Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Isnin, 17 April 2017

Salam rindu daripada cikgu

Terasa semakin jauh dah kita kan anak-anak murid cikgu di sana..jarak dan .waktu memisahkan
Cikgu dengan kalian.
Mungkin kalian berkecik hati cikgu seakan-akan melupakan kalian..hakikatnya tidak sesekali..kalian sentiasa ada dalam  ingtan cikgu..rindu cikgu pada kalian cikgu  ubati dengan melihat wall kalian..mengikuti apa yang kalian lakukan..
Cikgu rindu untuk bergelak tawa dengan kalian
Cikgu rindu nak usap rambut dan kepala kalian sewaktu cikgu bersama kalian dulu
Cikgu rindu masak kan untuk kalian dan kita makan sama-sama
Cikgu rindu semuanya...
Mungkin kalian terluka melihat kemesraan cikgu dengan murid cikgu kini....
Percayalah kalian sentiasa segar di hati...kalian tetap takde penganti...dan kalian tetap kalian yg cgu sayangi...
Buat anak-anak murid cikgu di sana..hanya doa semoga kalian sentiasa berjaya dalam hidup..
IZINKAN SELAMANYA NAMAMU DIHATI...
Buat kalian yang berada jauh di sana....rindu kalian cikgu akan  renungi langit sana....lautan memisahkan kita tetapi dalam hati tidak sesekali

Cgu ita

Mudahnya menjemput pahala

Sàham Akhirat....mesti selalu top up

Jangan mengeluh atau kecewa apabila sesuatu kerja diamanahkan kepada kita untuk melaksanakannya...kerja itu pula dibuat dengan jujur.ikhlas dan tanpa mengharapkan balasàn..apatah lagi kerja yang melibatkan ilmu yang berterusan .
Dalam kita tidak sedar Allah sebenarnya telah memilih kita supaya pahala kita bertambah.
Bersedekah dengan cara yang kita sendiri tidak menyedarinya.
Mungkin kita tidak mampu bersedekah dengan wang ringgit namun kita mampu bersedekah dengan keringat yang kita ada..Allah itu adil dia mahu kita seiring dengan orang lain..tak mahu pàhala kita berkurang dan Allah berikan pelbagai cara untuk kita bersedekah

Syaratnya
@jangan mengeluh terima kerja dan lakukan dengan penuh ikhlas
@tanam dalam hati.didik hati sentiasa positif.malah bangga dan terima kasih pada orang bagi kerja kat kità kerana dia bagi ruang untuk kita mendapat pahala.
@kita insàn terpilih...tak semua orang dàpat prluang pengalaman apa yang kita buat
@buang..buanglah dahulu fikiran negatif ...dapat kerja bukan kerana orang nak dera kità tapi orang nak bagi kita pengalaman.

Mudahnya kan...
-Anak Pantai-

Sabtu, 15 April 2017

JANGAN LUPA NIKMAT INI

Pagi yang tenang alhamdulillah dapat diizinkan olrhNya menghirup udara lagi...

Pagi-pagi call mak ayah dulu sapa-sapa yang masih ada..ambil berkat.jadikan rutin amalan seharian..tanyalah siapapun yang telah kehilangan keduanya..nikmat mrndengar suara kedua mereka tidak lagi dirasai..dlm hati hanyalah mampu berkata andailah dapat diundurkan masa...

Itulah nikmat yang kita sering kali terlupa..nasihat dan doa dari kedua ibu bapa..

Dekat tak semestinya ingat
Jauh tak semestinya lupa
Zaman it..semuanya dihujung jari.

-Anak Pantai-

Contoh Teks Pengacara majlis LADAP kali kedua SMK KAMPONG JAWA

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI KEDUA SMK KAMPONG JAWA 2017

ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Assalamualaikum  wbt dan Salam Sejahtera dan Salam negaraku malaysia.

Yang Berusaha,

Pn Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan  Akademik,SMK Kampong Jawa.

Tn Hj Mohd Ghazali Bin Hj Anuar ,  Penolong Pengarah Unit Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,sebagai penceramah jemputan kita pada pagi ini.                    

