Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 28 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY(1 mac 2010)

Selamat hari ulang tahunmu teman ( 1 Mac 2010) Ingin rasanya menjadi insan yang pertama mengucapkan happy birthday buatmu...Doaku semoga kesejahteraan,kebahagiaan,ketenangan sentiasa kau miliki.Semoga dipanjangkan umur..Sentiasa dilimpahkan rezeki dan cemerlang dalam kerjaya yang kau miliki....Sebagai seorang temanmu,sememangnya diri ini tidak pernah melupakan tarikh itu sejak mengenalimu dulu dan kini walaupun jarak dan masa telah lama memisahkan kita...

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY

 Sempena ulangtahun kelahiranmu...

 Teman...

Tiada kad untukku utuskan

Hanya dilaman bloq bisu ini

Kutitipkan ucap selamat buatmu

Kiranya kau akan membacanya

Atau mungkin hanya catatan ini tak kau sedari..

Biarpun segala kemungkinannya...

Kutetap ingin titipkan

Ucap selamat ulangtahun kelahiran buatmu..

Semoga....

Umurmu dipanjangkan Yang Maha Esa...

Lahirmu di dunia ini pastinya mengembirakan ibu dan bapa mu..dan insan-insan lain yang mengenalimu..

Aku seorang temanmu yang sentiasa ingin lihat kau ceria..

Gembiramu adalah bahagiaku..

Tanpamu terkadang sepi jua duniaku

Aku pasti kau pun begitu

Hanya terkadang jarak memisahkahkan kita...

Untuk kita menciptakan kembali kenangan waktu dulu...adalah tak mungkin

Namun kita tetap ada satu ingatan antara kita...

Kupasti ...

Engkaupun begitu

Lalu kuukirkan tinta ini

Agar menjadi satu coretan yang bermakna...

Harapan kau akan bahagia bila membacanya...

Ingin jua kupastikan kau akan tetap mengingatiku sebagai antara temanmu

Rindulah aku bila kau ingat kenangan dulu...

Antara kita pernah ada suka duka,gurau senda dan jua masam muka

Namun itu semua kini hanya memori silam yang tak akan kembali...

Mungkin hanya  kita kenangi..

Untuk kita selagi ada bernama ingatan 

Kenangku selalu dalam doamu....



 



 

 





 

 

 

 

 

Rabu, 24 Februari 2010

Sajak Rindu Buat Pantai.....

Disinilah tempat permainanku,tempat berkongsi ilmu dan tempat segalanya....nampak Pulau Bidong dan Pulau redang yang indah permai..https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=bf05ae89de&view=att&th=126fac9c5af1a67d&attid=0.4&disp=inline&realattid=f_g60o27us3&zw
Pantaiku..Batu Rakit.....
tiapkali mata ini memandangmu
pasti mengamit sayu
rindu kembali bersatu
pada memori dan insan yang kutinggalkan
terimbas kenangan dulu
masa kecil dan alam kedewasaanku
kau kongsikan bersama suka dukaku
setiamu mendengar luahan hatiku...
melalui tinta kayuku mencoretkan perasaanku
Terkadang jua kau menghiburkan
pada diri ini yang keresahan
ditinggalkan oleh insan yang tersayang..
pantaiku....
kau pernah menyatukan aku kembali dengannnya
kau pernah jua menghadirkan insan misteri buatku
kau pernah jua menjadi saksi segala kenangan indah aku dan dirinya...
pastinya
aku akan kembali
ke sisimu lagi
atas undangan rindu......

Isnin, 22 Februari 2010

Pantai Batu Rakit Yang Kurindui

f baturakit terengganu 05 10 08 262edcr jpg Sebenarnya seronok jumpa gambar Pantai Batu Rakit kat blog  daripada seseorang yang duk sama kampung.
Permandangan yang di bawah ini sentiasa menghiasi ruang mata..Syahdunya tak sabar nak balik kg...
Dulu setiap petang aktiviti aku jalan-jalan kat tepi pantai tu....sesekali kutulis kata-kata luahan hati walaupun pasti takde orang yang membacanya...
Sunrise at Batu Rakit Beach by SHAZRAL.
 Gambar pantai Batu Rakit diambil dari Shazral photo.Cantik kan pantai kat Batu Rakit ni.

Gambar ni pulak pantai Batu Rakit yang diambil dari sifoo.com..Lihatlah perahu nelayan tu.....Dulu malam-malam duk kat tingkap tengok lampu-lampu yang berkelip .Tengok suasana orang candat sotong...Ada kenangan kat situ.
Nampaknya tak Batu Rakit dalam laut tu...Gambar ni dari plenkongjoran...Batu tu sering menjadi tempat untuk aku tenung lama-lama.Kat pantai ni pulak tempat permainan aku dan juga.....
Dulu kalau tempat lepak suka duk tepi perahu macam ni...Wei ...cantiknya aku kan.(Foto dari foto media .com)
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.

