Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 15 Januari 2015

Luahan Hatiku

Tika dan saat ini tahap stress diri ini cukup tinggi.cuba untuk menghiburkan hati dengan pelbagai cara...tapi tidak dapat membantu...senyum belum bereti aku bahagia kerana dibalik senyum ada tangis yang menghiris...

Diri umpama hilang diawangan tanpa dapat dikawal.
Mana perginya semangat dulu.
Mana-?dah cuba mencari..kecelaruan jua yang aku temui..
Tidak sekuat dulu untuk menghadapi situasi begiti getir..
Segalanya dirasakan bukan diri sebenar...
Ita hidup ini perjuangan...berjuanglah mengatasinya..
Senang untuk mwnulis tapi tak mudah untuk menghadapinya...😢😢😢

Fajar ...tercari - cari warnanya

Alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas di hari Khamis ini....menunggu fajar menyinsing tapi sayang rintik-rintik hujan di luar sana sedikit mengganggu permandangan..

Merenung jauh perjalanan hidup selepas ini.
Takut untuk memikirkan bila dan  bagaimana kesudahannya..
Sememngnya minggu pertama persekolahan ini masih mengutip semangat yang hilang..hilang bersama angin.dah pergi jauh - jauh untuk kugapainya..
Memerlukan kata-kata motivasi dan srmangat untuk aku bangkit kembali

Apapun...doaku buat kalian yang aku sayangi...harap segala yang ditempuhi dirahmati serta diberi keberkatan olehNya..

Azan sudah berkumandang...temu janji kita pada Dia..

Rindu Anak Pantai...

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Demak Baru 2015
Tarikh              : 16 Jan 2015
Masa                : 7.00 pagi
Tempat            : Lobi SMK Demak Baru


PENGUMUMAN 1

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini, pihak majlis memohon agar para guru dan pelajar  dapat berkumpul bagi majlis  bacaan Yasin yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

1-BACAAN YASIN


2.PERARAKAN
(Diketuai oleh Ustaz Badrol Hisyam Bin Majid)

Semua guru dan pelajar berarak keluar



3-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Dilaksanakan pada penghulu segala hari.


Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid
Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching

Ustaz Busman Bin Ramli
Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru

Ustaz ___________________________

Penceramah jemputan dari________________________________

Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran

En Razalie bin  Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Selamat bin Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum

En Jamal Shukuri bin Bolhassan
Penolong Kanan PPKI

Wakil-wakil PIBG

Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W bertemakan PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru.




4-CERAMAH MAULIDUR RASUL

Hadirin dan hadirat sekalian,
Tanpa membuang masa marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Yang berusaha Al Fadzil Ustaz__________________________________dari________________________________________________

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Yang berusaha Al Fadzil Ustaz__________________________________di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna dari ceramah tersebut.

5-PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya sebagai tanda penghargaan ,sekalung budi ,majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid untuk menyampaikan sedikit sumbangan  cenderahati  kepada Yang Berusaha   Al Fadzil Ustaz___________________________kerana sudi menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidul Rasul pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah atas penyampaian cenderahati sebentar tadi

6-ANUGERAH TOKOH MAULIDUL RASUL

Seterusnya kita beralih ke  Anugerah Maulidur Rasul 2015.Penerima akan menerima sijil,piala dan wang tunai sebanyak RM……… sumbangan PIBG.

Sebelum itu dibacakan sedikit latar belakang dan sumbangan penerima anugerah Tokoh Maulidul Rasul 2015 peringkat SMK Demak Baru Kuching..

(pengacara majlis membacakan latar belakang tokoh)



Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah mengiringi Yang Berusaha Ustaz Busman bin Ramli ke pentas untuk menyempurnakan acara tersebut.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Dipersilakan Adik_________________________________untuk menerima anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Busman Bin Ramli ,Yang Dipertua PIBG dan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid kerana sudi menyampaikan anugerah pada pagi ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima Tokoh Maulidur Rasul .Semoga ianya menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain.
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi,maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah untuk mengiringi tetamu-tetamu jemputan ke majlis santapan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini.
Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan dibuang  ditepi kali
Majlis Maulidur Rasul selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali.




SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.