TERMASYA SUKAN TAHUNAN
PENDIDIKAN KHAS SMK KAMPONG JAWA KALI PERTAMA 2018
NAMA :TEMASYA SUKAN TAHUNAN PENDIDIKAN KHAS SMKKJ KALI KE-1 2018
TEMPAT : PADANG SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TARIKH : 5 JULAI 2018
PERSEDIAAN
7.30 a.m - Semua peserta perbarisan dan persembahan diminta bersedia di padang.
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
7.45 a.m – Tetamu kehormat tiba…
“Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa,
(kompang dipalu)
“Hadirin hadirat dipersilakan berdiri”
(tunggu VIP duduk)
“Hadirin hadirat dipersilakan mengambil tempat”
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1. . Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa
2. Yang Berusaha Pn Nomala Binti Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kg Jawa
3.Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kg Jawa
4 Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa
5. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
6. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
7 Guru-guru , PPM Ibu bapa serta murid-murid PPKI yang dikasihi sekalian.
ASSALAMUALAIKUM WBT,
SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN,
Hadirin dan hadirat sekalian..
Selamat datang di ucapkan ke acara
TESMASYA SUKAN TAHUNAN PENDIDIKAN KHAS SMKKJ KALI KALI PERTAMA.
Mewakili seluruh warga PPKI mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong kerana telah sudi melapangkan masa untuk memeriahkan lagi tesmasya sukan pada hari ini. Alhamdulillah kita diberikan kesempatan waktu untuk kita mengadakan temasya sukan buat kali pertama ini,Antara objektif temasya ini diadakan adalah menanam sikap keyakinan diri dan bersaing secara sihat dalam aktiviti sukan.Di samping itu juga ,mencungki bakat dan potensi murid-murid Pendidikan Khas melalui acara sukan untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sebagai pembukaan tirai kejohanan, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat oleh pasukan rumah-rumah sukan.
Majlis menjemput dengan segala hormatnya Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong dengan diiringi yang berusaha puan Normala binti Misman ,Penolong Kanan PPKI untuk tampil ke hadapan, menyaksikan perbarisan serta menerima tabik hormat. Dengan segala hormatnya di persilakan.
VIP dah ready berdiri di podium
*** MUSIC ON
__________________________ start jalan
Hadirin dan hadirat sekalian… pasukan yang pertama adalah pasukan
Pasukan rumah ____________________________
- Rumah ___________________ diketuai oleh _____________________
- Ketua perbarisan ialah _______________________________________
- Pembawa bendera __________________________________________
- Pembawa papan tanda ialah __________________________________
- Motto pasukan _____________________________________________
- Maskot
(rumah akhir dan lintas depan VIP, jemput VIP duduk)
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa di atas kesudian
menerima tabik hormat sebentar tadi (VIP duduk)
**tunggu rumah terakhir masuk……. MUSIC OFF
** standby lagu NEGARAKU
** standby pembaca doa
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
Begitulah tadi berakhirnya perbarisan lintas hormat oleh pasukan n rumah-rumah sukan.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku
Hadirin dan hadirat dipersilakan untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
*** ON LAGU NEGARAKU………….nyanyi habis
Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.
BACAAN DOA
Seterusnya, majlis menjemput murid Muhammad Amin bin Mohd Rizal KSSM ting 1 untuk mengetuai bacaan doa.
Dengan segala hormatnya di jemput.
*(F) - arahan “UP”
- pemegang bendera alih bendera ke kiri & angkat tangan kanan sahaj
-semua angkat tangan
*Mohd Amin = baca doa..habis
*(F) –arahan “UP”
- semua turun tangan
- pemegang bendera alih bendera ke kanan
Aamiin ya RabbaL alamiin (tunggu arahan up) (tunggu pasukan lain kalih tangan)
Terima Kasih diucapkan kepada Muhammad Amin bin Mohd Rizal diatas bacaan doa sebentar tadi. Semoga kejohanan balapan dan padang kali ke-Pertama ini akan berjalan lancar dari awal hingga ke akhirnya dan diberkati ALLAH SWT, Inshaa ALLAH
*** standby muzik irinigan ikrar
BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ketua Kejohanan, saudara ____________________________________, dari tingkatan KSSM 2, untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.
*** MUSIC ON
Kishen dan pembawa bendera berlari-lari anak kehadapan, bentuk separut bulatan, tunggu semua ready…
*** MUSIC OFF
Kishen “UP”
Semua bendera turun
Semua PESERTA RUMAH SUKAN SAHAJA angkat tangan kanan
*baca ikrar, habis
*Kishen – “UP”
- Semua bendera dinaikan dan tangan turun
*** MUSIC ON
- Kishen dan pembawa bendera masuk baris
*** MUSIC OFF
*(kontigen senang diri dulu)
Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Kejohanan iaitu saudara Kishen Raj a/l Jaya Raj kerana telah mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.
