Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 4 Januari 2010

Latihan Sejarah Bab 1 -Ting 1 (PKBP 8)

 Cuba latihan ini.

1.Pengertian sejarah ringkas ialah
A.peristiwa penting yang berlaku pada masa lalu.
B.cerita dongeng tentang asal-usul suatu benda
C.cerita tentang raja-raja zaman dahulu
D.cerita dewa-dewi.

2.Berikut ialh ciri-ciri sejarah KECUALI
A.dongeng
B.tarikh
C.fakta
D.kebenaran

3.Persoalan berikut sering dikemukakan dalam penulisan dan pengkajian sejarah KECUALI
A.ke mana
B.mengapa
C.bagaimana
D.bila

4.Antara berikut,manakah merupakan kaedah yang digunakan untuk mengkaji tamadun masyarakat purba?
A.rakaman pita video
B.arkeologi
C.sosiologi
D.menjalankan penyelidikan di muzium.

5.Berikut merupakan sumber sekunder dalam pengkajian sejarah tempatan KECUALI
A.batu nisan
B.pita rakaman
C.majalah akademik
D.rencana akhbar

6.Dalam kaijain sejarah,semua peristiwa,kisah dan tarikh yang penting disebut
A.falsafah sejarah
B.sebab dan akaibat
C.sumber sekunder
D.fakta sejarah.

7.Antara berikut,yang manakah BUKAN cara masyarakat zaman awal mencatatkan sesuatu peristiwa?
A.Mengukir pada dinding gua batu
B.Menulis pada kayu
C.Menulis pada kertas
D.Menulis pada daun lontar.

8.Sumber lisan sukar dipercayai sebagai fakta sejarah kerana
A.dicampuradukkan dengan unsur fantasi
B.tarikh yang kurang tepat
C.peristiwa tidak dapat dibuktikan
D.Ahli sejarah tidak berminat untuk menjalankan kajian

9.Pengkaji sejarah masih menggunakan sumber berikut untuk mengumpul dan menghuraikan fakta sejarah.
I     Audio visual
II    Sumber lisan
III   Sumber arkeologi
IV   Cerita dongeng

A.I, II, dan III
B.I, II, dan IV
C.I, III,dan IV
D.II, III dan IV

10.Tapak awal arkeologi di Malaysia ialah
I   Kuala Selising,Perak
II  Sungai Merbok,Kedah
III Kuala Linggi, Negeri Sembilan
IV Jenderam Hilir,Selangor

A.I, II, dan III
B.I, II, dan IV
C.I,  III, dan IV
D.II, III,dan IV

Dapat jugak cikgu tidur lena malam ini..persediaan mengajar untuk esok dah siap...nak tidur dah...




Nota Sejarah Ting.1-Untuk PKBP 8 (4 Jan 2010)

Bab 1-Kita dan Sejarah
a-Ciri-ciri sejarah
  1. Sejarah merupakan peristiwa penting mengenai masyarakat dan negara.Sejarah juga menerangkan asal-usul masyarakat,sistem pemerintahan dan undang-undang dahulu hingga sekarang,penubuhan sesebuah kerajaan atau negara dan kemajuan sejarah.
  2. Sejarah menjawab pertanyaan bila,mengapa,bagaimana,siapa dan dimana mengenai peristiwa yang berlaku.
  3. Tinggalan sejarah seperti alat-alat batu ,besi,gangsa,tembikar dan artifak boleh dijadikan sebagai bahan kajian sejarah manusia.
b-Sumber Sejarah
  1. Sumber sejarah terdiri 2 kumpulan:
  •          Sumber utama atau sumber pertama
  •          Sumber sekunder atau sumber kedua.
     2. Sumber sejarah terbahagi kepada tiga bentuk iaitu
  • sumber lisan
  • sumber bertulis
  • sumber arkeologi
Sumber lisan
  1. Sumber lisan ialah cerita yang disampaikan oleh satu generasi yang lain.
  2. Sumber lisan membantu ahli sejarah mengkaji sejarah zaman silam.
  3. Lagenda ,mitos,dongeng dan tahyul tidak diakui sebagai sumber sejarah kerana tidak terbukti kebenarannya.
Sumber bertulis
  1. Sumber bertulis terdapat dalam tiga bentuk iaitu
  • bahan bertulis
  • bahan bercetak
  • bahan rakaman
     2. Bahan bertulis terdiri daripada:
  • catatan pada dinding
  • catatan pada gua,kulit haiwan ,batu bersurat dan tulang.
  • sumber terpenting ialah Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang,Terengganu.
     3.Bahan bercetak dicetak dalam suratkhabra ,majalah,buku,peta,gambar. Buku Sejarah Melayu yang di
        karang oleh Tun Seri Lanang penting untuk mengkaji sejarah awal kesultanan Melayu Melaka.
     4.Bahan rakaman pula terdapat dalam bentuk pita ,rakaman,pita video dan filem
Sumber arkeologi
  1. Sumber arkeologi atau kaji purba membantu ahli sejarah mengkaji sejarah zaman purba.
  2. Bahan hasil cari gali seperti alat-alat batu,besi,gangsa,wang logam dan tembikar menjadi sumber penting mengenai peradapan masyarakat purba.
  3. Muzium dijadikan tempat untuk menyimpan bahan bersejarah dan saintifik yang dapat memberikan pengetahuan tentang sejarah peradapan manusia.
  4. Arkid ialah tempat untuk menyimpan dokumen bersejarah,buku lama,rekod rasmi,laporan asal dan lain-lain.
Kepentingan Sejarah
  1. Sejarah membantu kita memahami diri sendiri dan asal usul masyarakat.
  2. Dapat menanam sifat setia dan cintakan negara.
  3. Memberikan pengajaran dan mempelajari kesilapan masyarakat dahulu.
  4. Memupuk semangat kekitaan,perpaduan,dan persefahaman anatara satu sama lain.
  5. Dapat melahirkan semangat kewarganegaraan dan patriotik di kalangan rakyat malaysia.
(Kepada murid-murid kelas PKBP 8 ..sekurang-kurangnya kamu baca nota yang cikgu tuliskan..)