Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 1 Mei 2017

RENUNGAN

Jika tak cukup duit, kita tak berani nak pergi ke bandar sebab takut tak cukup buat belanja; tapi tak cukup amalan untuk masuk ke dalam kubur kita buat tak kisah pun, sedangkan masuk ke alam
barzakh tanpa bekalan itu umpama terjun ke lautan yang dalam tanpa pelampung.

Teks Pengacara Majlis Anugerah Kualiti Kecemerlangan SMK Kampong Jawa 2017

ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2017

TARIKH                       : 3 MEI 2017  (RABU)
MASA                          : 9.00 – 1.00 PETANG
TEMPAT                      : SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TETAMU KEHORMAT  : Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor   


BIL
MASA
PERGERAKAN/ AKTIVITI
TINDAKAN
1
9.00 am
Semua AJK bergerak untuk berada di tempat masing-masing

Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk penyambut tetamu bersedia 

AJK pendaftaran mengambil tempat.

Peralatan siaraya diperiksa.

Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa

Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah
AJK pendaftaran
AJK Siaraya
AJK kebersiahan
AJK persiapan tempat
2
9.40 am

PENGUMUMAN
“Mohon perhatian !   Mohon perhatian !
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Majlis akan bermula sebentar lagi.”

Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya sepanjang majlis telefon bimbit hendaklah ditutup atau tukar ke mode silent.
Setibanya VIP memasuki dewan, mohon semua untuk berdiri bagi bersiap untuk menyanyikan lagu Negaraku


AJK peralatan

3
9.50 am
- Ketibaan tetamu jemputan 
- Jemputan ke ruang menunggu
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis



AJK Penyambut tetamu
En Razak


4
10.00 am
-Pasukan bunga manggar dan pembawa bunga telur berbaris

Guru-guru telah beratur membentuk laluan.

VVIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di tengah-tengah pembawa bunga manggar. Pasukan kompang berada di belakang VVIP.

VVIP dibawa perlahan-lahan memasuki dewan.

Pembawa bunga manggar hanya berdiri di luar dewan.

PENGUMUMAN KETIBAAN

“ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail , Pengarah Kastan Negeri Selangor, yang diiringi masuk oleh Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa Puan Anita Binti Md Idris, bersama Yang  Berusaha , Puan Noraizah Binti Mohd Nor , Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa , dan para Tetamu Khas yang lain. Sidang hadirin dipohon berdiri ”


Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.

Sambutan
AJK persembahan

AJK Protokol
5
10.05 am
VVIP telah sampai di tempat duduk

Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan.

Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada VVIP

NYAYIAN LAGU NEGARAKU

“Sidang hadirin sekalian,
Nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi dan hadirin serta hadirat sekalian dijemput bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

 Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.


BACAAN DOA

Membuat  kerabu mencari lokan
Penambah selera  sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati  majlis pada pagi ini , dengan segala hormatnya dipersilakan  al fadhil ustaz Mohamad Rashid Bin  Mohamad Saleh untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan .”

Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b. Mohamad Salleh akan beredar dari tempat  juru acara.

Amin,amin Ya Rabbal Alamin….Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Mohamad Rashid Bin Saleh atas bacaan doa itu tadi.


Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
6
10.15 am
UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
 semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam SMK Kampong Jawa terus cemerlang..
Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya  mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ;
1.Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor
2. Yang Berbahagia Pn Anita Binti Md Idris, YDP PIBG SMK Kampong Jawa
3. Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa
5. Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayob, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang
6. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
7. Yang Berusaha Pn Nomala Binti Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kg Jawa
8. Yang Berusaha En Amir Syaifuddin Bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa
9. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
10. AJK PIBG , Ibu bapa ,guru-guru
11. Para tetamu jemputan , dan para penerima anugerah  yang diraikan  sekalian .”

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah ini bagi meraikan  Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Akademik  SMK Kampong Jawa tahun 2017 bagi menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah.
  Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan memiliki jati diri melalui pelaksanaan pengurusan pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
Untuk pengetahuan semua, SMK Kampong Jawa yang telah dipimpin oleh 6 orang pengetua kini giat berusaha mencapai visinya menjadi menjadi pusat pembelajaran progresif dan cemerlang. Buktinya , semakin ramai anak didik sekolah ini menunjukkan kehebatannya bukan sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, terdapat juga anak didik SMK Kampong Jawa yang kini menceburi bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan , pendidikan dan lain-lain.

Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.

