CABUTAN BERTUAH

KITA TERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI DENGAN ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU ,IAITU ACARA CABUTAN BERTUAH .UNTUK ITU,DIPERSILAKAN……………………………………………………

PERSEMBAHAN KETIGA


SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN  KETIGA.MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN .

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

PERSEMBAHAN KEEMPAT

KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT . DENGAN SEGA HORMATNYA DIPERSILAKAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

*ACARA CABUTAN BERTUAH

PERSEMBAHAN KELIMA
 HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA DISAJIKAN PULA SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PERSEMBAHAN KELIMA.DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELIMA.


PERSEMBAHAN KEENAM

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT STAF SOKONGAN UNTUK MEMBUAT KUMPULAN KEENAM.MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN
 
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KEENAM.




*CABUTAN BERTUAH


PERSEMBAHAN KETUJUH

PERSEMBAHAN SETERUSNYA IALAH PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

ITULAH SEBENTAR TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH,.

PERSEMBAHAN KELAPAN

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN KUMPULAN KELAPAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN  DARIPADA KUMPULAN KELAPAN.


 PENYAMPAIAN CENDERAMATA

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU,JUGA KEPADA PN RAHMI ABDULLAH RAKAN GURU YANG BARU MENAMATKAN PERKHIDMATAN BARU-BARU INI.


BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK EN RAMBLI BIN HJ HASBI DAN PN RAHMI ABDULLAH.

TERIMA KASIH  DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.

PENUTUP

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.

 PADA MANTAN-MANTAN PENGETUA DAN GURU YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT YANG  BARU
SELAMAT BERSARA MENJADI GURU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

 MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS “JASAMU DIKENANG “


DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI






UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.

SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998