Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 16 Disember 2009

contoh teks ucapan pengacara majlis sempena jamuan akhir tahun

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA JAMUAN AKHIR TAHUN SMK DEMAK BARU.

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI PENGETUA SMK DEMAK BARU DAN SUAMI KE DEWAN.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

25 SYAWAL MALAM INI
WARGA SMK DEMAK BARU BERSERI-SERI
JAMUAN MAKAN MALAM DAN AIDILFITRI SAMA DIRAI
KITA MULAKAN DENGAN CERIA DI HATI
,



MALAM ANEKA BUDAYA KITA HIASI
MENJADI TEMA JAMUAN MALAM INI
JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…


YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI


PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
TN HJ ALET BIN HAJI ALI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBP

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK
DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DIMALAM YG BERBAHAGIA DAN PENUH ANEKA BUDAYA INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2008.
HADIRIN SEKALIAN…

TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG 2008.

IBARAT PANTUN YANG BERBUNYI

ANAK MONYET ANAK KERA
ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM




SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENJELANG RAYA MENCARI BULUH
BULUH DIPOTONG DIBUAT LEMANG
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
MEMOHON DOA MAJLIS SELAMAT SERTA AMAN.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MLM INI,,DIPERSILAKAN USTAZ IBRAHIM BIN HALIM UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.



MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIM BIN HALENG ATAS BACAAN DOA ITU TADI.









PARA HADIRIN SEKALIAN.

SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT,EN SAEE BIN HJ BISUNI SELAKU PENGERUSI KELAB GURU SMK DEMAK BARU 2008 UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN SAEE BIN HJ BISUNI.







UCAPAN PENGETUA

MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN PENGETUA.






PERSEMBAHAN DAN JAMUAN MAKAN


PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU


HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……………………………………………………………………………………………………………DIPERSILAKAN.

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA DIPERSILAKAN.



KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.


















PENUTUP

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA CABUTAN BERTUAH /PERSEMBAHAN ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
.SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

27 ulasan:

  1. wah...bertuah betul rasanya dapat jumpa blog ni...thanx for this script! Sangat berguna untuk dijadikan panduan khasnya oleh para pengacara baru. Million thanx! :D

    BalasPadam
  2. Gunalah wawa mana yg baik tu..kita sama2saling membantuu.

    BalasPadam
  3. salam. kak, blh tlg bagi guides utk teks ucapan pengerusi majlis penutup perkhemahan unit beruniform. bulan ni kan bulan berkhemah. saya masih baru dlm bidang emcee ni..tp nmpk gaya smpai berpencen dah..tapi still masih belajar. harap akak dpt beri tunjuk ajar. thanks!

    BalasPadam
  4. alahai..emcee utk perkhemahan blm pernah lagi..tapi akan akak usahakan k..

    BalasPadam
  5. salam kak..terima kasih dengan teks ni..saya baru saja nk belajar nk menjadi pengerusi majlis..kebetulan esok hari ramah tamah kami..saya lah yang menjadi magsa mereka..huhhuhuh..tp dari situ, insya Allah dapat menambahkan pengalaman saya dalam bidang ni..
    thanks a lot sist..:)

    BalasPadam
  6. Selamat maju jaya untuk cikgu..semoga teks akak ini dapat membantu serba sedikit.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas kunjungan POLARIS

    BalasPadam
  8. berguna sungguh teks ni terima kasih byk2...

    BalasPadam
  9. Terima kasih, Cikgu Ita atas perkongsian ini. Selaku guru baru, perkongsian sebegini sangat membantu saya. Semoga Cikgu Ita akan terus berjaya =)

    BalasPadam
  10. sama-sama Anisa..semoga kita sama-sama terus berjaya dgn dunia pendidikan kita

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.....bagus tekx ucapan cikgu ni cuma...maaf la saya komen sedikit....ada eloknya perbaiki lagi pantun-pantun tu sebab bait2 baitnya tak berapa kene sangat, pembayang dan maksud biar jelas dlm merangka pantun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas pandangan saya amat menghargainya...pantun di atas tu yelah tercipta spontan..insyaallah akan lebih prihatin...pantun itu hanya ajlis itu sahaja yang saya dgunakan diajlis lain tidak lagi..ni adalah kali ketiga masaini saya jadi emcee

      Padam
  12. Rosmi, SAAS Kajang, Selangor28 Ogos 2012 pada 12:15 PTG

    aslm Pn, mohon share teks ucapan pengacara utk makan mlm. Terima kasih daun keladi. Budimu dikenang..Tqsm! Doakn saya sukses utk mkn mlm Kutipan Dana Sekolah pd 8/9 nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.cikgu rosmi.silakanmmg untuk membantu rakan-rakan yg memerlukan.mana yg kurang tu baiki dan tambah lah..selamat berjaya semoga majlis berjalan dengan lancar ,InsyaAllah

      Padam
  13. terima kasih share ni cikgu.. saya kena jadi MC bidan terjun minggu ni... sangat membantu untuk saya membina skrip... :)

    BalasPadam
  14. thanks for the share cikgu !~ sangat membantu :)

    BalasPadam
  15. thanks cikgu sharing !~ sangat membantu :)

    BalasPadam
  16. terima kasih kerana telah menyediakan teks ucapan ini. dan teks ini telah membantu saya memberi keyakinan untuk menjadi seorang pengacara majlis di sekolah

    BalasPadam
  17. Izinkan saya menjadikan teks ini sebagai panduan.
    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan kak cik.semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
    2. Silakan kak cik.semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  18. SY JG KENAL PENGETUA PN HJH JUITA BT SENAWI..LAST DI KV BNTULU..SUDAH BERSARA..KAK THNKZ ATAS TEKS NI..

    BalasPadam
  19. SY JG KENAL PN HJH JUITA BT SENAWI..PERNAH BERKHIDMAT DI KV BINTULU N SUDAH BERSARA PD TAHUN LEPAS..KAK THNKZ YE TEKS NI..SGT BERGUNA

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita ...sempat bekerja di bawah pimpinan beliau seorang insan yang sangat penyayang dan very sporting

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!