Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 5 Mei 2013

kayu Keramat...air tangan mak..

Hari nie sahaja nak poskan gambar kuih kayu keramat ni..ini adalah air tangan mak yang buatkan.
Sejak sebulan lebih mak bersama saya,sesungguhnya rasa bertuah sangat dapat menikmati masakan kegemaran saya yang mak buatkan yang memang tak akan sama dengan orang lain buat.
Kayu keramat ni salah satulah juga makanan masa susah dulu..benda ni senang sangat nak buat letak garam,yis tepung,gula dan air uli dan biarka seketika baru goreng.kos yang amat murah dan senang na buat.
Apapun terima kasih mak...sepanjanag hari mak sentiasa memikirkan menu untuk anak,menantu dan cucunya...
Petang ni menu kami air teh o bersama kayu keramat menemani kami membuat tempahan kraf felt..
Kayu Keramat mak memang TERBAIIIKKKKKKKKKKKKK!!!
 


Makanan saya suatu ketika dulu....Menyayat hati..

Photo: Jambu air. 
Hari nie tertiba rasa begitu sedar diri..
ye saya perlu sedarkan diri saya ni..
selama ni saya dah begitu banyak berlagak...Hakikatnya bukan saya yang punya pun.
Seharusnya saya mesti selalu menulis menyedarkan diri saya...
ingatlah dulu
apa makanan saya 

JAMBU AIR
 
Buah jamub air ni...saya selalu cari buah ni..itupun bukan beli pergi kutip jambu air orang punya..Kadang-kadang je saya beli 20 sen ke paling banyakpun seringgit.
 
UBI KAYU
 
Ubi kayu pula makanan paling banyak dimakan berbanding nasi..macam-macam mak ubah menu dari ubi kayu ni.Paling saya suka masa tu ubi kayu cicah nyiur.dalam nyiur tu pulak saya letak gula banyak-banyak.saya ni suka makan benda yang manis-manis..sebab saya nak seimbangkan hidup saya yang banyak pahit ...hihihi jadi seimbangkan kan...

SAGU

Sagu pulak tidak dilupakan
Mak akan masak sagu ganti ubi kalau takde bila masak gaul dengan nyiur jugak...buat bulat-bulat bagi kami. selera makan..kalau tak nak telanpun taknak.

TEPUNG GANDUM

Banyak jasa tepung ni...mak selalu buat lempeng,lempeng nyiurlah yang paling sedap.kadang-kadang tu kalau ada rezeki lebih mak buatlah lempeng telur...saya pulak bila makan,mulalah cari-cari kawasan lempeng yang ada telur...
kadang-kandang mak buat jemput bawang dan jemput pisang...apa yang saya perasan jemput tuwalaupun jemput bawang mesti ada rasa manis-manis jugak..
kadang-kadang mak buat tepung kapur..walaupun nampak simple je tapi sedap...
takpelah kan janji boleh dimakna.

BUBUR NASI

biasanya inilah makanan kami..bubur nasi,ikan kering dengan kicap...masa tu dah berebut dengan adik beradik ..kalau makan bubur nasi dengan ikan kering bakar fulamak..best giler.
makam pulak tu atas labur sambil tengok orang lalu lalanng..yang utama makan ketika tu amat pelahan takut cepat habis...
huhu sedih bila teringat..

jauh nak  merasa ayam KFC.MD dan sealirannya.Nak makan ayam mak akan beli kaki ayam
kini...
masa mengubah diri saya..
Keadaan juga mengubah hidup dan gaya saya
teruknya saya 
terlupa sejarah diri...
berlagak ...entah apa-apalah..
Anak-anak tak merasa pun kesusahan..
hakikatnya gaji guru besarlah mana.
tapi gaya hidup mengalahkan mak datin...
saya ni mungkin tiada perasan agaknya
ambil rezeki orang lain untuk kesenangan sendiri..
bukan telinga tak lali mendengar rungutan tapi mungkin saya letak perasaan saya ke tepi..
hakikatnya saya cukup sedar tapi pura-pura tak sedar..




Terimalah Kenyataan

 
Kadang-kadang apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan
Kadang-kadang yang menjadi kenyataan pula tidak akan kekal lama..
Siapalah kita untuk melawan takdirnya..
Akan kehilanganlah selepas ni sesuatu yang disayangi...
Nak buat camana bukan milik sendiri..
Terimalah kenyataan walaupun ianya pahit..
itu kata-kata nak sedapkan hati
walau dalam hati tak boleh terimapun kenyataan nie...
Tapi dalam hati ni memang sedarpun hanya menumpang..bukan harta sendiri.Dapat merasa beberapa ketikapun tu pun dah cukup bersyukur..
Pengajarannya jika sesuatu itu bukan milik kita..
sayang bagaimana sekalipun dia tetap bukan milik kita..
lepaskanlah ia..
Dah memang dia punya..
cari sndiri dengan duit sendiri...
Pasti puas hati..
InsyaAllah...
 

SelamaT Mengundi...Pilihan di tangan anda

Selamat Mengundi pada semua yg pergi mengundi pada esok hari.
Sayangnya saya pada tahun ini tidak berkesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pengundi.Bukan tidak sedar tapi terpaksa kerana faktor jarak dan kewangan membantutkan tanggungjawab saya nie..
pastinya dimana-mana akan terasa kemeriahannya..
Terbayang pengalaman mengundi sebelum ini
Segalanya masih segar diingatan..amat manis
Teringat pengalaman pertama ketika mula mengundi.
Saya tiada pendirian ketika itu,Saya tidak tahu yang mana harus dipilih.
Kebetulan ktika saya nak masuk bilik mengundi,dua-dua calon ada.Kerana belas kasihan saya bagilah undi satu sorang.bagi adil.
Bila orang tanya saya undi sapa ,saya jawab saya undi dua-dua.Bukan undi rosak cuma saya tidak pangkah untuk satu calon sahaja.
Lucu betul
Pengalaman kedua saya dah mula ada pendirian,, saya pangkah apa yg saya yakin dapat mentadbir negara ..Dan pastilah undi saya hihihi rahsialah kan..
Apapun saya cuma mengharapkan apapun keputusan pada esok hari,biarlah membawa kebaikan untuk kita semua.
Hakikatnya dalam hati saya cukup berdebar.
Saya sayagkan negara yang aman..sayang takut bumi dipijak akan menjadi milik orang.
Saya takut janji tidak ditepati
Apapun...saya tetap cikgu.pendidik anak-anak istimewa yang memberikan rezeki kepada saya.
Semoga siapapun yang akan memerintah..saya doakan Malaysia ini sentiasa aman sejahtera
Harap-harap adalah cuti hari Isnin ni kan..

Tempahan Bantal LOVE


Sekitar Pertandingan KOMSAS (Hari Kedua 3 Mei )