Pn Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tuan Hj. Muzikir  B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum

En Amir Saifuddin bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang

{Pn Normala  Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru kanan mata pelajaran
Dan
Rakan- rakan  guru   dihormati  sekalian..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuataala kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama pada pagi ini  dalam sebuah  majlis ilmu.bagi menjayakan program LADAP kali ke 2 bagi tahun 2017


Bagi pihak majlis, kami ingin mengalu-alukan ketibaan serta merakamkan penghargaan dan terima kasih  atas kehadiran  Tn Haji Mohd Ghazali bin Hj Anuar selaku  penceramah slot pertama LADAP sesi pertama , untuk pagi ini.
Terima kasih atas kesudian tuan  haji untuk  bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga pendidik di SMKKJ


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Tuan-tuan dan puan-puan siding hadirin yang dihormati sekalian,

Mohon semua berdiri untuk kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan LAGU NEGARAKU.

Dipersilakan.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

BACAAN DOA

Tuan-tuan dan puan-puan siding hadirin yang dihormati sekalian,


bagi memberkati lagi dan memohon rahmat pada majlis ilmu ini,marilah kita  sama-sama  menadahkan tangan mengaminkan  bacaan doa yang akan dipinpim oleh  Al Fadzil Ustaz Abd Rashid _________________

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al fadzil Ustaz ________________________atas pimpinan doa sebentar tadi ,











SLOT PERTAMA –MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH



Yang berusaha barisan  Penolong kanan  dan guru-guru yang dihormati sekalian, 

Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai lapis masyarakat dan tidak terkecuali golongan murid sekolah.

Kesan akibat pengambilan dadah terlalu banyak dan amat membimbangkan.Contoh yang paling terdekat berita utama pada malam tadi seorang bapa telah di tetak hingga maut oleh anaknya yang positif dadah kerana tidak memberikan wang .

“Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”merupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.

Golongan murid  merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Antara salah satu langkah adalah memperkasakan pendidikan  pencegahan dadah di sekolah.
Justeru itu untuk slot LADAP  yang pertama pada hari ini,  mempersilakan  Yang berusaha Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar Penolong Pengarah, Unit Pendidikan  Pencegahan Dadah,jabatan Pendidikan Selangor untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bagaimana memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah Di sekolah..

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih . Yang berusaha Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar Penolong Pengarah, Unit Pendidikan  Pencegahan Dadah,jabatan Pendidikan atas ceramah itu tadi.





PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan  Yang berusaha Tn Hj Mohd Ghazali Bin Hj Anuar ,  Penolong Pengarah Unit Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.

Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi





REHAT

Para guru sekalian,

Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang kedua.

Mohon rakan-rakan guru untuk berada di dalam dewan kerana kita akan memulakan LADAP kita yang seterusnya.


SLOT KEDUA-CEGAH KEBAKARAN

Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini.
Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan mencegah kebakaran.

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Ms Jennifer A/P Samuel Dennis dari FPC Prevention Serices SDN BHD.untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk cegah kebakaran

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Yang Dihormati Ms Jennifer A/P Samuel Dennis dari FPC Prevention Serices SDN BHD.atas taklimat dan ceramah yang sungguh jelas berkaitan dengan Cegah Kebakaran..


PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian sijil  sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan Yang Dihormati Ms Jennifer A/P Samuel Dennis dari FPC Prevention Serices SDN BHD .

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.


PENUTUP
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.




Dewan Juara SMKKJ tempat bertemu
Girangnya rasa hati tak terkira
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian. Wassalamualaikum wbt

Khamis, 13 April 2017

Bukan Kerana Takdir

Kadang2 kita cemburu dengan apa yg ada pada orang lain..kerana kita tidak dapat apa yg orang lain dapat.hakikatnya kita terlupa Allah bagi peluang pada kita sama je...iaitu peluang kita belajar ..dan berusaha.Allah bagi peluang tu ...tapi kita menindakkan peluang itu...nak berjaya kuncinya berusaha...org yg berjaya tu nk dapat bukan senang..korban masa.korban segala...bukan main petik jari je kejayaan kita dapat...

Apa yang dirimu nikmati saat ini baik susah mahupun senang adalah sejarah masa silammu...
Diri sendiri yang mencoraknya

Moral of the story....pentingnya kita belajar sejarah supaya dirimu tak lupa sejarahmu dr kecil hingga kini..

-Anak Pantai-

Selasa, 11 April 2017

Rahsia Garam

RAHSIA GAŔAM

*SIHIR atau SANTAU dpt di halang dgn MENGAMALKAN GARAM mgikut cara NABI SAWﷺ

~ Sebelum makan Nabi ﷺ letak secalit garam di lidah Utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan.