Sajak buat teman 2

Teman
Andai kini kau dan aku
terpisah  kerana jarak waktu
Tapi
Harus kau tau
Segalanya bukan niatku untuk
jauh dan jauh darimu...
dan juga 
ingin kumahu kau tahu
kenangan antara kau dan aku
masih tetap segar 
dan 
tak mungkin luput
dalam kotak ingatanku..
kerana dirimu
insan yang sentiasa ada
di sudut kamar hatiku...

 
 
 

Buah Jambu,mangga dan Kuini

Kali ini penulisan ku lain sikit..Sebenarnya ingin kuimbas kembali saat-saat waktu kemiskinan dulu.Walaupun apa yang kuceritakan ini membuka sedikit aib ku tapi tak mengapalah sebagai pengajaran bagi orang-orang yang susah seperti aku..Walau kita susah sekalipun sepatutnya janganlah diambil hak  orang tanpa kebenaran...Kalau tuan nya tak maafkan kita sampai ke mati kita bawa dosakan..
Kuakui masa tu keimanan amat tipis...dan atau faktor tidak cukup duit memaksa aku melakukannya...Ya Allah ...ampinilah dosaku...
Teringat masa dulu..jambu air ini cukup digemari oleh aku dan keluarga...Pagi-pagi biasanya aku ,dan kakak siap bawa besen kutip buah jambu Maksu Nab yang gugur..maka penuhlah buah jambu tu dalam besen.Aku jugak pernah kutip buah jambu yang gugur kat kubur .Tuannya aku tak ingat nama.Buah jambu nie bukan untuk jualpun tapi untuk kami makan..Masa tu tak sedar langsung berdosa ke tak...Depan rumah aku jugak ada pokok jambu air kepunyaan Maksu Nab jugak.aku suka kait buah tu...tapi Maksu Nab memang memberi kebenaran.
Buah mangga ini jugak sama dengan buah jambu..Dulu aku suka ambik buah jambu Awang Chen cina yang buat kerepok kat situ.Aku berani ambil sebab Tokki aku masa tu kerja dengannya.Siang hari siap kami adik beradik tanda mana satu yang kami nak.Bila malam pulak siaplah buah tu hilang kami ambil...(jangan tiru tingkah laku nie.....)
Buah kuini nie pulak aku selalu kutip buah nie di belakang rumah Mat Jin.Sambil kutip bunga tanjung aku cari sama buah kuini.Kadang-kadang tu berebut dengan mak Mat Jin lagi.Bukan berebut je siap kena marah lagi...Tahan jelah telinga....
Inilah kisahku dengan buah-buah di atas..kerana kesusahan aku terlupa dosa dan pahala...Itu hanya kisah masa lalu......

Bunga Tanjung,lidi , Tulang sotong dan Minyak Kelapa

Kenapa bunga tanjung,lidi dan tulang sotong menjadi catatanku hari ini....Pastinya nampak seperti lucu di sini.Tapi hakikatnya tiga perkara itu telah menyelamatkan aku dan keluarga dari kelaparan...

Teringat masa aku di alam kemiskinan..Setiap hari Jumaat atau hari cuti persekolahan..rutin harian ku bangun pagi,aku dan kakakku akan pergi ke pokok bunga tanjung yang sudah agak besar dan tinggi .Pokok tu terletak di belakang rumah Pok Jen.Aku dan kakak akan kutip bunga-bunga tanjung dan dibawa ke rumah untukku cantumkan dengan benang putih menjadi seikat.Selepas tu bunga tu pulak aku jual kat Mak Wa,arwah Moklong Minah dan ramai lagi orang-orang tua yang ku tak ingat lagi namanya.Walaupun duit yang aku dapat tak seberapa tetapi cukup untuk aku membeli pisang kat kedai Mok Long Yan..Beli pisang pulak satu hal.Sengaja aku mintak pisang yang buruk-buruk sikit.Sebab tujuanku kalau pisang yang dah buruk aku akan dapat kuantiti pisang yang banyak.Pahit masa tu bila dikenang.Orang lain makan pisang yang ok buahnya.Aku pulak sengaja mintak pisang yang buruk.Mok Long yang pulak dah tau kesusahan kami.Maka satu plastik dia bagi dan aku bawak balik suruh mak buat cucur pisang..Itu kuih yang paling sedaplah bagiku...
Kenapa pulak dengan lidi.Apa kaitan lidi dengan aku....
Lidi jugak bagi aku banyak jasanya ...sama jugak seakan bunga tanjung pentingnya bagiku kerana seikat lidi yang ku jual dengan nilai 30 sen itu telah jugak menyelamatkanku dari kelaparan. Biasanya aku dan kakak akan mengutip pelepah-pelepah kelapa dan aku ambil daunnya buat balik.Kat rumah aku dan kakak akan membuang daun itu dan kuambil lidinya.Bila dah banyak kuikat menjadi seikat-seikat lalu bawa pergi jual lidi tu ke rumah-rumah orang-orang tua.Biasanya Mak Wa, menjadi pelanggan tetap aku.Mungkin dia beli sebab kesian kut.Pada masa tu kalau aku jumpa pelepah kelapa pasti ku kutip kerana aku tau dia bernilai..Tapi kini bila kuberjalan aku lihat pelepah-pelepah kelapa akan tersadai tanpa dikutip orang...Mungkin nilai pelepah itu hanya untuk orang-orang seperti aku...
Kenapa pulak tulang sotong (Orang Terengganu panggil tulang sotong)....
Ikuti kisah aku seterusnya.....
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa  jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak  lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...
 Dulu minyak kelapa jugak banyak membantu kewangan aku..biasanya sambil mencari pelepah kelapa aku jugak mengutip buah-buah kelapa yang ada di sepanjang pantai..Bila pulang ku kopek isinya dan bawa pergi mesin di kedai.Lepas tu pulak mak akan memasak minyak tu guna dapur kayu kat belakang rumah.Bau min yak tu memang busuk tapi ramai yang ingin membelinya untuk tujuan perubatan mungkin.Yang paling aku suka tahi minyak dia tu.Kalau sekarang aku yakin ramai yang tak pernah merasainya lagi.Inilah antara benda yang banyak memberikan jasa kepadaku dan keluarga.Hingga saat ini jiwa aku terlalu dekat dengan benda-benda ni...
PPengalaman sememangnya banyak mematangkan kita...dan amat berharga untuk menempuh kehidupan yang seterusnya.



