Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 28 April 2013

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2013


CONTOH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
SMK DEMAK BARU
2013

( Seperti sebelum ini, Teks ucapan dibawah adalah sekadar contoh  yang saya sediakan untuk rakan –rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru ..Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK Demak Baru.Saya sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)
Siapa yang berkenan tu ambillah ya...tapi hanya satu je...jangan lupa tinggalkan komen ...
kita sama-sama berkogsi idea di sini.. Pantun-pantun yang ada itu saya cipta seadanya..jadi tidak seindah seperti pantun orang lain


PENGENALAN


PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH
.
 PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.

PERARAKAN GURU

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU

MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA  DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
SEBELUM MAJLIS DITERUSKAN KITA AKAN SAKSIKAN DAHULU PERSEMBAHAN KAWAD KAKI DARIPADA KADET PERTAHANAN AWAM.PBSM,KADET POLIS,PENGAKAP DAN KRS...SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN. 

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN KAWAD KAKI YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH WAKIL DARI KADET MASING-MASING.TERIMA KASIH DIUCAPKAN.


Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung,
Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-guru kami,bahkan kami sertakan juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI


YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU


YANG DIHORMATI
 
EN BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI,

PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK

YANG DIHORMATI,
 
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN SELAMAT BIN MASUNI,
 PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
.
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN
PENOLONG KANAN  PENDIDIKAN KHAS,

BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA  SMK DEMAK BARU
AJK-AJK  PIBG SMK DEMAK BARU.
 BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…


.BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DAN HARGAI..
Pergi ke pasar membeli lada
tidak lupa membeli kuini
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA.
itulah tema perayaan  hari guru tahun ini..


NYANYIAN LAGU NEGARAKU/LAGU SEKOLAH

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU DAN DIIKUTI PULA LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
BACAAN BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan  juga bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
YA ALLAH KAU BERIKANLAH RAHMAT
UNTUK DIA INSAN GURU YANG KAMI SAYANGI
SEMOGA HIDUPNYA SENTIASA SELAMAT
DALAM SETIAP CABARAN YANG DIHARUNGI....







UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, AGENDA  SETERUSNYA ADALAH MEMBACA PERUTUSAN DARIPADA PENGAEAH PELAJARAN MALAYSIA.DENGAN ITU MAJLIS MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN TERSEBUT..
 
DEMIKANLAH TADI  TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. PASTINYA SEGALA NASIHAT DAN AMANAT AKAN MENJADI INGATAN DAN PEDOMAN UNTUK SEMUA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL .
JALAN BERIRINGAN BERPEGANGAN TANGAN
KALAU TERJATUH SAMA MERASA
GURU DAN MURID MENCIPTA KEMERLANGAN
SAMA-SAMA MENABUR JASA..



UCAPAN MENTERI PELAJARAN
SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .



UCAPAN WAKIL PELAJAR.
  
BERHENTI HUJAN TERBIT PELANGI
INDAH DIPANDANG TAK MAMPU DIDEKATI
IKHLAS AJARANNYA KAMI SANJUNGI
BUDIMU GURU DI KENANG SAMPAI MATI



PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. 
LUAS SUNGGUH SAWAH DI SANA
CANTIK TERLIHAT DIWAKTU SENJA
ENGKAULAH GURU INSAN BIJAKSANA
GIGIH MENDIDIK BERHATI WAJA


UCAPAN YDP PIBG

PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA USTAZ BUSMAN RAMLI YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.


 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA 
KAIN BATIK CANTIK BERSERI
DIBAWA DARI PULAU JAWA
GURU MENDIDIK ILMU DIBERI
KEIKHLASAN GURU MENYENTUH JIWA



HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA 
MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU
 BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN
 HARI GURU SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN .

  CANTIK SUNGGUH SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN  DI ATAS UCAPAN ITU TADI...SEGALA AMANAT AKAN  KEMAS TERSIMPAN DI HATI.




BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
PEGANG KACA HARUS BERINGAT
BIMBANG TERLUKA SUSAH NANTI
IKRAR DIBACA PENUH SEMANGAT
JANJI TERPATRI DISUDUT HATI


BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN  MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH EN SAEII BISUNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.

ACARA PEMOTONGAN KEK

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH PN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA  BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. KEK ITU TADI ADALAH SUMBAGAN DARI BANK RAKYAT.

PERSEMBAHAN MURID PPKI
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
DARI TEBU MENJADI GULA
 ARENA PERSEMBAHAN MENYUSUL  PULA
DARI PELAJAR GURUPUN ADA
ILMU DIBERI KEKAL SAMPAI BILA-BILA..
 BUAT BEKALAN PENUH DI DADA..
 
 PERSEMBAHAN TARIAN

BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA MULAKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN 1 MALAYSIA  DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI TATAPAN  KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN .

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGIDAN PUAN LINA MILI.

SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.
PERSEMBAHAN NYAYIAN DARI WAKIL PELAJAR

SETERUSNYA KITA AKA N DIHIBURKAN PULA OLEH ALUNAN SUARA DARIPADA NYAYIAN ADIK..................................DENGAN TAJUK LAGUNYA.............................. SA
BEGITULAH MERDUNYA  ALANUN SUARA OLEH ADIK---------------------............... YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..

CABUTAN BERTUAH
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KITA HENTIKAN SEKETIKA ACARA PERSEMBAHAN YANG SETERUSNYA UNTUK MEMBERI LALUAN CABUTAN BERTUAH PULA.DENGAN SEGALANYA HORMATNYA MENJEMPUT PN MISIA HJ ZAIN,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENCABUT LIMA NOMBOR BERTUAH.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DIBACAKAN NOMBOR BERTUAH YANG PERTAMA IAITU………………………….


PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN  SKETSA   DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN.
.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN SKETSA OLEH BADAN PENGAWAS.

PERSEMBAHAN GURU


MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PERSEMBAHAN LAGU PUISI

HANYA  INI YANG MAMPU KUBERI
LAGU PUISI UNTUKMU HAYATI
JASA GURU TIDAK TERPERI
TIDAK JEMU MENABUR BAKTI
 
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.


PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.



WARGA PENDIDIK,WARGA KERJA SERTA RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN..
ACARA PADA PAGI  YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM  KELAB DAN PERSATUAN KEPADA  INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT  PENOLONG-PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA  KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI 
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.

 PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG
 ANUGERAH DIBERI SEKADAR SUKA HATI
MENJADI SALAH SATU ACARA PERSEMBAHAN
 SEMUA GURU HEBAT DIHATI
SUNGGUH SUSAH MEMBUAT PILIHAN
 


MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI PELAJAR-PELAJAR SMK DEMAK BARU.UNTUK MAKLUMAN ,TELAH DIBUKA SEJAK SEBULAN YANG LALU.SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DI SEMUA TINGKATAN .UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG
DIMULAKAN DENGAN
   * Anugerah Guru Paling Rajin.
    * Anugerah Guru Paling Berdedikasi
    * Anugerah Guru Paling Berketrampilan
    * Anugerah Guru Paling Periang
    * Anugerah Guru Paling Prihatin
    *Anugerah Guru Paling Penyayang
    *Anugerah Guru Paling Popular



TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi


SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS DISEMUA TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,


kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA Guru,

 SEMUA SAYANGI INI.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.



sesungguhnya guru insan kedua  selepas ibu bapa yang paling berjasa kepada kita
dia memberitahu,memahamkan,mendidik dan memimpin kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
tanpa guru siapalah kita


AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SE
LAMAT HARI GURU  MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI  SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI

SEKIAN.SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…


payahnya nak ucap terima kasih kan.......



72 ulasan:

  1. salam cikgu...terima kasih atas jasa baik cikgu...saya mohon untuk copy ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. YA..MANA YANG SESUAI TU AMBIILAH YA..

      Padam
  2. Alhamdulillah kerana saya bertemu dengan blog cikgu...skrip yg baik..mohon untuk copy..
    SELAMAT HARI GURU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TERIMA KASIH...SELAMAT HARI GURU WALAUPUN LAMBAT LAGI HAHAHA

      Padam
  3. saya sukaaaaaaaaaaaaa pantun cikgu

    BalasPadam
  4. mohon copy..semoga Allah sahaja yg mampu balas jasa baik cikgu.Terima kasih atas pengkongsian ilmu ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang niat saya membantu siapa yang memerlukan...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MEMORI SEORANG GURU

      Padam
  5. kak,leh amik idea dr teks akak ni ye..sy kene jd mc hari guru..time ksh kak...:)

    BalasPadam
  6. Terima kasih Cikgu, atas perkongsian ilmu...sangat membantu...
    Selamat Hari Guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...Selamat hari guru

      Padam
    2. Tahniah diatas usaha yg baik ini. Sangat berguna utk guru-guru dan boleh dikongsi bersama. Terima kasih atas kerajinan cikgu.

      Padam
    3. terima kasih ...hanya itu dapat saya bantu

      Padam
  7. Alhamdulillah kerana blog cikgu... satu skrip yg baik dan menarik..mohon kebenaran cikgu untuk copy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah saya doakan segalanya berjalan lancar

      Padam
  8. terima kasih tidak terhingga cikgu.. :)

    BalasPadam
  9. terima kasih....fuh sungguh syahdu.

