Bila aku ingat kenangan masa mengaji dulu...tersenyum sorang-sorang.....Mengaji di rumah Chu/Pok.Insan berdua ini kini telah lama meninggalkan dunia..Kerana mereka berdualah aku mengenal alif ba ta kata orang..Pastinya jasa mereka takkan kulupa.Apa yang inginku kongsikan adalah cerita disebalik itu.Sebenarnya waktu pergi mengaji adalah saat yang paling aku suka.Apatak nya,suasana di tempat mengaji waktu itu yang buat antara faktor semangatnya kami nak pergi mengaji..Dikelilingi pokok-pokok getah sudah pastilah menjadi tempat permainan kami,main sembunyi-sembunyi dibalik pokok getah. Paling kami suka cari buah getah lepas tu bertanding pukul buah getah.Boleh dikatakan hari-hari pergi mengaji tapi niat nya lain.Bila tiba arwah Chu atau Pok nak ajar samapi memanggil-manggil kami naik atas rumah.Masa tu perasaan takut kat dia orang langsung takde...
Bila masa mengaji pulak...akan kedengaranlah riuh rendah suara kami bersembang.Berleter arwah dengan sikap kami.Tengah-tengah mengaji ..tiba -tiba ada acara lari kejar mengejar..sorang perempuan seorang lagi lelaki.yang kejar tu pulak perempuan..Dia orang berdua macam anjing dengan kucing.Yang lelaki suka menyakat yang perempuan pulak jenis panas baran..Itu suasana yang akan dapat dilihat hari-hari..Mungkinkah hari ini kalau mereka bertemu akan berlaku adegan kejar -mengejar lagi tak tahu lah...
Selalunya bila arwah akan buat bubur asyura.Saat ni memang aku suka lihat.Berkawah-kawahlah bubur yang dibuat sebab makbapak ada yang bagi duit,beras,gula k atau apa-apa saja .Teringat bila time tu tempurung menjadi rebutan untuk dibuat bekas letak bubur yang cair...bestnya kalau ingat masa tu...
Bila waktu hujan jugak aku suka.Belakang tempat mengaji tu ada bukit dan di kawasan tu akan bertakunglah air apabila hari hujan...Peristiwa yang tak dapat aku lupa.aku ,kak jan ,mek ani dan yati telah main rakit dalam kawasan air yang bertakung tu..Dalam syok main kami diterjah oleh orang tua yang bimbang air kat situ dalam juga.Terkejut dengan terjahan tu..apalagi terbalik lah rakit tu..Habis basah kuyup pakaian kami...Kerana kejadian tu terpaksalah kita orang berjemur tengah panas nak keringkan dulu pakaian .Maklum anak yang baik sangat takut dengan mak ayah dia..chewah...
Kat bukit tu pulak cantik jugak bagi sapa-sapa yang suka tengok keindahan alam..macam akulah.hihi.Bila lepas mengaji je aktiviti kita orang panjat bukit..Kononnya menghayati alam semula jadilah,,Suatu hari tu tengah syok panjat bukit ,kawan aku nama mek ani tu kata dia terdengar bunyi seakan ada bom..masa tu caya giler.apalagi litang pukang kami lari turun bukit.Kalaulah mak ayah kita orang tau..siaplah.
Balik mengaji pulak satu hal,bukan terus balik rumahpun pasti singgah kat mana-mana.Tapi satu kenangan yang buat aku tersentuh bila ingat saat dulu..Kerana kemiskinan aku terlupa hak orang..aku suka ambil buah limau kat belakang sekolah dulu .Bila balik mengaji je pasti aku dengan kakak pergi kat situ dapat sebijipun dah buat aku suka.Aku tak tau lah siapa tuan pokok tu...Moga Tuhan maaf kan aku...