Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 16 Januari 2011

Contoh Teks Pengacara Perhimpunan Mingguan Sekolah 2

grad7.gif
Malam nie terlintas pulak nak buat teks pengacara majlis untuk majlis perhimpunan sekolah SMK Demak Baru..rasa boring dah mendengar teks yang kubuat dua tahun lepas masih lagi diguna pakai di sekolah..Kepada rakan-rakan yang berkunjung di blog nie...ada tak idea yang boleh ditambah...Bolehlah kita sama-sama menggunakannya..


TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN
بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, En Ramli Bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru Kuching,
Yang Dihormati, Pn Misia Hj Zain Penolong Kanan Kurikulum,En Razali Bin Badar, Penolong Hal Ehwal Murid, En Selamat Masuni, Penolong kanan Kokurikulum ,En Jamal Shukuri Bolhassan,Penolong Kanan PPKI, Ketua-ketua Bidang,Guru-guru ,Barisan pengawas serta rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Memulakan perhimpunan rasmi kita pada pagi ini,marilah kita bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Kebangsaan,iaitu Negaraku dengan penuh bersemangat.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyayian lagu Negaraku Itu tadi.

Para guru dan rakan sekalian,
Seterusnya majlis menjemput Adik Zulhelmi Majeni untuk mengetuai bacaan Ikrar.Dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada Adik Zulhelmi Majeni atas bacaan ikrar itu tadi.

Para guru dan rakan sekalian,
Ramai orang membeli ragi
  Buat tapai lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
,Bagi memberkati pencarian ilmu kita di Teratak SMK Demak Baru yang tercinta ini..marilah sama-sama kita menadahkan tangan megaminkan doa yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izad Bin Hasyim..
Terima kasih diucapkan kepada adik Qaamarul Izad atas bacaan doa itu tadi..Mudah-mudahan Allah memakburkan doa kita semua.

Para guru dan rakan sekalian..
Pastinya kita tidak lupa untuk mendengar laporan daripada guru yang bertugas pada minggu lepas.Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput ketua guru bertugas pada minggu lepas iaitu Cikgu Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan laporan beliau..
Dengan segala hormatnya dipersilakan..
Terima kasih pada Cikgu Badrul Hisyam atas laporan itu tadi.Kepada rakan-rakan pelajar sekalian, Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan demi memastikan kelancaran  pengurusan disiplin demi  kecemerlangan SMK Demak baru ini.
 Anak teruna membeli tasi...
semoga kita bersama menjayakan visi

Para guru dan rakan sekalian,
Bukalah mata ,bukalah minda untuk kita mendengar pengumuman yang akan di sampaikan oleh Cikgu Dayang Hasyimah Binti Awang Madian berkenaan Minggu Pendidikan Khas.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Dayang atas pengumuman yang disampaikan.
Seterusnya pula majlis menjemput ,En Selamat Masuni ,penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan pengumuman beliau berkenaan aktiviti kokurikulum yang telah dan akan berlangsung pada minggu ini.Dipersilakan.
Majlis menguncapakan terima kasih kepada Cikgu Selamat Masuni.Sepertimana harapan sekolah begitu juga harapan kami sebagai pelajar sememanya bersemangat untuk mengikuti segala aktiviti yang direncanakan oleh pihak sekolah kepada kami.


Para guru dan rakan sekalian,
Diteruskan pula majlis pada pagi ini dengan  ucapan daripada En Razali Badar,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada En Razali Badar atas ucapan itu tadi.
Mencari buluh membuat pagar
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesal kemudian.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn Misia Hj Zain ,Penolong kanan kurikulum ,untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Misia Hj Zain atas ucapan yang disampaikan.

Para guru dan rakan sekalian,
Detik yang kita tunggu-tunggu pada saban minggu sememangnya tidak lain dan tidak bukan adalah amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh insan yang kita semua sayangi iaitu Tuan Pengetua.Justeru tanpa membuang masa,majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En Rambli bin Hj Hasbi untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala horrmatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua yang kita sayangi...
Terima kasih daun keladi
minggu depan kita dengar lagi...

Para guru dan rakan sekalian,
Kita telah sampai ke penghujung majlis perhimpunan kita pada pagi ini..Sebelum majlis bersurai,marilah kita berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dengan penuh semangat demi "Bumi Kenyalang" yang kita kasihi..Ahir kata daripada saya.

wahai rakan tanamkan harapan
Tingkatkan diri untuk maju
Hidup harus penuh harapan
Jadikan itu jalan yang dituju

Mohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata atau susunan bahasa dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri..



Sekian...Jumpa lagi diminggu hadapan.Mohon pelajar semua memberi laluan kepada guru-guru dan berbaris mengikut kelas masing-masing untuk pemeriksaan oleh Lembaga Pengawas dan Disiplin sekolah.

Tahniah untuk aku  sendiri....kerana berjaya menyiapkan skrip nie...Hihihi....