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas keikhlasan berkongsi ilmu...Cikgu insan berhati mulia..SELAMAT HARI GURU CIKGU

    BalasPadam
  11. TERIMA KASIH KERANA SANGGUP BERKONGSI ILMU KEPADA KAMI YANG TAK BERAPA PANDAI MENGARANG TEKS PENGACARAAN MAJLIS. HANYA ALLAH SAHAJA YANG AKAN MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN YANG CIKGU BERIKAN. CIKGU MUDAHKAN KERJA KAMI, INSYA ALLAH, ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN CIKGU, DI DUNIA DAN DI AKHIRAT... SELAMAT HARI GURU, CIKGU......

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu..semoga segalanya berjalan lancar...

      Padam
    2. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU...SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEBALA URUSAN MU KERANA CIKGU MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN...TERUSKAN NIAT YG BAIK PASTI PAHALANYA BERGANDA...

      Padam
    3. Alhamdulillah amin...semoga usaha kita dan kerja kita kerana Allah sentiasa dipermdahkan olehNya.Semoga kita sama2 menjadi guru yang terbaik dimata anak mrid kita khususnya,pada majikan kita ,pada rakan kita dan masyarakat.

      SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA.

      Padam
  12. Teks ucapan yang baik.Terima kasih kerana saya telah menjadikan teks ini sebagai rujukan.

    BalasPadam
  13. Salam cikgu, best pantun2 dan ayt2 yang dimerahkan uw..saya mohon copy ye..
    SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi tq..mana yg rasa sesuai tu ambillh ya

      Padam
  14. TRIMAS KERANA BANYAK MEMBANTU mc AMATUR MACAM KAMI NI. sEMOGA USAHA DIBERI GANJARAN LEH ALLAH S.WT. AMIN. TERUSKAN USAHA...

    BalasPadam
  15. tahniah..dan hebat.

    BalasPadam
  16. Terima kasih cikgu atas keikhlasan cikgu berkongsi ilmu dengan kami. Saya mohon untuk ambil mana yang sesuai ye

    BalasPadam
  17. 10s a lot sis...banyak membantu sy...JASAMU DIKENANG

    BalasPadam
  18. terima kasih cikgu..banyak membantu..

    BalasPadam
  19. TAHNIAH & TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK DI ATAS JASAMU GURU..... SELAMAT HARI GURU....MOHON COPY YERR...

    BalasPadam
  20. skrip yang baik.penuh bermakna.mohon share ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..silakan kalau sudi :)

      Padam
    2. makseh, last minute copy and edit ye cikgu, tq...moga usaha cikgu diberkati

      Padam
    3. alhamdulillah semoga usaha kita sentiasa diberkati

      Padam
  21. TERBAIK! SANGAT MENARIK CIKGU... MOHON IZIN UNTUK MENGGUNAKAN TEKS INI :) SELAMAT HARI GURU!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..silakan mana yg baik tu ambillah ya

      Padam
  22. TERBAIK! SANGAT MENARIK CIKGU... MOHON IZIN UNTUK MENGGUNAKAN TEKS INI :) SELAMAT HARI GURU!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Guru buat semua guru

      Padam
  23. NORLIZA SALLEH15 Mei 2013 8:07 PTG

    ASSALAMUALAIKUM, TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN TEKS HARI GURU TU, SAYA COPY, SELAMAT HARI GURU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga segalanya berjalan lancar ya

      Padam
  24. Terimakasih cikgu....

    BalasPadam
  25. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU. MOHON KEBENARAN UNTUK DIJADIKAN TEKS CONTOH KEPADA PELAJAR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..silakanlah..mana yg baik tu ambillah ya

      Padam
  26. Skrip yang sangat baik. mohon copy ye cikgu.
    selamat hari guru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..selamat hari guru buat cgu jugak

      Padam
  27. Selamat Hari Guru Cikgu. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat..... mudah-mudahan jasa baik cikgu mendapat keredhaanNya, dilimpahi rahmat dan keberkatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...sama2 kita mendapat rahmat dari nYa..terima kasih dan selamat hari guru

      Padam
  28. As salam. mohon gunakan sebahagian skrip ini utk sambutan hari guru di sekolah saya. Terima kasih daun keladi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...silakanlah..semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  29. Assalamualaikum cikgu,terima kasih di atas segala ilmu ini,semoga Allah memberkati cikgu sekeluarga..amin.mohon copy teks ucapan ini.Tq:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.silakan semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  30. thanksssss byk2 cikgu... jasamu dikenang.mohon copy a...

    BalasPadam
  31. salam cikgu..mohon copy sebahagian skrip ini. terima kasih..

    BalasPadam
  32. salam cikgu..mohon copy sebahagian skrip ini. terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..silakanlah ya...semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  33. salam ckgu...syukran ya, di ats perkongsian teks ni..moga kita semua diberkati olehNya dalam mendidik anak2 bangsa pertiwi...cg fzy sandakan,sabah..

    BalasPadam
  34. waalaikumussalam...alhamdulillah semoga kita akan terus menjadi guru yang disayangi...

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com