ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2017
TARIKH : 3 MEI 2017 (RABU)
MASA : 9.00 – 1.00 PETANG
TEMPAT : SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TETAMU
KEHORMAT : Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah
Kastam Negeri Selangor
BIL
|
MASA
|
PERGERAKAN/ AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
9.00 am
|
Semua AJK bergerak untuk berada di tempat
masing-masing
Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk
penyambut tetamu bersedia
AJK pendaftaran mengambil tempat.
Peralatan siaraya diperiksa.
Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa
Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah
|
AJK pendaftaran
AJK Siaraya
AJK kebersiahan
AJK persiapan tempat
|
2
|
9.40 am
|
PENGUMUMAN
“Mohon perhatian ! Mohon perhatian !
Hadirin
dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat
masing-masing. Majlis akan bermula
sebentar lagi.”
Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya sepanjang majlis telefon
bimbit hendaklah ditutup atau tukar ke mode silent.
Setibanya VIP memasuki dewan, mohon semua untuk
berdiri bagi bersiap untuk menyanyikan lagu Negaraku
|
AJK peralatan
|
3
|
9.50 am
|
- Ketibaan tetamu jemputan
- Jemputan ke ruang menunggu
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis
|
AJK Penyambut tetamu
En Razak
|
4
|
10.00 am
|
-Pasukan bunga manggar dan pembawa bunga telur berbaris
Guru-guru telah beratur membentuk laluan.
VVIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di
tengah-tengah pembawa bunga manggar. Pasukan kompang berada di belakang VVIP.
VVIP dibawa perlahan-lahan memasuki dewan.
Pembawa bunga manggar hanya berdiri di luar
dewan.
PENGUMUMAN KETIBAAN
“ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail , Pengarah Kastan Negeri Selangor, yang diiringi masuk oleh Yang DiPertua
PIBG SMK Kampong Jawa Puan Anita Binti Md Idris, bersama Yang Berusaha , Puan Noraizah Binti Mohd Nor ,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa , dan para Tetamu Khas yang lain.
Sidang hadirin dipohon berdiri ”
Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.
|
Sambutan
AJK persembahan
AJK Protokol
|
5
|
10.05 am
|
VVIP telah sampai di tempat duduk
Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan.
Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada
VVIP
NYAYIAN LAGU NEGARAKU
“Sidang hadirin
sekalian,
Nyanyian lagu Negaraku
akan berkumandang sebentar lagi dan hadirin serta hadirat sekalian dijemput
bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Terima
kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.
BACAAN DOA
Membuat
kerabu mencari lokan
Penambah
selera sudahlah tentu
Memohon
doa tidak dilupakan
Diucap
di amin setiaplah waktu
Bagi memberkati majlis pada pagi ini , dengan segala
hormatnya dipersilakan al fadhil ustaz
Mohamad Rashid Bin Mohamad Saleh untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan .”
Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b.
Mohamad Salleh akan beredar dari tempat juru acara.
Amin,amin Ya Rabbal
Alamin….Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad Rashid Bin Saleh atas
bacaan doa itu tadi.
|
Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
|
6
|
10.15 am
|
UCAPAN
ALUAN PENGACARA MAJLIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
semoga majlis disambut ceria.
Hinggap minum di tepi
kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama
dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan
Negara.
Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam
SMK Kampong Jawa terus cemerlang..
Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan
kehadiran ;
1.Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor
2. Yang Berbahagia Pn Anita Binti Md Idris, YDP
PIBG SMK Kampong Jawa
3. Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa
5. Yang Berbahagia ASP
Mohd Sukri Bin Ayob, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang
6. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
7. Yang Berusaha Pn Nomala Binti Misman, Penolong
Kanan Pendidikan Khas SMK Kg Jawa
8. Yang Berusaha En Amir Syaifuddin Bin Abdul
Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa
9. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
10. AJK PIBG , Ibu bapa ,guru-guru
11. Para tetamu jemputan , dan para penerima anugerah yang diraikan sekalian .”
Bersyukur
kita pada pagi yang penuh barakah ini,sekali lagi kita dapat berkumpul di
dalam dewan yang telah dihias indah ini bagi meraikan Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Akademik
SMK Kampong Jawa tahun 2017 bagi
menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah.