~ Sampai di tmpt baru, Nabi ambil garam dulu Utk sesuaikan hormon terlebih di tmpt baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam Utk penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur² negatif.

~ Pengamal² Perubatan Islam Utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yg boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dgn suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak GARAM.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam Org² arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada SODIUM dan POTASSIUM.. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, POTASSIUM ROSAK dlm SUHU panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tmpt makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah ﷺ mencalit secubit garam mggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada bbrpa PETUA penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dlm kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yg buruk diubat dgn asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan Utk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yg terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dgn merendam dlm air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yg berlebihan. Org yg tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dlm pasir laut. Bagi mereka yg tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tmpt sakit ketika GARAM masih PANAS.

4. Merawat cirit-birit.: Minum air yg dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Utk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air lalu di minum sblum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna Utk merawat kegatalan. Air yg dicampur garam disapukan pd kulit yang gatal.

7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tmpt di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mgalami alahan thdp hawa/angin tmpt baharu. Air garam diminum sbgi ubatnya... ماشآءالله

8. Mghilangkan penat krna kerja berat. Amalan Org² Melayu tradisional yg bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yg dicampur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic skrg ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?... سُبْحَانَ اللهِ

9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yg bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dgn
Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kpd bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Utk mgatasi masalah ini, GARAM dicampur dgn bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam. Campuran itu diletak dlm gelas/cawan/bekas yg terbuka. Bekas itu diletakkan di bhgian kepala bayi.

11. Mengubat Org yg diganggu jin. Bagi Org dewasa yg dikhianati (disihir), cara mgubatnya ialah dgn meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bhgian bawah lidah yg apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat Mandian air bercampur Garam yg di Rukyah (doa).
اَللهُ اكبر..!

Semoga bermanafaat.
ْ إنْ شَآءَالله  ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi ﷺ bersabda:
"Sebaik² LAUK adalah GARAM"
(Al-baihaqi)

GARAM bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yg paling mujarab SEKIRANYA diambil dgn cara yg betul..!

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK..!

KESILAPAN kita (kbykkan Org² Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dlm masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.

Ini akan menyebabkan GARAM mjadi RACUN/TOKSIK.

Garam, bahasa saintifiknya adalah SODIUM.

Jk GARAM dimasak dgn cara X betul (spti diatas) ia akan mybbkan nya berasid dan mbahayakan kesihatan serta mgundang pelbagai penyakit.
~♡☆♡☆♡☆
CARA yg betul PENGGUNAAN GARAM:

Kaedah PERTAMA:

- Masakkan mknan yg ingin dimasak shgga selesai.

Contohnya: Kari Ikan..

- Akhir sekali/waktu baru masukkan garam dlm  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.*
- @ Kacau air garam dan tuangkan ke dlm kuah.

Kaedah KEDUA:
- Masak makanan tanpa masukkan garam.

- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yg ingin dimakan mgikut tahap selera masing².

"Antara amalan yg diamalkan oleh para SALAFUSOLEH ialah dgn mgambil garam sblum jamah  makanan "

- Ia bertindak sbgi pbuka selera dan juga sbgi mineral bagi badan.

GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah:

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta SeseOrang itu tidak akan MATI dlm keadaan mati mengejut. 

Sebarkan agar semua Org Islam sihat!!

Mengambil Berkat Penuh Keberkatan. Amal Sunah.

Isnin, 10 April 2017

Kertas Kerja Minggu Pendidikan Khas



PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI  
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa




KERTAS CADANGAN
MINGGU PENDIDIKAN KHAS PPKI
TARIKH : 24  HINGGA 28 JULAI 2017


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA, KLANG

1.0 PENGENALAN
PPKI SMK Kampong Jawa akan menganjurkan Minggu Pendidikan Khas Intergrasi (MPKI)bagi mempamerkan keupayaan murid-murid yang berlainan upaya membuktikan kemampuan mereka dalam bidang pendidikan.MPIK ini merupakan usaha murni  guru-guru dan PPM PPKI.

2.0       RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa bagi menjalankan Minggu Pendidikan Khas Intergrasi.  Program Minggu Pendidikan (MPKI) merupakan program tahunan yang diadakan  di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan,bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah,ibu bapa murid-murid istimewa tentang program-program yang dijalankan di sekolah . MPKI ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan jalinan persahabatan antara warga sekolah dan dapat melahirkan masyarakat penyayang untuk membentuk modal insan yang berkualiti.

