Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 14 Oktober 2012

Teman-Kita dah semakin jauhkan...

 
Teman
mungkin kini kita semakin jauh
bunga-bunga kemesraan
yang dulu mekar kini
semakin layunya
hanya menunggu masa 
untuk gugur ke bumi..
Teman
Mungkin kini kita tidak ada lagi cerita
untuk kita kongsikan bersama
hanya dari kejauhan 
memandang penuh kebisuan..
Teman
mungkin kini kita seakan berbeza arah haluan
dirimu ke utara 
aku kini ke selatan.
tidak mungkin bertemu 
untuk menyapa..
Teman
Walau apapun keadaannya kini
walaupun segalanya semakin pudar dan tawar
rasa manis menjadi pahit
tapi ingatlah
segala yang berlaku 
telah menjadi satu kenangan yang terindah..
Doaku
semoga dirimu
teman-temanku disana
sentiasa diulit kebahgiaan..
Terima kasih  TEMAN

-Anak Pantai-

 

Selamat Hari Lahir Alif...

 
 Pada anak kedua Muhammad Aliff bin Mohd Faisal
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran 
yang ke 11 tahun.
Emak dan ayah sentiasa mendoakan 
Alif dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
menjadi anak yang soleh
dan tempat lidungan
adik-adik dan kakak.
ketahuilah Alif..mak sentiasa menyanyangimu
Biarpun leteran mak kadangkala
buat Alif tersinggung.
Emak mana yang tidak sayangkan anak yang lahir 
dari rahimnya sendiri.
Harapan mak Alif belajarlah bersungguh-sungguh demi masa
 depan Alif..













 Akhir kata
SELAMAT HARI LAHIR
BUAT 
ALIF :)
Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun
Buat yang terbaik..

Adakah Mentari akan bersinar hari ini

 
Selamat  pagi dunia..:)
Alhamdulillah masih jua diberi kesempatan
Menikmati ciptaan-Mu Yang Maha Kaya..
Pastinya hari ini mengharapkan ada sinar-sinar 
kebahagiaan pada diri ini.
Seminggu dua ni banyak sungguh dugaan yang berlaku..
menguji sungguh pada hati dan perasaan..
Sedih ,gembira,terharu pilu,sedih gembira
itu yang sentiasa 
berlaku dan ulang demi ulang..
apapun hidup mesti diteruskan
hadapilah dengan senyuman..

*sayang yang tersimpan di hati tak akan pudar...biarpun ada yang cuba mengugat kasih sayang ini...