Majlis
ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan insan berilmu ,
berakhlak mulia dan memiliki jati diri melalui pelaksanaan pengurusan
pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
Untuk pengetahuan semua,
SMK Kampong Jawa yang telah dipimpin oleh 6 orang pengetua kini giat berusaha
mencapai visinya menjadi menjadi pusat pembelajaran progresif dan cemerlang.
Buktinya , semakin ramai anak didik sekolah ini menunjukkan kehebatannya bukan
sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum hingga ke
peringkat antarabangsa. Di samping itu, terdapat juga anak didik SMK Kampong
Jawa yang kini menceburi bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan ,
pendidikan dan lain-lain.
Pada pagi ini ,
murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik
akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu
sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat yang banyak membantu
memajukan sekolah juga tidak dilupakan.
|
Juruacara
|
7
|
10.20 am
|
UCAPAN
PENGETUA
Para hadirin yang dihormati sekalian
Bagi meneruskan acara pada pagi ini,majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor Penolong Kanan
Pentabiran SMK Kg Jawa untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala
hormatnya dipersilakan”
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor , penolong
kanan pentadbiran SMK Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.
|
|
8
|
10.30 am
|
UCAPAN
YDP PIBG
Songket tenunan
dahula kala
Gemersik indah indahnya di mata
Setulis hati
dipersila
Berucap sepatah
dua kata
Sidang hadirin yang
dihormati sekalian,
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Puan Anita Binti Md Idris Yang
DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan .”
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Anita Binti Md Idris , Yang
DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.
|
|
9
|
10.35 am
|
UCAPAN
PERASMIAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi
Sidang Hadirin yang
dihormati sekalian
“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian
Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang
Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor untuk menyampaikan ucapan beliau yang seterusnya akan memukul gong
sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.”
Majlis menjemput Yang
Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris serta Yang Berusaha Puan
Noraizah Binti Mohd Nor ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah
Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa 2017.
VVIP memukul gong sebanyak 3 kali
Setelah selesai pukulan gong:
“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Dato’ Sarip Bin Ismail , Puan Anita Binti Md Idris serta Puan Noraizah
Binti Mohd Nor kerana merasmikan majlis pada pagi ini .”
|
AJK persembahan
AJK Protokol
|
10
|
10.45 am
|
PERSEMBAHAN
SCHOOL LAB
“Sidang hadirin sekalian , majlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan
yang diberi nama, SCHOOL LAB yang dipersembahakan oleh pelajar-pelajar dari
tingkatan 3 .
Sama –sama kita saksikan.”
Terima kasih kepada murid-murid yang membuat
persembahan School Lab sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan School Lab
itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Normadiah Binti kasiran dan Puan
Hasfariza binti Hamzah.
|
|
11
|
11.00 am
|
REHAT
Pengumuman: Yang DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa
Yang Merah Itu Saga,
Yang Lorek itu Kendi,
Yang Indah itu Bahasa,
Yang Elok itu Budi
Terbangnya murai mencari pauh,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.
Majlis berehat
sebentar. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris dan Dan Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd
Nor untuk menjemputYang Berbahagia
Dato Sarip bin Ismail serta tetamu-tetamu khas untuk menikmati jamuan di
bilik jamuan.
Majlis akan bersambung
semula pada jam 11.30 pagi.
Setelah tetamu beredar
Para ibu bapa, guru dan
penerima anugerah dipersilakan ke kantin untuk menikmati jamuan.
|
JK PA Sistem:
Lagu instrumental semasa
rehat
|
12
|
11.30 am
|
PENYAMPAIAN
ANUGERAH
Slot 1 :
PPKI,
Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Berkebaya batik
berwarna merah
Dipakai pula gadis
pinggiran
Tibalah masa
penyampaian anugerah
Penerima teruja
menunggu giliran
Sidang hadirin yang
dihormati, penyampaian anugerah pada pagi ini bermula dengan penyampaian
anugerah kepada murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi diikuti oleh
murid cemerlang peralihan , tingkatan 1 dan tingkatan 2. Majlis dengan
berbesar hati menjemput Yang berusaha Puan
Noraizah Binti Mohd Nor diiringi oleh Yang Berusaha Pn Azwin Fairus Binti Ajidan untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
## Rujuk SENARAI
PENERIMA ###
Penyampaian anugerah
dimulakan dengan Anugerah ……………………………………………………………………..