3.0 OBJEKTIF

Menyediakan satu majlis untuk:
  1. Memberi pendedahan kepada warga sekolah khususnya tentang program dan aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru PPKI.
  2. Memberi peluang kepada murid-murid PPKI menunjukkan kebolehan mereka di dalam semua bidang seperti bersukan dan membuat kraftangan.
3.    Melahirkan warga PPKI SMK Kampong Jawa yang kreatif dan inovati. disediakan.  Mengeratkan tali silaturahim dan muhibah sesama warga SMK KJ
  1. Mengeratkan tali silaturahim dan muhibah sesama warga SMK KJ  dan antara sekolah pendidikan khas di daerah Klang.
5.    Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga PPKI SMKKJ dalam melaksanakan sesuatu program.




4.0       KUMPULAN SASARAN

            4.1 Perasmi
Cadangan perasmian dirasmikan oleh Ketua unit Pendidikan Khas

            4.2 YDP PIBG dan ibu bapa

            4.3 Barisan Penolong Kanan SMKKJ

            4-4 Barisan Ketua Bidang.

            4.4 Guru dan PPM PPKI
            4.5 Ibu bapa PPKI

            4.6 Murid PPKI SMKKJ dan  daerah Klang
            4.7 Warga SMK Kampong Jawa
           

5.0       CADANGAN PENGISIAN PROGRAM

           

            5.1 Tarikh Cadangan

            24 hingga 28 Julai 2017


            5.2 Tempat
           
            Dewan Juara dan  blok bangunan PPKI SMKKJ

            5.3 Masa
           
            8.00 am hingga 12.30 pm


            5.4 Tentatif Program Minggu Pendidikan Khas

           
Tarikh/Hari/Masa
Aktiviti
Tindakan
24/07/2017
 Isnin

8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
1. Persediaan Minggu Pendidikan Khas
-Jualan
-Pameran
-Persediaan pentas

2.Taklimat

25/07/2017
Selasa

8.30 pagi hingga 12.30 tengahari


1.Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Khas

2.Persembahan Pelajar

3.Jualan

4.Pameran

5.Program Khidmat Masyarakat

-       3PK
-       My Lesen
-       Kebajikan Masyarakat

26/07/2017
Rabu

8.30 pagi hingga 12.30 tengahari



1.Jualan
2.Pameran
3.Kuiz dan pertandingan




27/07/2017
Khamis

8.30 pagi hingga 12.30 tengahari


1.Jualan

2.Pameran

3. Tayangan Filem untuk murid PPKI )

28/07/2017
Jumaat


8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
1.Majlis Penutup

2.Upacara Penyampaian Hadiah

3.Persediaan





            5.4  Atur Cara Majlis

ATUR CARA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI PPKI

            7.30 pagi         :           Ketibaan pelajar  dan guru                                       
7.40 pagi         :            Ketibaan ibu bapa
8.00 pagi         :            Ketibaan  Ketua Unit Pend.Khas
               Pengetua   YDP PIBG / Barisan     Penolong   Kanan /                                                            Ketua Bidang/Kaunselor
8.15 pagi          :           Nyanyian Lagu Kebangsaan /Lagu Negeri Selangor
8.20 pagi          :           Bacaan Doa
8.30 pagi          :           Ucapan alu-aluan 
   oleh Pn Normala Binti    Misman    ,Penolong Kanan   PPKI      SMKKJ.                                                    
                          Ucapan Perasmian

    oleh  Unit Sektor  Jabatan Pendidikan Selangor
             11.00 pagi      :           Penyampaian Cenderahati
 11.30 pagi      :           Persembahan Murid PPKI
            11.50 pagi      :           Lawatan dan Gimik Majlis Perasmian
                                                  Sesi Bergambar
            12.00 tgh        :           Jamuan Makan
 01.00 ptg         :         Majlis Bersurai

            5.5 Ahli Jawatankuasa/Urusetia Majlis



5.5.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT                         : Tn Hj Mohamed Nashan bin Singgan
                                                Pengetua SMKKJ
PENGERUSI                        : Pn Normala binti Misman
                                              Penolong Kanan PPKI,SMKKJ
TIM. PENGERUSI 1            : Pn Noraizah bt Mohd Nor
                                    Penolong Kanan Pentadbiran
TIM. PENGERUSI 2 :             Pn Puziah binti Tuban
    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
TIM. PENGERUSI 3 :             En Muzikir bin Muhammad
    Penolong Kanan Kokurikulum
NAIB PENGERUSI              :



