Hari ini saya memulakan tugas sebagai guru setelah 2 bulan saya bercuti.hari Isnin baru nie semangat saya macam hilang..Saya takde mood nak ke sekolah dan kesempatan saya ambil saya bertugas menjaga pameran sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Gembiranya saya bila terjumpa kawan saya semasa mengajar di semenanjung dulu.Beliau ialah En Parawes Abdullah yang sekarang ni di tempatkan di Kementerian Pelajaran.Banyak perkara yang dapat dikongsikan.Dulu En Parawes sebagai pembantu saya ketika saya menjadi Penyelaras di SMK Pandan Jaya.
Bukan senang nak mencari balik semangat saya yang hilang seketika.Saya frust sangat sebab usaha saya dipandang ringan oleh sesetengah pihak.Tapi bila saya fikirkan..inilah cabaran dan dugaan di arena pendidikan.Sebagai seorang guru sentiasa saya ingatkan anak-anak murid saya berusaha,sabar dan jangan putus asa.Kenapa saya tak ikut apa yang saya nasihatkan pada anak-anak murid saya kan...Justeru itu..saya ingin bangkit ,saya tak mahu tewas dengan ujian ini demi anak-anak murid tercinta.Saya nak jadi seorang guru yang akan dikenang sentiasa oleh anak-anak murid saya kerana kasih sayang saya dan dedikasi saya terhadap mereka.Kerana bagi saya anak-anak murid saya adalah hadiah yang tidak ternilai yang hadir menceriakan hari-hari saya.Saya menjadi guru dan berpeluang menjadi guru kerana adanya mereka..Sebab itu saya bangga menjadi sebahagian insan yang turut sama berkongsi suka duka dunia insan istimewa.Ya...saya bangga saya menjadi guru khas yang sesetengah orang memandang kerjaya guru khas ini sebagai tahap rendah dan tiada kelas.Biarlah apapun orang nak kata asalkan di mata murid khas, saya insan yang paling hebat yang dapat menjiwai hati mereka.
Hari ini juga saya harus tekadkan hati saya .Jangan berpaling lagi ke belakang.teruskanlah apa yang telah saya janjikan dalam diri saya.Jangan biarkan perasaan mengalahkan keazaman dan tekad saya ini..Saya harus kuat demi memastikan kebahagiaan saya dan kebahagiaan orang lain..Semalam yang berlalu biarlah berlalu.Mulakan episod baru .Walaupun hati saya terlalu berat untuk melepaskan...