Bila ujian menimpa diri,kita merasakan kita diuji dengan satu kepayahan yang tak termampu ditempuhi.Kita salahkan takdir yang selalu hadir.Kita iri dengan insan yang lain kerana mereka tidak menerima nasib seperti apa yang kita alami.Kita tengok bibir mereka menguntum senyum,kita dengar hilai tawa mereka.Hakikat disebalik senyum dan tawa mereka adakah kita tau insan itu seperti kita disebalik senyum ada hiba,disebalik gelak itu ada airmata.Menangis dalam hati sembunyi pada padangan mata kasar.Ada yang pandai berlakon tapi ada juga yang kalah dan tak mampu melawan takdir.
Itulah yang menyebabkan selalu kita dengar hidup umpama roda yang selalu berputar.Terhentinya roda apabila hidup telah berakhir .Ujian di dunia berakhir sudah dan kita menempuh ujian di alam yang abadi.
Dulu pernah jua diri ini menyalahkan takdir.Kenapa aku diuji dengan duka sentiasa...Tapi Allah sebenarnya ingin memberikanku pelangi di pertengahan jalan kehidupan sebenarnya.Semalam betul-betul mengisafkan ku..cerita dari seorang pelajar betul-betul buat aku sedar..aku rasa aku telah diuji begitu kuat masa remajaku tapi pelajar itu lebih banyak diuji dengan satu bebanan yang tak tertanggung tapi amat malang ibu yang melahirkannya tidak percaya pada anak sendiri lebih mengutamakan pada insan yang sanggup menghancurkan masa depan anaknya.
Mengalir airmata mendengar kisah pelajar ini. Sebelum ni saya hanya baca dalam majalah dan akhbar tapi semalam telinga saya dan mata saya sendiri berjumpa dan mendengar kisah yang amat menguris hati..Kagum dengan semangat yang ada.Tabahnya pelajar ni ..Sempat saya titipkan pesanan dan nasihat,biarlah kita gelap dan derita saat ini tapi saya mahu dia tidak lupa untuk terus berusaha untuk masa depan dia dan ibu serta adik-adiknya.Mungkin tindakan yang di buat mengundang benci ibu padanya tapi satu masa ibu itu akan mengucapkan terima kasih dan syukur yang tidak terhingga.Saya tahu tika dan saat ini gelodak dijiwa tekanan yang terlalu tinggi.Saya doakan dia tabah ..Sebagai seorang pendidik dan guru yang sentiasa bersama ,saya dah jalan kan tanggungjawab saya mengeluarkannya dari neraka itu.Membawa kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab menjaganya.Tapi amat kecewa apabila mendengar rupanya tidak semua yang berani tampil membantu kerana menjaga nama baik dan prestasi sekolah.Di manakh letakknya nilai kemanusiaan pada insan-insan yang lebih mementingkan nama dan pujian hakikatnya kejahatan disembunyikan.Ikhlas kah anda sebagai pendidik atau sealiran dengannya.Fikirkanlah kelogikan.
Pada pelajar itu saya doakan semoga sinar cahaya akan bermula hari ini..semoga akan terus tabah dan berjaya dalam kehidupan.Allah sentiasa di sisi hambanya yang teraniaya.