Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 30 April 2010

Aimy

Aktiviti Membuat Kad Hari Ibu (PKBP 2 &PKBP 4)

Pertandingan Membuat Buku Skrap (Aktiviti Nilam)

Baru-baru ni ,hari Sabtu aktiviti nilam diadakan di sekolah.PKBP juga tidak ketinggalan turut serta dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan.Aku pulak telah ditugaskan menjadi ketua kepada 5 orang pelajar PKBP dan dibantu oleh Cikgu Kamariah bertanding dengan murid perdana dalam Pertandingan membuat buku skrap..Alhamdulillah,rasanya PKBP yang terbaik pada hari itu,tapi apa-apapun keputusan rasmi belum keluar lagi..Terima kasih pada murid-muridku yang tersayang seperti Zulhelmi yang berhempas pulas memikirkan susun atur,Zul Adli, Kristy Umi,Naamah dan Ariana atas semangat kerjasama kalian..

Lawatan ke Astronomi, Sarawak

Pada 21 April lepas PKBP SMK Demak Baru ke Astronomi,Sarawak..Seronok dapat mengkaji segala ilmu yang terdapat di angkasa raya...Apapun enjoylah hari itu bila dapat keluar dari sekolah nie.
Inilah kumpulan 4 yang diamanahkan kepada aku untuk dijaga sepanjang lawatan..Alhamdulillah semuanya mendengar kata..Sayang kitak orang.. Sempat jugak aku posing dengan Ustaz Badrul..Saje je sebab kebetulan pakai baju hampir sama...hehe..
Bukan saja murid je seronok hari tu,PPM Pouziah pun antara yang begitu teruja dapat tengok lukisan buruj oleh murid PKBP...

Aktiviti Membuat Twist Potato(PKBP 2)

Setiap hari Rabu , aku selalu ajar kelas PKBP2 memasak..ari tu ajar dia orang buat twist potato..Pelbagai ragam yang dapat dilihat..yang syoknya kelas-kelas lain pun turut sama menyibukkan diri dengan kelas PKBP 2..Sebenarnya aku ajar dia orang Bahasa Melayu,tapi bila duk fikir ajar mengeja tak dapat-dapat baiklah ajar memasak lak..Ada jugak kemahiran untuk mereka..
Asyik sungguh Mazlan mencucuk potato kat lidi..Hati-hati den,kelak kena jari kitak...

Bersungguh nampak Cikgu Jah ajar Jumaina supaya dapat mencucuk ubi tu..sampai akhirnya Cikgu Jah lak yang bersungguh-sungguh buat sama naik dengan anak murid..