Salam Rabu buat semua..
.Pastinya hari ini mengharapkan yang terbaik daripada sebelumnya.
Yelah terkadang apa yang dirancang tak menjadi
Apa yang diimpikan
Lain pulak yang jadinya.
keceriaan dan kegembiraan
yang diharapkan
rupanya
bertukar menjadi detik yang suram dan
mengecewakan..
Itu yang seboleh-bolehnya cuba untuk dielakkan.
Semalam dah berlalu dengan cerita yang tersendiri
Hari ini entah apa yang bakal berlaku nanti
Mudah-mudahan Allah memberikan segala kesenangan dalam menguruskan banyak perkara hari ini.
Semakin hari semakin banyak tanggungjawab yang diberikan dan yang harus dilaksanakan.
Kerja-kerja banyak sudah yang tertangguh ni..
hmmm
entah bila akan berubah ni..
Buku rekod entah kemana..
Kertas soalan Sejarah,Bahasa Melayu dan Keusahawanan belum satu pun yang siap.
Minggu depan 2 Oktober dah bermula nya exam.Bayang kertas soalan belum nampak lagi
16 Okt-19 Okt pulak diberi amanah sebagai ketua kontijen Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Melaka.
Banyak tanggungjawab yang terpaksa diuruskan sebelum berangkat..
Tiket kapal terbang,baju dia orang,pasport, pengangkutan di sana..borang-borang...dan apa2 lagi..
Hari ini pulak kena mengadap meting bersama orang jabatan untuk uruskan ke Melaka tu..
Belum lagi persediaan untuk Hari Motivasi Kecemerlangan PPKI di Hotel Pen View Inn pada 3 Nov nanti..
Kena pulak ketua bahagian Hadiah dan Cenderamata.Ketua Penghiasan Pentas dan AJK Protokol..
Cenderamata dan hadiah perlu disediakan awal..sekarang baru je siap 50%.
Nasib baik ada kwana-kawan Cgu Lina dan PPM Nilip dah menolong menjahitkan mana yang dapat dahulu..
Belum lagi nak fikir pasal takwim HEM PPKI.2 minggu lagi nak diadakan mesyuarat.
Laporan Disiplin sekolah pun tak tahu bila nak buat...Begitu jugak takwim untuk disiplin ni..
Beginilah tugas saya sebagai guru untuk bulan 10 dan 11 nanti hihihi..
Kena suka,ceria kalu tak mood kerja tak datang.
Yang penting anak-anak murid happy dengan cikgu "dia ni"
Oh ya..
Hari ini menerima kunjungan daripada guru-guru dan murid-murid PPKI dari SMK Manir,Terengganu.
Seronok dapat jumpa dengan orang sendiri.
Bolehlah cakap-cakap ganu nanti..
Kih-kih
Samat Datang
Cangmmane naik kapal..
Dok brape hari sning...
Mungkin tulah soalan-soalan yang nak di tanya nanti..
Sapaan Mentari tika muncul menampakkan diri Di SMK Demak Baru..
Harap sinar itu akan berterusan
Hingga ke petang.
- tq kerana awak baca blog saya hari ini..kih2..yelah blog saya biasa2 je ..coretan hati dari seorang guru..
- kalu rajin tu tinggallah pesanan ye..:)kawan2 apa salahnya kan..
- Apapun semoga Allah sentiasa memberkati kita sepanjang perjalanan hari ini dan hari-hari seterusnya..
-Anak Pantai -