PENYELARAS BP              : En Hairudin bin Md Zain
PENYELARAS BL               : En En Nasrul Hisham Nasaruddin
SETIAUSAHA                      : Pn Suhana  binti Husin

            5.5.2 JAWATAN KUASA PELAKSANA
PENASIHAT                         : Tn Hj Mohamed Nashan bin Singgan
                                               Pengetua SMKKJ
PENGERUSI                        : Pn Normala binti Misman
                                               Penolong Kanan PPKI,SMKKJ
SETIAUSAHA                      : Pn Norzita binti Mohamed
BENDAHARI                        : Pn Faridah binti Abdul Rahman

Jawatankuasa
Nama
Tugas
Catatan
Floor Manager
Pn  Norzita  binti Mohamed
Memastikan perjalanan sebelum dan semasa majlis berjalan dengan lancar


JK Jemputan
1.Pn Senthamarai a/p Kothandan

2. Pn Yusnita binti Asman

3.Pn Normala Misman
Menyediakan surat dan kad  jemputan kepada
1.Perasmi.
2.Barisan penolong kanan
3.Ketua Bidang
4.Kaunselor

5.YDP PIBG
6.Ibu bapa (Badan Kebajikan PPKI)
7.Penolong kanan PPKI daerah Klang



Pameran
1.Pn Nor Afifah
1.Menyediakan teks pengacara majlis

2. Mengendalikan majlis berlangsung



Jualan
Kumpulan 1
1.Pn Rozilah Kaswati
2.
3.
4.

Kumpulan 2

1.Pn Norzita Mohamed
2.
3.
4.

Kumpulan 3
1.Pn Faridah Abd Rahman
2.
3.
4.

Kumpulan 4
1. En Hairudin bin Md Zain

2. Pn Normala Misman
3. En Mohamad Faried Shah Mohd Nor
4,

Kumpulan 5
1. En Nasrul Hisham Nasaruddin.
2.
3.
4.







JK Dokumentasi
1.Senthamarai a/p Kothandan
2. Cik Nuramalina Najwa Yaacob
Menyediakan dokumentasi
3 salinan
1.Pengetua
2.Pk Kurikulum
4.PPKI


JK Kebersihan
1. Pn Asma Ibrahim
Memastikan tempat bersih sebelum ,semasa dan selepas majlis

JK Buku Program
1.Pn Haniezana Wahid
2.Pn Asma Ibrahim
Menyediakan buku program
Buku Program untuk tetamu-tetamu kehormat perlulah berwarna.


JK Cenderahati/
Gimik Perasmian
1.En Zawawi bin Abdullah
2.Pn Miti Fateema Yusliza Mohd Yusof
3.Pn Nurul Hazwani Cik
4.Pn Annaporani a/p Ganesan
Menyediakan plak untuk perasmian dan cenderamata untuk perasmi dan tetamu jemputan.
Menyediakan riben dan gunting yang dihias untuk acara pemontogan riben.

JK Peralatan, Persiapan Pentas dan Tempat
1.En Zawawi bin Abdullah
2.Pn Norzita Mohamed
3.Cik Nuramalina Najwa Yaacob
4.Pn Noriza Sufian
5.Pn Nurul Hazwani Nik Cik
6.Murid-Murid PPKI
Menyediakan persiapan pentas,backdrop dan susunan kerusi
Memastikan segala peralatan yang digunakan disimpan dengan baik.

JK Persembahan
1.Pn Illiana Syazni Ibrahim
2.Pn Norazuwana Ismail
3.Pn Mageswarie a/p Subramaniam
Menyediakan persembahan
1.Tarian /Angklung
2.Nyayian
3.Kompang
4.Anglung


JK PA System/LCD/Multimedia
1. En Nasrul Hisham Nasarudin
2.Juruteknik Komputer
Menyediakan berkaitan muzik,Sistem bunyi atau tayangan.
Menyediakan lagu
-Negaraku
-Lagu Negeri Selangor
-serta lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis.
Menyediakan tayangan aktiviti PPKI



Pengacara Majlis
1.Pn Norzita Mohamed
Menyediakan teks pengacara majlis mengikut atur cara yang telah ditetapkan.
Sentiasa mengikuti perjalanan majlis bersama “floor Manager”

Bacaan Doa
1.En Mohamad Faried Shah Mohd Nor
2.Murid PPKI
Menyediakan teks untuk bacaan doa.



