Orang Terengganu kalau tidak dikaitkan dengan keropok lekor memangnya tak sah.Begitu juga saya.Rasanya kerepok antara menu yang saya suka.Sejak berjauhan dengan keluarga dan Negeri Terengganu ni terpaksalah berdikari sedikit untuk merasa keropok lekor yang sebenar.— with Effahezny Osman.
Apa lagi aktiviti saya tengoklah gambar kat bawah ni..hihi
Resepi
3 kg ikan selayang
500 tepung Sagu
garam
secubit gula
Cara menyediakan:
1. Bersihkan ikan.kemudian asingkan isi dan tulangnya.kemudian kisar ikan atau tumbuk dengan lesung batu.
Gaulkan ikan dengan tepUli sebati dan masukkan garam dan secubit gula.Kalau suka letak perasa ajinomoto tu boleh juga.kalau tak letakpun takpe jugak.
Sapukan dulang atau papan pengelek dengan tepung sagu agar tidak melekat.Uli memanjang
Kemudian rebus keropok di dalam air panas.Apabila keropok telah timbul,itu tandanya sudah masak dan boleh diangkat.
kalau nak goreng terus tanpa rebus ok jugak,jadilah keropok losong
Angkat dan tuskan airnya.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.