Seterusnya anugerah …………………………………………………………………………..
Selanjutnya, anugerah ………………………………………………………………………………….
Berikutnya, anugerah ……………………………………………………………………………
Syabas dan tahniah
diucapkan kepada para penerima anugerah.
Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor dan Puan Azwin Fairus Binti
Ajidan kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima
kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Puan Azwin Fairus Binti
Ajidan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor.
PERSEMBAHAN NASYID
Pengumuman:
Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita
sa
“Sidang hadirin , majlis penyampaian anugerah pada pagi ini
akan berehat sebentar .Marilah kita sama-sama hayati persembahanan nasyid yang bertajuk __________________________oleh
murid-murid dari program pendidikan
khas dan integrasi SMK Kampong Jawa“
Selesai persembahan:
“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada pelajar-pelajar
pendidikan khas SMK Kampong Jawa”.Untuk pengetahuan semua,kumpulan nasyid ini
akan menyertai pertandingan Nasyid di Pertandigan Nasyid dan Tilawah
Pendidikan Khas daerah Klang..Sama-sama kita berdoa agar kumpulan nasyid PPKI
akan membawa pulang kejayaan.Aamiin.
|
|
13
|
12.00 pm
|
Slot 2:PENYAMPAIAN
ANUGERAH
Anugerah
murid cemerlang tingkatan 4 dan PT3
Sidang hadirin yang dihormati
sekalian,
Kolah rupanya disangka perigi
Seela dekat ke arah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
penyampaian anugerah seterusnya
ialah penyampaian anugerah kepada murid murid cemerlang tingkatan 4 dan murid
cemerlang PT3. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris, YDP PIBG SMK Kg
Jawa diiringi oleh yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad,Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menyampaikan
anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
## Rujuk SENARAI
PENERIMA ###
Penyampaian anugerah
dimulakan dengan Anugerah …………………………………………………………………..
Penyampaian anugerah seterusnya
ialah Anugerah ………………………………………………………………………
Seterusnya anugerah ……………………………………………………………………………
Penyampaian anugerah seterusnya
ialah Anugerah ……………………………………………………………………………
Syabas dan tahniah
diucapkan kepada para penerima anugerah.
Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris dan Yang BerusahaTuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima
kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin
Muhamad untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Puan Anita Binti Md Idris.
|
|
14
|
12.30 pm
|
PERSEMBAHAN
TARIAN
“Sidang hadirin yang dihormati sekalian, majlis penyampaian anugerah pada pagi ini sekali
lagi berhenti rehat . Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan yang
penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong Jawa.
Mereka akan mempersembahkan persembahan tarian di bawah kelolaan Pn Hasfariza
Binti Hamzah, Pn Azmin Binti Ahmad Zubir dan Cik Aida “
Selesai persembahan:
“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid
dari unit kebudayaan SMK Kampong Jawa”
Slot 3:
Murid
terbaik SPM 2015, Tokoh murid, Penghargaan kepada GKMP dan Pendidikan Khas,
Panitia P.Seni dan Panitia MPV
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Hadiah diatur Nampak kemas
Tuan yang berbahagia senyum sekilas
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas
sIdang hadirin yang
dihormati , kini tibalah saat yang dinantikan , kemuncak Penyampaian Anugerah
Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa Tahun 2017 bagi Anugerah Murid Cemerlang
SPM 2016 dan Tokoh Murid. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam negeri Selangor diiringi Yang Berusaha oleh Puan Puziah Binti Tuban,Penolong
Kanan hal Ehwal Murid untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
## Rujuk SENARAI
PENERIMA ###
Penyampaian anugerah
dimulakan dengan Anugerah …………………………………………………………………………..
