Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 1 Oktober 2019

Hati Yang Tawar

Hati yang tawar kalau diletak seguni gula pun belum tentu menjadi manis...
Tawar yang tiada rasa...
Kemanisan yang telah lama hilang...
Telah lama pergi menjauh daripada diri ini
Kemanisan kini menjadi milik orang lain..
Tqsm kerana pernah memberikan kemanisan itu pada ku dulu..dan tempat itu kini telah bertukar ganti...hatimu miliknya bukan milikku..
Walau aku tersenyum...hati belum tentu

Resepi sate ayam

Resepi sate ayam merecikkk 😘
(untuk 1ekor ayam)

BAHAN-BAHAN

-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)
❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik dan perapkan sekali isi ayam)

Bahan kisar

-2 labu bwg besar **
-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)**
-1 labu bwg putih **
-2 Inci halia**
-4 btg serai **
(satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air)

Bhn perap
-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb jintan manis

CARA2
-dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap..
-gaul sebati..
-boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..
-perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr)

-bila dh perap, baru cucuk ye..
-nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
-lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
-sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..
-masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..

Mkn camtu pon dh sedap, sbb dah cukup rasa..
Selamat mencuba 😘

KUAH KACANG

Bahan2

-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn hlus sgt ye)

-segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bwg besar **
-2 Inci halia **
(blend bhn bertnda **dgn sdikit air)

-1 btg serai (ketuk)
-2 kpg gula melaka
-1/2 cwn gula
-garam
-3 cwn air
-1 kotak santan
-2 kpg asam keping

Cara2
-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn byk sgt..
-tumiskan bhn blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati..
-masukkan air, biar mndidih.. (api slow)
-Nmpk dh kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, n asam..
-masak sampai kuah Jd pekat..
-rasakan n boleh tmbh apa yg kurang..
-siap

Ujian Allah

Assalamualaikum...
Selamat malam sahabat2ku.
Sabarlah duhai insan yg terluka, ku doakan bahagia pasti menjelma, in shaa Allah hilanggelap timbul terang, selepas hujan segar kembali.

UJIAN ALLAH...

Isteri menangis teman wanita mu senyum suka, sebelum kau meletakkan senyuman wanita lain kedalam hatimu, kau bayangkanlah tangisan yang bakal isteri kau titiskan demi kau kerana mengejar senyuman wanita lain, senyum hanyalah tanda suka, tapi tangisan seorang isteri itu adalah tanda sayang, hargailah kasih sayang seorang isteri, wanita yang kau kejar itu belum tentu sanggup menangis demi kau, jika kau dalam kesusahan, tetapi seorang isteri sanggup menangis dan berkorban bersama kau disaat dugaan melanda dalam hidupmu, sayangilah dia dgn sepenuh hati, jgn biarkan dia menangis terluka dan kecewa, karena setetes air mata nya yg jatuh, adalah kebahagiaan yg kamu hancurkan.

Kau insan yg mulia, insan yg terpilih dlm uji Allah, merintis sebuah kebahagiaan dalam kehidupan agar lebih segar dan indah, tetapi bila kebahagiaan hancur hati terluka.

Suatu ketika putik gugur ketanah, berbungalah semula, terlalu pahit untuk dikenang, tapi ada manisnya, yakinlah kesabaran dn keikhlasan mambuat hidup mu tenang dn nyaman, keikhlasan itu seperti sebatang pokok yg berduri, tapi mempunyai buah yg ranum dn manis, Biarpun kelopak gugur ke bumi, namun haruman sentiasa kekal abadi, karamkan dirimu dlm lautan zikir, rebahkan dirimu ke dada solat, tingkatkan diri dgn amalan sunat nescaya dirimu akan beroleh berkat dan rahmat, jadikanlah wanita insan yg tabah menghadapi segala ujian, itu yg ku doakan, peliharalah elok hati dengan rasa ikhlas, sabar dan syukur, kelak rasa bahagia itu senantiasa Allah hadirkan.
Aamiin...

Resepi Pulut Panggang

RESEPI PULUT PANGGANG

3kilo Pulut,rendam stgh jam
2 biji kelapa parut
Sedikit cili kisar
5 ulasBawang putih
5 sudu makan jintan manis direndam
Sebatang serai
Udang kering/udang geragau direndam
2sudu makan kari
1 sudu teh kunyit
Garam dan gula sesedap rasa

Cara>>>>
Pulut. ::
Kukus pulut dengan perahan santan sama paras sahaja untuk dapatkan struktur pulut yg cantik, tambahkan sedikit garam.
Inti.  ::
Potong pendek serai, kisar semua bahan2 sehingga halus.  Udang kering dikisar sedikit kasar. Terus masukan kedalam kuali.  Tidak perlu tumis.  Masukkan kelapa parut selepas baham kisar hampir mendidih.  Pastikan kelapa bergaul sebati dgn bahan kisar.  Kalau kering, boleh tambah sedikit air.  Biarkn sehingga hampir kering, baru masukkan garam dan gula sesedap rasa kite.  Sebaiknya, garam jangan banyak, sebab udang tetap masin walaupun dah rendam dulu.