Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 16 Disember 2009

contoh teks ucapan pengacara majlis motivasi pkbp 2009

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009.



MENGUMUMKAN KETIBAAN EN RAMBLI BIN HJ HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU KE DEWAN.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

DARI JAUH TETAMU DATANG
DATANG BERSAMA HARAPAN MENGUNUNG
DEWAN PEN VIEW MENYAMBUT LADANG
SEMOGA ANDA SEMUA MERASA DI SANJUNG.

BUAT KETUPAT BERSAMA RENDANG
JADI HIDANGAN DI WAKTU PETANG
KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN.

SERI MURNI HIASAN TAMU
INDAH MEKAR TEPIAN MUARA
HARI INI KITA BERTEMU
MOGA KEKAL MENJALIN MESRA.


SALAM BAHAGIA , SALAM HOMAT, DAN DIUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009. (zul)

,
YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI

PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN SELAMAT BIN MASUNII,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBP
KETUA-KETUA BIDANG,

GURU- GURU ,KAKITANGAN SMK
DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…



DIPANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI,LANTARAN DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA,KITA SAMA-SAMA DAPAT BERKUMPUL, DI DEWAN INI BAGI MENGIKUTI MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PKBP SMK DEMAK BARU 2009.

BAGI JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI, PENGETUA SMK DEMAK BARU, DAN HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS YANG DIADAKAN PADA HARI INI.




NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,


DENGAN NAMA ALLLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU DARIPADA ILAHI TERHADAP USAHA MURNI YANG KITA LAKUKAN.
UNTUK ITU, DIJEMPUT USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN UNTUK MEMBACAKAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.




UCAPAN ALU-ALUAN

PKBP DEMAK BARU AMAN SENTOSA
MEMBENTUK INDIVIDU BEKERJAYA DAN BERDIKARI MISI UTAMA
DENGAN TIADA MELENGAHKAN MASA
KITA MULAKAN MAJLIS PERTAMA.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN,PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.


MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA EN JAMAL SYUKURI BIN BOLHASSAN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

UCAPAN ALUAN PEMBUKA ACARA
SALAM DIBERI TETAMU DIMULIAKAN
UCAPAN TUAN TERSIRAT MAKNA
DALAM HATI TERSEMAT SETIA.


UCAPAN PERASMIAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,


CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN PERASMI MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI.


MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009. MAJLIS MEMPERSILAKAN.


(Cgu ita)
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERUSAHA ,EN RAMBLI BIN HJ HASBI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.

UCAPAN TUAN MENYERIKAN MAJLIS
WARGA PENDIDIK TAMPAK CERIA
KESUDIAN TUAN MERASMIKAN MAJLIS
BANGGANYA KAMI TIDAK TERKIRA.


KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILAN
TERSUSUN CORAK CANTIK WARNANYA
TUAN PEMIMPIN DISEGANI WATAN
KAMI MENUMPANG SINAR CAHAYANYA.


PERSEMBAHAN TARIAN.

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
MENYUSUN LANGKAH SEMERDU IRAMA
TARIAN JOGET PAHANG KINI DIPERSEMBAH




HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN PADA HARI INI,MAJLIS MENJEMPUT PELAJAR PKBP DARI KELAS PKBP 7 UNTUK MEMPERSEMBAHKAN TARIAN JOGET PAHANG DI BAWAH PIMPINAN CIKGU ROHANA. APA KATA KITA TERBANG SEKETIKA KE NEGERI PAHANG DENGAN MENIKMATI TARIAN YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN.DI PERSILAKAN.




TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN TARIAN ITU TADI.


ADALAH BUKAN MUDAH UNTUK MEMBENTUK PERIBADI,MENGUBAH KEBIASAAN TINGKAH LAKU, SETERUSNYA MENDIDIK ANAK-ANAK ISTIMEWA INI MENJADI INSAN YANG MAMPU BERGAUL DENGAN RAKAN-RAKAN MEREKA.APATAH LAGI UNTUK MENGUASAI PELBAGAI KEMAHIRAN.NAMUN BEGITU, USAHA TANPA JEMU PARA GURU DAN IBU BAPA SENDIRI TELAH MENAMPAKAN HASIL YANG BOLEH DIBANGGAKAN DAN TERUS DIPERKEMBANGKAN.

UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN, MEREKA TELAH BERLATIH TIDAK SAMPAI SEMINGGU DALAM PELBAGAI KEKANGAN MASA DAN HALANGAN PEPERIKSAAN.BEGITU JUGA DENGAN PERSEMBAHAN LAIN YANG BAKAL MENYUSUL SELEPAS INI, LIHATLAH KEISTIMEWAAN YANG KAMI PERSEMBAHKAN SEADANYA. WAJAH,GERAK GERI,TUTUR BICARA,SEMUA KEKURANGAN DAN SEMUA KELEBIHAN YANG DIMILIKI…ITULAH DIRI PKBP SEBENARNYA.



ENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA PAGI INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN SIJIL.DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENJEMPUT EN RAMBLI BIN HJ HASBI DIIRINGI OLEH EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH DAN SIJIL-SIJIL KEPADA PENERIMA. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL-SIJIL DIMULAKAN DENGAN ( cgu ita)
ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN. DIPERSILAKAN

1.NUR SYAZWANI BINTI MERAIS
2.MAXWELL AK APING
3.AWANG MUHD IZUDDIN BIN AWAG IMAN
4 AWANG AIZAT BIN AWANG IMAN.


SETERUSNYA PADA TAHUN INI DIWUJUDKAN JUGA ANUGERAH PELAJAR PALING KEMAS.
ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA ADIK MOHD RAHMAT BIN SAADI DARI KELAS PKBP 6.




BERALIH PULA KE ANUGERAH PERCAPAIAN AKADEMIK TERBAIK.


DIMULAI DENGAN KELAS PKBP 2.

TEMPAT KETIGA –DIMILIKI OLEH MAZLAN BIN JEMALI
TEMPAT KEDUA-AZRI AZIMAH ROSLAN
TEMPAT PERTAMA –DIANA AMIRA BT RAJAIE
SETERUSNYA PKBP 3.

TEMPAT KETIGA –JOCY LUWONG AK ULAK
TEMPAT KEDUA- NOOOR RIZAL BIN BAHAR
TEMPAT PERTAMA- AMIRUL AKMAL BIN ANUAR


DARI KELAS PKBP 4

TEMPAT KETIGA- HAZIL FAZILI BIN KUSHAIRI
TEMPAT KEDUA – DEVI AP RATTANAM
DAN TEMPAT PERTAMA – MOHD ZUL ADLY MAJENI


SETERUSNYA PKBP 5
TEMPAT KETIGA-R AFIDAH BINTI DAUD
TEMPAT KEDUA – SAPARINA BINTI DAUD
DAN TEMPAT PERTAMA-MOHD RIZUAN BIN MADZHI


SETERUSNYA PKBP 6
TEMPAT KETIGA-AWANG AIZAT BIN AWANG MOHAMAD
TEMPAT KEDUA – MOHD RAHMAT BIN SAADI
DAN TEMPAT PERTAMA-NUR FADHILAH BINTI ROSLI


DAN TERAKHIR PKBP 7
TEMPAT KETIGA-MAXWELL AK APING
TEMPAT KEDUA –MOHD QAMARUL IZZAT BIN MOHD SANI
DAN TEMPAT PERTAMA-MOHD ZULHILMI BIN MAJENI

KITA SETERUSNYA KE PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN.
DIPERSILAKAN.
1.MAZLAN BIN JEMALI PKBP 2
2.MOHD RAHMAT SAADI PKBP 6
3.SITI NURATIKAH BT______________________ PKBP 4
4.AWANG AIZAT BIN AWANG MOHAMAD PKBP 6
5.SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN PKBP 4
DAN MOHD SHAHIR BIN SHARKAWI PKBP 2.





ANUGERAH KOKURIKULUM



KITA KE ANUGERAH SETERUSNYA IAITU ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KOKURIKULUM..PELAJAR INI DIPILIH PADA TAHUN INI KERANA BELIAU MERUPAKAN SEORANG PELAJAR YANG SANGAT AKTIF DAN SENTIASA MEWAKILI NEGERI SARAWAK DALAM PERTANDINGAN NASYID DAN TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN ..SELAIN ITU BELIAU MERUPAKAN PEMENANG TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BINTANG ISTIMEWA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KATEGORI PKBP SEKOLAH MENENGAH.


SETERUSNYA ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN.ANUGERAH INI DINILAI BUKAN SAHAJA DI BIDANG AKADEMIK TETAPI MERANGKUMI JUGA DI BIDANG KOKURIKULUM DAN SAH SIAH DIRI.

DIPERSILAKAN ADIK MAXWELL AK APING NAIK KE ATAS PENTAS. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEMUA ADIK MAXWELL SEORANG PELAJAR YANG SANGAT PEMALU DAN TIDAK ADA KEYAKINAN DIRI DI PERINGKAT AWAL, MEMPUNYAI MASALAH KELANCARAN MEMBACA TETAPI KINI DENGAN BERKAT KESUNGGUHAN BELIAU DAN GURU SERTA IBU BAPA BELIAU KINI MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI,SUDAH BOLEH MEMBACA DENGAN LANCAR DAN MUNUNJUKKAN PRESTASI YANG MEMBANGGAKAN DALAM PELAJARAN. DAN YANG SANGAT UTAMA TANYA LAH PADA SEMUA GURU PKBP SUKAR MENCARI KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH BELIAU.

SETERUSNYA PULA ANUGERAH KHAS JASAMU DIKENANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA NETTY EWANI BINTI HAZEMI . BELIAU SENTIASA MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU GURU-GURU APABILA DIPERLUKAN. DIPERSILAKAN NETTY EWANI BINTI HAZEMI KE PENTAS UNTUK MENERIMA ANUGERAH.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
HADIAH BERIKUTNYA .ADALAH UNTUK GURU GANTI.DIPERSILAKAN CIK DAYANG AZIAH BINTI AZAHARI.CIK DAYANG AZIAH MENGGANTIKAN CIKGU KAMARIAH YANG CUTI BERSALIN PADA BULAN MEI YANG LEPAS.

SETERUSNYA PULA, PN NORHUDA BINTI MOKHTAR KERANA AKAN BERPINDAH KE PULAU PINANG BERMULA I JAN TAHUN HADAPAN.KITA MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA CIKGU NORHUDA.


SEKARANG TIBALAH KE ANUGERAH YANG AGAK SURPRISE UNTUK GURU DAN IBU BAPA PKBP. ANUGERAH PERTAMA ANUGERAH PENGURUSAN KELAS TERBAIK
DIPERSILAKAN_CIK KHATIJAH ZOLFELEY UNTUK MENERIMA HADIAH..

ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN DIBERIKAN KEPADA EN SAADI BIN_____________
DIPERSILAKAN.






TUAN-TUAN DAN PUAN –PUAN HADIRIN SEKALIAN,
PADA MAJLIS INI JUGA ,KITA JUGA MEMBERIKAN SIJIL PENGHARGAAN
KEPADA PENYUMBANG YANG HADIR PADA HARI INI, KERANA TURUT SAMA MEREALISASIKAN MAJLIS INI. TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN .

DIPERSILAKAN
1.EN MARAIS BIN HAP
2.EN MOHD SANI BIN SABRAN
3.PN HUSNAWATI BINTI BOLKASIM KHAN
4.PN KASMINAWATI BOLKASIM KHAN
5. EN MOHD SHAHADAN BIN YAHYA




PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG-KENANGAN, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI, EN JAMAL SYUKURI BOLHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN RAMBLI BIN HJ HASBI DIATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA PENERIMA.TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA YANG TELAH BERJAYA.





PERSEMBAHAN

HADIRIN SEKALIAN .,


SENI GUBAH INDAH BERMADAH
JAMBANGAN BUNGA SEDIA HARUM
RASMI SUDAH, PENGANUGERAHAN PUN SUDAH
PERSEMBAHAN SETERUSNYA DAN CABUTAN BERTUAH SAHAJA KITA BELUM.

KITA HANGATKAN KEMBALI PENTAS INI I DENGAN PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA AWANG MOHD IZUDDIN AWG IMAN YANG AKAN MENYAMPAIKAN LAGU BERJUDUL HANYA KAU YANG MAMPU.. DI BAWAH PIMPINAN PN KAMARIAH KUNGGI.UNTUK MAKLUMAN ADIK IZUDIN TELAH MEMENANGI NAIB JOHAN DALAM E PERTANDINGAN BINTANG ISTIMEWA 2009 PADA MINGGU PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK YANG BERLANGSUNG PADA 16 DAN 17 OKTOBER 2009.

SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN BELIAU.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK MOHD IZUDDIN ATAS PERSEMBAHAN NYAYIAN ITU TADI




HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

BAKAT ADA PADA SEMUA ANAK-ANAK ISTIMEWA KITA. CARILAH IA CUNGKILLAH IA KERANA IANYA TERSEMBUNYI.DAN BAKAT ITU MESTILAH DIGILAP UNTUK TERUS BERSINAR.

KITA TELAH SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN,KITA JUGA TELAH PUN DIPERDENGARKAN DENGAN NYAYIAN DAN PERSEMBAHAN SETERUSNYA KITA KEMBALI KE ERA KEGEMILANGAN POP YEAH-YEAH.PERSEMBAHAN INI AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH PELAJAR DARI PKBP 2,3 DAN 4 DI BAWAH PIMPINAN CIKGU KAMARIAH KUGGI. TERIMALAH..POP YEAH-YEAH.


MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS PERSEMBAHAN TARIAN POP YEAH-YEAH ITU TADI.SAYA TENGOK CIKGU JAMAL PENYELARAS KITA BUKAN MAIN LAGI KAKI BERGOYANG.AGAKNYA KENANGAN MENGUSIK JIWA GITU (cgu ita)







CABUTAN BERTUAH 1

HADIRIN SEKALIAN. SAAT YANG KITA TUNGGU-TUNGGU.

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN.

UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, KITA AMAT BERTUAH KERANA PKBP SMK DEMAK BARU SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI BEGITU JUGA DENGAN MAJLISPADA HARI INI. HADIAH –HADIAH CABUTAN BERTUAH INI DI SUMBANGKAN OLEH IBU BAPA ,ORANG PERSEORANGAN DAN JUGA SYARIKAT PEMBEKAL PERALATAN.SWASTA.SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

BUDI TUAN TAKKAN DILUPA
KEKAL TERSEMAT DI SANUBARI
PASTI DIKENANG SENTIASA
SETIAP SUMBANGAN BAKTI DAN BUDI
BAGAI TERUKIR DI ATAS BATU
BAGAI TAKIK PADA KAYU.

TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN SUMBANGLAH LAGI.


JAMUAN MAKAN (zul)

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HADIRIN YANG DIHORMATI.

BUAH MANGGA SI BUAH RAMBUTAN
DIHIDANG BERSAMA DI DALAM PINGGAN
HIDANGAN TERSAJI SUDAH MENUNGGU PARA JEMPUTAN
HARAP SUDI,JANGAN MALU,DAN JANGAN SEGAN.

JUADAH TELAH LAMA TERHIDANG ,TIBALAH MASANYA UNTUK KITA MENJAMU SELERA. MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT MENJAMU SELERA.

(cgu ita)
HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PENTOMIN DARIPADA PELAJAR PKBP 7 DAN 5.. TERIMALAH ACAI-ACI BUKA PINTU.

DEMIKIANLAH TADI SATU PERSEMBAHAN YANG MENARIK DARI PADA PELAJAR PKBP.





CABUTAN BERTUAH 2 (zul)


ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-2.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT EN SELAMAT MASUNI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.DIPERSILAKAN.



TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI


.



KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.



CABUTAN BERTUAH 3 (EN MADZALAN ZAWAWI )
ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-3.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.DIPERSILAKAN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN MADZALAN ZAWAWI.


PERSEMBAHAN
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, KITA SAKSIKAN SATU LAGI PERSEMBAHAN NYAYIAN BERAMAI-RAMAI OLEH PELAJAR PKBP 6. MEMBAWAKAN LAGU BERJUDUL NAMUN KUPUNYA HATI .KITA HAYATI LUAHAN HATI ANAK-ANAK ISTIMEWA KITA MELALUI LAGU INI. DIPERSILAKAN .



PENUH SYAHDU DAN PENUH RASA SAYU….PADA ANAK-ANAK PELAJAR JANGAN SEDIH KERANA KETAHUAILAH MASIH ADA DAN TETAP ADA INSAN YANG MENYANYANGI ANDA TANPA BATASAN WAKTU DAN PENGAKHIRANNYA.


CABUTAN BERTUAH 4 ( PN MISIA HJ ZAIN)
ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-4.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT PN MISIA BINTI HJ ZAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.DIPERSILAKAN


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA BINTI HJ ZAIN.





PENUTUPAN /NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

HADIRIN ,HADIRAT SEKALIAN SEPERTI KATA ORANG LAMA,

KALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARA
KALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIAN
KALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISAN
KALAU BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG…..

DENGAN KATA-KATA INI MAKA…..

SELESAI SUDAH MAJLIS KITA
GURAU SENDA SEKADAR SAJA
SILAP BICARA MAAF DIPINTA
MOGA BERJUMPA DILAIN MASA

MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA ,MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN SEANDAINYA ADA KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

11 ulasan:

  1. mohon izin share ye cikgu. nak ajar anak murid saya jadi penacara utk majlis penyampaian sijil akhir tahun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah cgu...semoga berjaya hendaknya

      Padam
  2. MOHON SYARE YA..T KASIH...

    BalasPadam
  3. mohon izin utk sy guna teks ni sempena majlis motivasi sekolah. tq

    BalasPadam
  4. Salam, Terima kasih atas info yg sgt2 berguna... semoga suksess ...mohon share untuk majlis persatuan.. esok pg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...silakan..semoga segalanya brjalan lancar

      Padam
  5. mohon share ye, sgt2 membantu. terima kasih banyak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye silakan semoga berjalan lancar

      Padam
  6. mohon share... terima kasih

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com