Penyampaian anugerah seterusnya
ialah Anugerah ………………………………………………………………………………….
Seterusnya, Anugerah …………………………………………………………………………………
Hadirin dan Hadirat
Sekalian
Pihak sekolah juga
tidak melupakan jasa guru-guru yang menggembeling tenaga serta wang ringgit
dalam mendidik anak bangsa. Dengan ini, dijemput wakil bagi setiap bidang,
dimulai dengan
Pihak sekolah berasa
bangga diatas prestasi dan pencapaian SPM bagi tahun 2016. Beberapa panitia
telah mencapai peningkatan yang cukup membanggakan dan panitia yang masih
mengekalkan rekod pencapaian kelulusan 100 %. Dengan ini, majlis
mempersilakan wakil panitia prinsip akaun
untuk menerima anugerah peningkatan GP dan peratus. Peningkatan GP sebanyak
1.98 dan 32.20 % kelulusan.
Seterusnya
panitia fizik. Peningkatan GP sebanyak 1.90 dan 17.30 % kelulusan.
Berikutnya
panitia pendidikan moral. Peningkatan GP sebanyak 1.52 dan 9.80 % kelulusan.
Diikuti
oleh panitia kimia. Peningkatan GP sebanyak 1.47 dan 26.10 % kelulusan.
Seterusnya
majlis menjemput wakil panitia produksi multimedia untuk menerima anugerah
panitia cemerlang kerana mencapai peratus 100 % kelulusan.
Diikuti
panitia pendidikan seni dan visual.
Seterusnya
panitia bahasa cina.
Akhir
sekali, dijemput wakil panitia bahasa tamil.
Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah. Sesungguhnya ilmu itu
sungguh mahal harganya. Maka hargailah serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba
selama hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam. Usahlah mudah
berputus asa sepanjang proses menimba ilmu. Kerana setiap hari , kita akan
mempelajari banyak ilmu baharu samada secara sengaja mahupun tidak.
Terima kasih yang
tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berbahagia dato’ Sarip Bin Ismail dan yang
Berusaha Puan Puziah Binti Tuban
kerana telah sudi menyampaikan anugerah dan sumbangan .
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga ,
dipersilakan Yang Berusaha , Puan Puziah Binti Tuban untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato’
Sarip Bin Ismail.
Dipersilakan yang
Berbahagia untuk menerima cenderahati.
Demikianlah
adat kehidupan,
Orang
berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin
terbalas budi
Walau emas
sebungkus diberi
Cuma harapan
di dalam dada
Tanda mata
sudi terima
tanda ingatan kekal selamanya
.
|
AJK Jamuan
|
14
|
1.00 pm
|
PENUTUP
Sidang hadirin sekalian,
Kita telahpun
tiba dipenghujung majlis,
Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.
Pulang
ke desa menyambut lembaran
Disambut
mersa rakan dan taulan
Jika tersasul
memohon keampunan
Jika tersalah
harap dibetulkan.
Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
perjalanan majlis ini.
Burung
terkukur terbang rendah
Terbang
bersama siburung murai
Saat ini
saat penyudah
Tanda
majlis melabuhkan tirai
Dengan ini berakhirlah
sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kg Jawa untuk
sesi 2017. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi
menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima
anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak
dalam meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang akademik SMK Kampong Jawa.
Renungilah kata-kata
seorang cendikiawan
“Kejayaan yang luar
biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa “
Sekian, wabilla hi
taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.
|
|
15
|
1.00 pm
|
Majlis bersurai
|
|
PENGUMUMAN:
MOHON
PENERIMA ANUGERAH SPM UNTUK BERKUMPUL DI LUAR DEWAN BAGI SESI FOTOGRAFI
BERSAMA VIP DAN PENTADBIR. GURU-GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL UNTUK SESI
FOTOGRAFI JUGA
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!