Juruacara
7
10.20 am
UCAPAN PENGETUA

Para  hadirin yang dihormati sekalian
Bagi meneruskan acara pada pagi ini,majlis dengan segala  hormatnya menjemput Yang Berusaha  Puan Noraizah Binti Mohd Nor Penolong Kanan Pentabiran SMK Kg Jawa untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan”

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha  Puan Noraizah Binti Mohd Nor , penolong kanan pentadbiran SMK Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.




8
10.30 am
UCAPAN YDP PIBG

Songket tenunan dahula kala
Gemersik indah indahnya di mata
Setulis hati dipersila
Berucap sepatah dua kata

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia  Puan Anita Binti Md Idris Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan .   Dengan segala hormatnya dipersilakan .”
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha  Puan Anita Binti Md Idris  ,  Yang DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.


9
10.35 am

UCAPAN PERASMIAN


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi


Sidang Hadirin yang dihormati sekalian

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor untuk menyampaikan ucapan beliau yang seterusnya akan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.”
Majlis menjemput Yang Berbahagia  Puan Anita Binti Md Idris serta  Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa 2017.


VVIP memukul gong sebanyak 3 kali

Setelah selesai pukulan gong:


“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail , Puan Anita Binti Md Idris serta Puan Noraizah Binti Mohd Nor kerana merasmikan majlis pada pagi ini .”

AJK persembahan

AJK Protokol



























10
10.45 am

PERSEMBAHAN SCHOOL LAB


“Sidang hadirin  sekalian ,  majlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan yang diberi nama, SCHOOL LAB yang dipersembahakan oleh pelajar-pelajar dari tingkatan 3 .
Sama –sama kita saksikan.”
Terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan School Lab sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan School Lab itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Normadiah Binti kasiran dan Puan Hasfariza binti Hamzah.

11
11.00 am
REHAT

Pengumuman: Yang DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa

Yang Merah Itu Saga,
Yang Lorek itu Kendi,
Yang Indah itu Bahasa,
Yang Elok itu Budi

Terbangnya murai mencari pauh,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.


Majlis berehat sebentar. Dengan ini, majlis mempersilakan  Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris dan Dan Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor  untuk menjemputYang Berbahagia Dato Sarip bin Ismail serta tetamu-tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.


Majlis akan bersambung semula pada jam 11.30 pagi.



Setelah tetamu beredar

Para ibu bapa, guru dan penerima anugerah dipersilakan ke kantin untuk menikmati jamuan.


JK PA Sistem:
Lagu instrumental semasa rehat
12
11.30 am
PENYAMPAIAN ANUGERAH

Slot 1 :
PPKI, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Berkebaya batik berwarna merah
Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah pada pagi ini bermula dengan penyampaian anugerah kepada murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi diikuti oleh murid cemerlang peralihan , tingkatan 1 dan tingkatan 2. Majlis dengan berbesar hati menjemput  Yang berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor diiringi oleh Yang Berusaha  Pn Azwin Fairus Binti Ajidan untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


## Rujuk SENARAI PENERIMA ###
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah ……………………………………………………………………..

Seterusnya anugerah …………………………………………………………………………..

Selanjutnya, anugerah ………………………………………………………………………………….
Berikutnya, anugerah ……………………………………………………………………………

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor dan Puan Azwin Fairus Binti Ajidan kerana telah sudi menyampaikan anugerah.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Puan Azwin Fairus Binti Ajidan untuk menyampaikan cenderahati  kepada  Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor.
PERSEMBAHAN NASYID
Pengumuman:

Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sa





“Sidang hadirin ,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini akan berehat sebentar .Marilah kita sama-sama hayati  persembahanan nasyid  yang bertajuk __________________________oleh murid-murid  dari program pendidikan khas dan integrasi  SMK Kampong Jawa“
Selesai persembahan:
“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Kampong Jawa”.Untuk pengetahuan semua,kumpulan nasyid ini akan menyertai pertandingan Nasyid di Pertandigan Nasyid dan Tilawah Pendidikan Khas daerah Klang..Sama-sama kita berdoa agar kumpulan nasyid PPKI akan membawa pulang kejayaan.Aamiin.



13
12.00 pm
Slot 2:PENYAMPAIAN ANUGERAH

Anugerah murid cemerlang tingkatan 4 dan PT3


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kolah rupanya disangka perigi
Seela dekat ke arah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

penyampaian anugerah seterusnya ialah penyampaian anugerah kepada murid murid cemerlang tingkatan 4 dan murid cemerlang PT3. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia  Puan Anita Binti Md Idris, YDP PIBG SMK Kg Jawa diiringi oleh yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad,Penolong Kanan Kokurikulum  untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


## Rujuk SENARAI PENERIMA ###

Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah …………………………………………………………………..

Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah ………………………………………………………………………


Seterusnya anugerah ……………………………………………………………………………


Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah ……………………………………………………………………………

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris dan  Yang BerusahaTuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad untuk menyampaikan cenderahati  kepada  Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris.


14
12.30 pm
PERSEMBAHAN TARIAN

“Sidang hadirin  yang dihormati sekalian,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini sekali lagi berhenti rehat . Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong Jawa. Mereka akan mempersembahkan persembahan tarian di bawah kelolaan Pn Hasfariza Binti Hamzah, Pn Azmin Binti Ahmad Zubir dan Cik Aida “


Selesai persembahan:
“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong Jawa”

Slot 3:
Murid terbaik SPM 2015, Tokoh murid, Penghargaan kepada GKMP dan Pendidikan Khas, Panitia P.Seni dan Panitia MPV


Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa


Hadiah diatur Nampak kemas
Tuan yang berbahagia senyum sekilas
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas

sIdang hadirin yang dihormati , kini tibalah saat yang dinantikan , kemuncak Penyampaian Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa Tahun 2017 bagi Anugerah Murid Cemerlang SPM 2016 dan Tokoh Murid. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam negeri Selangor  diiringi  Yang Berusaha oleh Puan Puziah Binti Tuban,Penolong Kanan hal Ehwal Murid  untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ###

Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah …………………………………………………………………………..

Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah ………………………………………………………………………………….

Seterusnya, Anugerah …………………………………………………………………………………

Hadirin dan Hadirat Sekalian

Pihak sekolah juga tidak melupakan jasa guru-guru yang menggembeling tenaga serta wang ringgit dalam mendidik anak bangsa. Dengan ini, dijemput wakil bagi setiap bidang, dimulai dengan
  1. Puan Azwin Fairus Binti Ajidan dari bidang bahasa
  2. Pn Paridah Binti Mohtar dari bidang sains dan matematik
  3. En Abdul Razak Bin Suparjan dari bidang kemanusiaan
  4. Pn Ter Ber Ser dari bidang teknik dan vokasional

Pihak sekolah berasa bangga diatas prestasi dan pencapaian SPM bagi tahun 2016. Beberapa panitia telah mencapai peningkatan yang cukup membanggakan dan panitia yang masih mengekalkan rekod pencapaian kelulusan 100 %. Dengan ini, majlis mempersilakan wakil panitia prinsip akaun untuk menerima anugerah peningkatan GP dan peratus. Peningkatan GP sebanyak 1.98 dan 32.20 % kelulusan.
Seterusnya panitia fizik. Peningkatan GP sebanyak 1.90 dan 17.30 % kelulusan.

Berikutnya panitia pendidikan moral. Peningkatan GP sebanyak 1.52 dan 9.80 % kelulusan.
Diikuti oleh panitia kimia. Peningkatan GP sebanyak 1.47 dan 26.10 % kelulusan.
Seterusnya majlis menjemput wakil panitia produksi multimedia untuk menerima anugerah panitia cemerlang kerana mencapai peratus 100 % kelulusan.
Diikuti panitia pendidikan seni dan visual.
Seterusnya panitia bahasa cina.
Akhir sekali, dijemput wakil panitia bahasa tamil.

Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah. Sesungguhnya ilmu itu sungguh mahal harganya. Maka hargailah serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba selama hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam. Usahlah mudah berputus asa sepanjang proses menimba ilmu. Kerana setiap hari , kita akan mempelajari banyak ilmu baharu samada secara sengaja mahupun tidak.

Terima kasih yang tidak terhingga  diucapkan kepada Yang Berbahagia dato’ Sarip Bin Ismail dan yang Berusaha  Puan Puziah Binti Tuban kerana telah sudi menyampaikan anugerah dan sumbangan .

PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha , Puan Puziah Binti Tuban untuk menyampaikan cenderahati  kepada  Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail.

Dipersilakan yang Berbahagia untuk menerima cenderahati.


Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi terima
tanda ingatan kekal selamanya
.


AJK Jamuan
14
1.00 pm
PENUTUP

Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lembaran
Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.


Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini.


Burung terkukur terbang rendah
Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kg Jawa untuk sesi 2017. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak dalam meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang akademik SMK Kampong Jawa.

Renungilah kata-kata seorang cendikiawan
“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

15
1.00 pm
Majlis bersurai



PENGUMUMAN:
MOHON PENERIMA ANUGERAH SPM UNTUK BERKUMPUL DI LUAR DEWAN BAGI SESI FOTOGRAFI BERSAMA VIP DAN PENTADBIR. GURU-GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL UNTUK SESI FOTOGRAFI JUGA