Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 16 Disember 2009

contoh teks ucapan pengacara majlis motivasi pkbp

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2007.

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI PENGETUA SMK DEMAK BARU KE DEWAN.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

HOTEL PENVIEW MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS MOTIVASI SAMA DIRAI
MENJADI PENUTUP AKTIVITI PKBP TAHUN INI.



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…


YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI
EN BAHARUDDIN BIN MANSUR YANG DIPERTUA PIBG

PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
TN HJ ALET BIN HAJI ALI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBP

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK
DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…


BUAH PAUH SI BUNGA RAMPAI
KILAUAN BINTANG SUNGGUH MENGASYIKKAN
SEMUA JEMPUTAN SUDAHLAH SAMPAI
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN.



ASSALAMUALAIKUM WBTH……..SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2007 .ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DIBERI KESEMPATAN UNTUK KITA BERSUA BERTENTANG MATA BAGI MEMERIAHKAH MAJLIS PADA HARI INI. .


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

TETAK BULUH PANJANG SEPULUH
MARI JOLOK SARANG PENYEGAT
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
MEMOHON DOA MAJLIS SELAMAT

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN TN HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ HASHIM UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TN HJ ABDUL RAHMAN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

PARA HADIRIN SEKALIAN,.


UCAPAN PENYELARAS

BAGI MENERUSKAN MAJLIS, DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT YANG DIHORMATI, EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN UNTUK MENYAMPAIKAN KATA-KATA ALUAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN JAMAL SKURI BIN BOLHASSAN DI ATAS UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT SILA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2007

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.

HADIRIN SEKALIAN…SETERUSNYA KITA AKAN DIPERDENGARKAN BACAAN SAJAK SERTA NYAYIAN.BACAAN SAJAK AKAN DINYAYIKAN OLEH PATRICIA ANAK GIVEN DAN NYANYIAN BERAMAI-RAMAI DARIPADA PELAJAR2 PENDIDIKAN KHAS.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL.


BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS INI ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN PENGETUA UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH,SIJIL DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG-KENANGAN, MAJLIS MEMPERSILAKAN EN JAMAL SYUKURI BOLHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU.

PERSEMBAHAN










PERMAINAN TOSS A RING (PERYETAAN INI ADALAH TERBUKA DAN HADIAH DISEDIAKAN)
POCO-POCO
FASHION SHOW
PERSEMBAHAN PELAJAR BUDI BAHASA
LAGU HARI RAYA
PERMAINAN PECAHKAN BELON

DEMIKIAN TADI NYANYIAN LAGU HARI RAYA YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH………………………………………………………

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN………………………..



JAMUAN MAKAN

PELBAGAI HIDANGAN SEDANG MENUNGGU
JANGAN SEGAN JANGANLAH MALU
DIPERSILAKAN PARA IBU BAPA DAN GURU
MENIKMATI JUADAH SAMBIL TERHIBUR


HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI IBU BAPA,GURU DAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……………………………………………………………………………………………………………DIPERSILAKAN.

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA DIPERSILAKAN.



KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.








NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

HADIRIN SEKALIAN

SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA HADIRIN BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU







PENUTUP

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA NYAYIAN IBU PERTIWIKU ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
.SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR HATI
MENJADI KENANGAN YANG ABADI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com