Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 31 Januari 2019

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN PEMASANGAN KIPAS DI BILIK GURU SMK KAMPONG JAWA

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN  PEMASANGAN KIPAS DI BILIK GURU     

1.0 PENDAHULUAN
Badan Amal Guru dan Staf (BAGUS) bercadang untuk membuat pemasangan kipas tambahan di bilik guru bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada warga guru agar dapat  melaksanakan tugas dengan tenang dan selesa.Seringkali terdengar rungutan di kalangan guru yang mereka tidak selesa berada di dalam bilik guru terutama apabila waktu tengahari berikutan keadaan bilik  yang agak panas .

2.0 LATAR BELAKANG:
2.1 Cadangan tempat adalah 2 buah bilik guru yang melibatkan sesi pagi dan sesi petang.
2.2 Sebanyak 15 buah kipas akan ditambah hasil daripada sumbangan warga SMK Kampong Jawa. 

3.0 OBJEKTIF 
3.1 Mengurangkan suhu panas dalam bilik bilik guru.
3.2 Mengeratkan hubungan mesra antara AJK  BAGUS dan guru kerana warga guru sedar keprihatinan BAGUS pada kebajikan warga guru dan Staff.
3.3 Mewujudkan keadaan yang konduksif dan selesa kepada warga guru dan mengurangkan tekanan kepada guru.

4.0 RASIONAL
 Rasional keperluan mendesak tambahan pemasangan kipas adalah untuk memberi keselesaan kepada para guru untuk berehat dan melakukan kerja ketika berada dalam bilik guru.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek pemasangan kipas  yang diusahakan oleh BAGUS bagi memastikan kebajikan guru terjaga dan  boleh digunapakai untuk guru-guru sesi pagi dan petang.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk warga guru melakukan  aktiviti-aktiviti rutin .
5.3 Tempat berehat yang selesa  untuk warga guru sementara menunggu pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. 


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMASANGAN

Bil
Sumber
Jumlah
1.
PIBG
RM 600.00
2.
Individu
RM 600.00
3.
Jumlah
RM 1200.00



8.0. RUMUSAN:

Bagi merealisasikan cadangan ini,sumbangan dan perhatian dari pihak PIBG dan pihak luar amatlah dialu-alukan.Sumbangan ini diharap menjadi pemangkin kepada para guru untuk berkerja dengan lebih kominted inovatif dan kreatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat pihak yang sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami.


Disediakan oleh


………………………
(NORZITA MOHAMED)
Pengerusi BAGUS sesi 2019/2020
SMK Kampong Jawa.



Disahkan oleh


………………………………………
(TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB)
Pengetua
SMK Kampong Jawa.