Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 23 Januari 2013

Serabutnya rasa wehhhh!!

Photo 
Alhamdulillah hari ini hujan membasahi bumi...di Bumi Kenyalang nie..
Eloklah hujan turun sejuk sedikit suasana..
Tika ni sejujurnya diri dalam tekanan lantaran kesilapan diri sendiri yang tidak bijak membuat percanturan..
Inilah kelemahan diri..Semakin hari diri ini menjadi semakin kurang tabah,kurang bersemangat,kurang berusaha dan mudah berputus asa.
Sifat panas baran pula kini mula menguasai diri..
Saat ini mencuri sedikit masa untuk mengurangkan sedikit tekanan dengan menulis dan terus menulis.
Inilah cara diri ..tika tekanan hadir jemari akan merindui key boad untuk menaip dan terus menaip yang butir isi ceritanya  diri semndiri tak tahu apa yang dituliskannya.
Tanggungjawab untuk mak ayah hari ini dah tertunai.Sempat singgah di stesyen minyak untuk buat pindahan wang .Lega rasa hati bila tanggungjawab yang satu itu dah selesai..Sekurangnya ayah tidak ternanti -nanti..
Dari rumah tadi dalam hati ada beberapa perkara perlu di buat pagi ini..Tapi malangnya satu perkarapun belum dibuat.
Rekod pengajaran masih belum diselesaikan.Meeting HEM semalam semakin bertambah bebanan..Minit mesyuarat,panggilan mesyuarat.Pelan Strategik untuk disiplin aliran perdana dan untuk PPKI .Semuanya inginkan secepat yang mungkin.
Inilah kesilapan diri..biarkan kerja tertangguh dan terus tertangguh akhirnya sendiri yang merasa kesan nya.
#En Suami..maafkan saya kerana saya melepaskan tekanan saya pada awak semalam..kesamnya mungkin seluruh badan awak sakit-sakit kerana cubitan bertubi -tubi dari saya.
Terima kasih kerana sentiasa buat susu soya tu untuk saya.
Saya tahu saya banyak berubah..saya tahu awak rindukan isteri awak yang dulukan..
Maafkan saya kerana saya tidak seperti dului lagi..
Mungkin kah ada ruang waktu untuk saya????