JK Jamuan
1.Pn FaridahAbdul Rahman
2.Pn Nurul Hazwani Nik Cik
3.Pn Hanuni Salip
4. Pn Noraini Said
Menentukan menu dan kuantiti yang perlu disediakan
Bilik Jamuan (6 Hingga 7 meja)


Jurugambar/Dokumentasi
1. Pn Mageswarie a/p Subramaniam
2. Pn Noraizah Salip

Merakamkan gambar-gambar mengikut aturcara yang dinyatakan.
Letakkan dalam CD/video


JK Pertandingan
1. En Mohamad Faried Shah Mohd Nor
Menyediakan beberapa pertandingan untuk guru dan murid
-Pertandingan gerai paling ceria
-Pertandingan Pameran paling   kreatif
-Pertandingan individu /berkumpulan

JK Kawalan Murid
1. Pn Annaporani a/p Ganesan
2. Pn Asma Ibrahim
3.Pn Siti Aishah Awang Hamat
4.Pn Noriza Suffian
Memastikan kawalan disiplin murid terkawal sepanjang majlis berlangsung

JK Penyediaan Teks Ucapan Perasmian
1. En Hairudin bin Md Zain
2.Pn Noriza Suffian

Menyediakan teks ucapan perasmian

JK Sumbangan Luar
1. Pn Mageswarie a/p Subramaniam
2. Pn Noraini Said
Mencari sponsor dari pihak luar.



JK PA Sistem
1. En Nasrul Hisham Nasaruddin.
Checcklist lagu
Negaraku
Lagu Sekolah
Lagu Negeri
Muzik Iringan


Cenderamata(Buah dalam bakul )
Atau cadangan yang lain









6.0       STRATEGI PELAKSANAAN
6.1       Pembentangan Kertas Kerja
6.2       Pembentukan Jawatan kuasa kerja
6.3       Permohonan Kebenaran Pengetua
6.4       Pengagihan tugas
6.5       Tindakan
6.6       Pelaksanaan
6.7       Penilaian dan penambah baikan program




7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
AMAUN
1.


2.
Cenderamata
Perasmi

Jamuan
RM 50 x 1


RM
RM   50.00


RM
 2.
Plak Perasmian
RM
RM
 3.
Banner
RM    100.00
RM100.00
 4.
Jamuan
Perasmi ,VVIP /Guru/ibu bapa
Murid
Jemputan 3PK,Kebajikan &JPJ


RM           x      org
RM           x      org

RM           x  8  org


RM 500.00
RM 455.00

RM
 5.
Buku Program

RM   30.00
 6.
Persediaan Pentas /Tempat

RM 100.00
 7.
Persembahan murid

RM   30.00
 8.
Lain-lain

RM 100.00
 9.
Pameran

RM  500.00
10.
Jualan

RM 500.00
11.
Jamuan

RM 2000.00
12
Dokumentasi

RM 100.00
Jumlah Perbelanjaan
RM 3360.00

Sumber kewangan  :  PCG                                          : RM 1000.00
                                       Sumbangan Ibu Bapa               : RM  360.00
                                       Sumbangan Luar                       : RM  700.00
                                     PIBG                                         : RM 500.00
                                     Keusahawanan PPKI                : RM 100.00
                                        Yuran peserta                            : RM   10x 60       (RM 600)           
           

                           JUMLAH                                       : RM 3360.00




           


8.0       PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar majlis ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan.Kprihatinan dan sokongan padu yang diberikan diharapkan dapat merealisasikan aturcara  yang dirancang sepanjang minggu ini dijalankan..Semua warga PPKI memain peranan dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak-anak istimewa ini yang dapat kita laksanakan dengan bangganya.Segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini. 


Disediakan oleh,                                                                      ,

Puan Norzita binti Mohamed                                                
Guru                                                                                           
Program Pendidikan Khas Integrasi                                  
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa            



Disemak oleh

Puan Normala Misman
Penolong kanan PPKI 
SMK Kampong Jawa


Dilulus / Tidak Lulus oleh:
______________________________   
Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa