Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 15 Disember 2023

TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN

 

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN

Terima kasih Pengerusi majlis…

 

 Yang Berbahagia ,Datin Aisah binti Jaman  Pengetua Sekolah Menengah Kampong Jawa

 Yang di hormati Puan Anita Mat Idris  YDP PIBG SMK Kampong Jawa

 Yang diraikan Bersama Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Noraidah binti Jaafar  .

Yang berusaha Puan Azwin Fairuz binti Ajidan,Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Eng Hong Li  ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Noraidah Binti Abd Ghafar ,Penolong Kanan Petang

Puan Nordiana Binti Ngaspan ,Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa.

Barisan guru kanan mata Pelajaran

Pengerusi  dan AJK  SMK Kampong Jawa.

Suami tercinta En Mohd Faisal Ibrahim

Rakan-rakan guru dan staf

Tuan-puan serta mrid-murid yang dikasihi sekalian.



Asalamualaikum dan salam Sejahtera.

Hadirin sekalian,ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan saya berucap sepatah dua kata.

Kalau sebelum  ini,saya menyaksikan dan meraikan  rakan-rakan yang bersara,hari ini tiba jua giliran saya ,pengucapan terakhir dari saya sebagai seorang guru yang bakal bersara.

Dengan penuh rasa Syukur ke hadrat Ilahi,kerana merestui  majlis persaraan  Titipan Memori Seikhlas Budi yang cukup bermakna  dan amat indah  yang diadakan ini untuk saya dan rakan guru yang lain.Pastinya tanggal 15 December 2023 ini merupakan tanggal yang paling haru,dalam lipatan hidup saya,kerana diraikan sebegini merupakan penghargaan yang amat tinggi yang diberikan oleh pihak sekolah dan rakan-rakan semua.Sempena persaraan pilihan saya pada 1 Januari 2024.


 Pada kesempatan  ini , saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan guru dan AKP terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Aisah Binti Jaman, Pengetua SMK Kampong Jawa,Pengerusi Kelab Bagus dan AJK  ,rakan-rakan guru dan AKP ,  kerana mengadakan majlis khas ini untuk kami bertiga. Penghargaan yang amat tinggi dan amat bermakna untuk saya. Semoga Allah memberi keberkatan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Hadirin sekalian,

 Sepanjang perjalanan hidup mengharungi kancah pendidikan ini,saya menggarap banyak pengalaman,sampai kadang-kadang terasa 24 jam sehari itu tidak mencukupi .Dunia pendidikan ini sebenarnya terlalu indah .Beberapa tahun  bersama .rakan seperjuangan ,kalian semua telah memberikan banyak gelak tawa dan rasa kegembiraan.Situasi ini buat kita termasuk saya lupa beban tugas pendidikan.Saya gembira pada waktu kita bersama ,khususnya di PPKI ,bermuafakat dan bermesyuarat ,makan bersama ataupun kita sama-sama bersantai membuat lawatan.Sesungguhnya kita Bersama-sama merasakan susah senangnya berada dalam dunia pendidikan ini.

Hadirin sekalian,

kekuatan. Sesebuah organisasi akan cemerlang bila semua kakitangan bekerjasama ,bantu membantu dalam segala hal..kerana tidak ada manusia yang sempurna sifatnya , melainkan Allah…..Oleh itu saya berpesan rakan-rakan untuk terus bekerjasama demi anak bangsa, agama dan Negara. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih

kepada, pengetua ,  barisan Penolong kanan, rakan guru dan Rakan AKP kerana memberi sokongan yang padu kepada saya.

Apa saja yang saya capai selama 25 tahun dalam dunia pendidikan  ,sebenarnya adalah sebahagian daripada semangat kerja berpasukan,saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai guru yang terasing dan diasingkan.

Apa saja program atau projek atau tugasan,sentiasa ada orang yang memberi bantuan dan kalian adalah sebahagian daripada orang-orang itu.Ada yang menasihatkan ada yang memberi sokongan .Ada yang memberi bantuan.Ada yang memberikan keyakinan dan harapan.dan tidak kurang juga tulus Ikhlas menghargai kejayaan yang saya kecapi.Kerja berpasukan inilah yang memberikan kejayaan dan kenangan yang amat manis Dan kalaupun ada sedikit persilisihan ,maka itu hanyalah sekadar asam garam kehidupan untuk mendapatkan persefahaman.

Berkerja bersama kalian khususnya di PPKI  memberi makna bahawa ada sahabat yang memberi perhatian ketika saya menghadapi kesulitan.Tanpa di sedari ,kalian juga banyak memberi sumbangan kepada kehidupan saya dan keluarga,terima kasih untuk segalanya.

 

Terima kasih juga untuk warga  SMK Kampong Jawa  PIBG ,Penguasa kantin,rakan-rakan  di bahagian pembersihan,kedai buku dan rakan di bahagian keselamatan.Terima kasih atas segala yang tercipta antara kita.

Hadrin sekalian.

Kejayaan seseorang itu pastinya ada seseorang yang memain watak utama yang menyokong perjuangan .Begitu juga saya,Ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan tercinta,suami saya En Mohd Faisal Ibrahim,yang sentiasa memberi 100 peratus sokongan dalam kerjaya saya. Bermula dari awal saya berkhidmat hingga ke hari ini,insan inilah yang mengajar saya supaya sentiasa bersemangat ,Ikhlas dalam bekerja dan sentiasa memberi bantuan dalam apa saja demi memastikan segalanya lancar dan terbaik.Terima kasih kerana tidak pernah mempersoalkan masa kerja saya.

Terima kasih juga   untuk murid-murid,khususnya murid-murid PPKI.Terima kasih kerana memberi banyak memori yang manis yang tak terlupakan.Kepada Murid-murid yang menduduki SPM nanti,cikgu doakan semoga kalian semua cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Hadirin sekalian,

 Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan ,terkasar bahasa dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan tuan-tuan dan puan-puan dan halalkan makan minum juga. Di sini juga saya memberi kemaafan kepada semua. Semoga hidup kita bertambah berkat dan diredhai ALLAH SWT.

Yang patahkan tumbuh,yang hilang kan berganti, Begitulah hidup ini, bila saya berundur akan ada penggantinya, Diharap pengganti saya nanti ,seorang yang lebih baik dan komited dalam kerja dan akan terus menjulangkan SMK Kampong Jawa.


kepada murid-murid,saya akan rindukan kerenah kalian  semua,rindukan suara kecil memberi salam,rindukan senyuman Ikhlas,pelukan ….dan berbagai… Saya akan rindukan suasana kerja bersama rakan. Usik mengusik  kata mengata ,bimbing membimbing . Atas pilihan sendiri,saya terpaksa berundur untuk melangkah ke era baharu menjalani kehidupan yang belum dirancang lagi. Namun semangat dan jiwa saya dalam bidang pendidikan tetap unggul dalam jiwa dan sanubari….saya masih bersedia untuk menyumbangkan bakti untuk anak bangsa khasnya di SMK Kampong Jawa  ini……selamat tinggal rakan-rakan selamat tinggal  murid-muridku…..jadilah anak kebanggaan ibubapa. JANGAN LUPA KENANGLAH SAYA DALAM DOA ANDA.

SEKIAN…..TERIMA KASIH.