Telah lama rasanya tidak berbicara di sini...rindu untuk berkongsi cerita namum kesibukan melayan tempahan kraf membuatkan diri menahan kerinduan ini.Sesungguhnya berkecimpung dalam dunia kraf ini telah banyak mengubah kebiasaan yang pernah di lakukan..segalanya berubah.Menuntut pengertian dan pengorbanan masa dan tenaga..tidur juga entah kemana.Penat.letih tapi kepuasan melihat orang lain tersenyum itu lah yang menjadi penawar..malam ini dapatlah jugak menyiapkan hanya satu bantal Hari jadi tempahan rakan guru di sekolah untuk anakknya esok...Cubaan yang pertama..banyak yang perlu ditingkatkan selepas ini.
Inilah dunia saya sekarang.tapi ini tidak mengubah ingatan saya pada kawan-kawan.Ada yang berkecil hati kerana saya kurang luang kan masa bersama.Mesejpun payah nak hantar kalau jawabpun alah kadar..SEkurangnya-kurang saya cuba membalasnya...JANGAN KATA SAYA TAK INGAT TAU!!.
Alhamdulillah 3 hari sudah menempuh bulan rahmat ini.Saya masih berjaya untuk memasak buat suami dan anak-anak.Paling membahagiakan bila anak no 2 tak henti-henti memuji masakan saya..Bahagia saya rasa sebagai seorang ibu ...Anak saya ni kalau dia komen mesti jujur punya..Kalau tak sedap ,tak sedaplah dia akan cakap..3 hari puasa saya masih lulus..tersenngih sampai ketelinga dah saya di buatnya.
JOm layan masakan berbuka saya semalam...
Menu berbuka semalam
Kerabu Ikan BIlis
Sup Tulang..
Sri kaya..saya potong suka hati..itukan seni namanya..
Sambal belacan mestilah ada baru best perkena dengan sup tulang..
Ikan cengcaru bakar..
Sambal tumis
Sebenarnya memasak sejak dua mejak dengan kraf saya tinggalkan ..petang-petang ajesaya beli lauk kat kedai.Rasa insaflah pulak bila lihat betapa suami dan anak-anak makan masakan saya ni ..Bertambah-tambah...rupanya dia orang rindukan masakan saya ,Huhuhu..
Semalam mak pulak tak berapa sihat..dapat panggilan dari adik di Perak beritahu ambulan dah bawa mak kehospital.Sesak nafas rupanya..Hanya doa dari kejauhan jelah yang bisa dilakukan.Semoga segalanya ok dan mak kembali sihat..Mak..tunggu kepulangan saya dan keluarga raya pertama nanti..Tolonglah jaga kesihatan mak..saya rinduuuuuuuuuu mak..SEmoga kita dapat bersua lagi..