Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 9 Jun 2017

RESEPI SPAGHETTI CHESSE

.
BAHAN-BAHAN

1 paket Spaghetti
300gram ayam
1 biji bawang holand (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 biji lada benggala hijau (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
1 sudu tomato pure
1 tin sup tomato
200 gram fresh button mushroom (slice)
1 sudu teh serbuk basil
1 sudu teh serbuk mixed herb (x de pon x pe)
50ml minyak
3 sudu besar sos cili
200ml air
1 sudu garam
1 sudu gula
sedikit serbuk lada hitam
I keping chesse

CARA MASAK
1.Rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan garam sehingga lembut. tos dan bilas dengan air paip sehingga sejuk. ketepikan
2.Panaskan minyak  dan goreng ayam cincang sehingga garing dan toskan.
3.Guna minyak yg sama dan tambah jika terlalu sedikit dan tumiskan bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. masukkan tomato yg telah di dadu goreng sehingga warna bertukar.
4.Masukkan mixed herb,serbuk basil dan lada hitam. kacau sehingga naik bau.
5.Masukkan tomato puri dan sup tomato. kacau sehingga sebati. masukkan juga sos cili,mushroom,llada benggala dan ayam yang telah di goreng td. kacau sehingga sedikit kering kemudian masukkan air biar hingga mendidih.
6.Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri. Jika suka masin letak cheddar chesse sagat masa menghidang..

Resepi Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi

Cara cara:
Ikan dibersihkan Air rebus  simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air rebusan  ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.
Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.
Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.