Hari pertama aku kembali kerja petang terpaksa mengadap mesyuarat HEM ..aduh boring nya...sungguh tiada jiwa lagi untuk aku memulakan tugas ku ...jiwa masih dalam Keserabutan...so tercipta beberapa rangkap pantun untuk hari guru tahun ni...sapa yang nak ambil ,kalau berminat tu ambil lah ya...inilah saja yang mampu ku tolong......
Hulurkan salam terukir senyuman
Sahsiah diri sentiasa menghiasi
Nasihat guru menjadi pendoman
Guru kreatif pencetus inovasiJalan beriringan berpinpim tangan
Bimbang terjatuh terluka pula
Budimu guru jadi kenangan
Tersemat di hati sampai bila- bila...
Guru kreatif pencetus inovasi
Itu lah tema hari guru tahun ini
Terima kasih buatmu guru yang dikasihi
Jasamu guru akan sentiasa kami kenangi..