* Kishen arah KONTIGEN, SENANG DIRI
Untuk makluman hadirin dan hadirat…….Kishen Raj adalah
Johan -pertandingan membuat wau peringkat daerah klang
Johan merentas desa 2018 peringkat daerah klang
Mewakili Daerah Klang dalam Olahraga Peringkat Negeri Selangor 2018
(rujuk biodata,baca pencapaian)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Kishen Raj a/l Jaya Raj di atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah.
UCAPAN ALU-ALUAN PENOLONG KANAN PPKI
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Pn Normala Binti Misman,Penolong Kanan PPKI SMK KG Jawa. Dengan segala hormat dipersilakan.
-Penolong kanan berucap
-
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Normala Misman diatas ucapan beliau sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN PENGETUA
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kini tibalah kita ke acara kemuncak pada pagi ini. Tanpa membuang masa saya mempersilakan dengan segala hormatnya Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapa seterusnya merasmikan TEMASYA KEJOHANAN SUKAN PENDIDIKAN KHAS SMK KAMPONG JAWA kali PERTAMA. Dengan segala hormatnya dipersilakan
- VIP berucap
- VIP rasmi
*** GIMIK PERASMIAN
Demikian tadi berakhirnya upacara perasmian KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK kg Jawa kali pertama. Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa,
- VIP dan pengetua duduk
PERSEMBAHAN
Hadirin dan hadirat sekalian, untuk memeriahkan lagi kejohanan kita pada kali ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan senamrobik oleh murid-murid PPKI
*** muzik on………..persembahan……..muzik off
Demikian tadi berakhirnya persembahan senamrobik yang begitu menarik daripada murid-murid PPKI. Terima Kasih diucapkan kapada semua tenaga pengajar dan murid yang telah menjayakan persembahan ini.
PASUKAN UNIT BERUNIFORM & RUMAH SUKAN KELUAR BARIS
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pasukan rumah-rumah sukan akan keluar baris.
- F –“ KONTIGEN, KONTIGEN AKAN BERJALAN
KELUAR……DARI TENGAH CEPAT JALAN.
***Muzik On
Semua pasukan keluar baris bermula pasukan paling kiri dan paling Kanan
*** Ketua kontigen dan ketua kejohanan keluar paling akhir
** tunggu padang kosong
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BERMULA
Hadirin hadirat sekalian,
ACARA SUKAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI. SEMUA ATLIT DIMINTA MELAPOR DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA DAN PARA PETUGAS BERSEDIA DI TEMPAT MASING-MASING.
Selamat bertanding, selamat bertugas dan selamat maju jaya!
MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!
· BACA NAMA-NAMA PESERTA UNTUK ACARA PERTAMA
ACARA BERMULA
PENYAMPAIAN HADIAH
*Hadirin hadirat sekalian.
Terdapat beberapa acara yang telah dijalanan sebelum kejohanan ini dan bagi menyampaikan pingat kepada para pemenang, dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib,pengetua untuk menyampaikan pingat kepada para pemenang.
Bagi acara_____________________
Tempat ketiga dimenangi oleh ____________ dari rumah ___________________
Naib Johan ____________________________ dari rumah ___________________
Johan dimenangi oleh : ________________________________ dari rumah.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib.
MAJIS PENYAMPAIAN HADIAH (rujuk lampiran)
ACARA GURU DAN PPM
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebentar lagi adalah acara guru dan PPM .mohon bersedia guru-guru dan PPM yang berminat untuk menyertai acara ini.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Normala Misman, Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan sedikit CENDERAHATI kepada Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa, Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada yang berusaha Tuan Haji Mohammad Kamaluddin Bin Taib.dan yang berusaha Puan Normala binti Misman.
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi,maka selesai sudah majlis pada hari ini. Sekali lagi majlis Majlis merakamkan ribuan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran Yang Berusaha, Tn Hji Mohamad Kamaluddin Bin Taib, Pengetua SMK Kampong Jawa, serta ,tuan- tuan dan puan- puan yang dihormati sekalian.
Bersyukur kehadrat Ilahi ,maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam temasya kali pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Adat bertanding, ada kalah dan ada menang. Adat menguruskan acara, ada kelemahan dan ada kesilapan. Apa yang penting, semangat kesukanan dapat terus kita pupuk demi melahirkan generasi yang lebih berdisiplin dan berdaya saing dalam segenap aspek.
Pergi kedai membeli baja
Baja di simpan di atas para.
Sukan membentuk semangat waja
Murid sihat ,sekolah sejahtera
Besi tembaga biar di tanah
Emas suasa di bawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah
Di lain masa bertemu kembali
Terima kasih ,assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sehingga kita berjumpa lagi di majlis yang sama pada tahun hadapan.