Ahad, 21 Februari 2010

Sekuntum mawar merah sebuah puisi......

Untukmu Teman
Kualunkan bicara rasa hati
Biarpun mungkin kau tak mengerti
Isi hati yang terbeku kaku
Semalam yang berlalu
Meninggalkan banyak memori
Suka duka silih berganti
Tawa dan airmata sentiasa menghiasi
Hari-hari denganmu....
Terkadang ego kita bertamu
Engkau dan aku menjadi bisu
Namun hati seringkali bicara
Mana mungkin jadi begitu
Keranaku tak mampu kehilanganmu
Dengarlah luahan hatiku...

Gerun tengok hukuman kat negara orang

 
Biasa yang kita dengar dan lihat kat negara kita Malaysia,siapa yang bersalah akan digantung sampai mati,penjara seumur hidup ,sebatan tapi taklah dilakukan dikhalayak ramai...Cuba kita tengok hukuman yang dilakukan oleh negara lain di bawah nie..

Thailand/ Vietnam..
pesalah kene tembak di balik tirai...
Thailand Executionexecution_vietnam
Arab Saudi..
Orang yang bersalah kena penggal kepala...takut n ngeri kan
beheading-with-sword
behead
Kat Arab lak hukuman rejam sampai mati
stoning
stoning
Yaman  pulak pesalah ditembak punggong.
APTOPIX MIDEAST YEMEN EXECUTION
 Iran orang yang bersalah akan digantung dengan crane


iran-execution-hang
crane-mass-execution-hangings-iran

 Florida,AS
Orang bersalah diletakkan atas kerusi elektrik..
13_electricchair
butter-electric-chair-botched



 Indonesia/India..
Orang yang bersalah ditutup mata dan ditembak oleh tentera.
firing_squad_1

Gaya orang Taliban jatuhkan hukuman
khost3
kat Afganistan gantung sampai mati depan orang ramai
hung1
hang-1
 kat China..
hukuman pada seorang wanita??

20090507_08
20090507_13
20090507_16
Tq kat Zhana Comel dapat gambar-gambar nie betul-betul rasa insaf.Takut nak buat kesalahan...




Rinduku ini tidak terkata walau dibanding seluas lautan.......


Perasaanku bagaikan...diawangan..bertebangan mencari kasihmu...

 

Jumaat, 19 Februari 2010

 

Rahsia solat .Marilah kita renungkan

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad)- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

................................................................................................................................................................
 Rahsia di sebalik solat kita

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
  di dalam kubur.Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar..
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Sekadar renungan

Di Pantai Ini
Yakinlah pada diri hidup tak selamanya kelam pasti akan ada sinar kebahagiaan .Yang penting tabah dan selalu tak lupa pada Yang Maha Esa.
Layang-layang Terputus Talinya

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma





Siapakah diantara kita dengan rela ingin satu penderitaan .Tapi penderitaan lalu menjadi satu pengajaran yang amat berguna dalam hidup insan seperti aku.

 Tengok gambar teringat masa kat kampung Pantai Batu Rakit...Suasana macam nie sentiasa dapat dilihat hari-hari orang pergi ke laut dan balik...
Kurindukan saat itu...

Khamis, 18 Februari 2010



Istana Pasir

Di tepian pantai yang indah permai
Kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan
Sedang dalam percintaan

Yang sungguh hati mereka berdua
Kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia
Jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona
Melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba
Musnahlah oh istana

Tergugatlah perasaan mereka
Kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina
Pada istana yang bakal dibina

Hiduplah semula semangat dihati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan
Melihat ketabahan ini
walaupun pantai sentiasa berubah kerana dipukul ombak....tetapi pantai tetap setia menunggu kehadiran ombak menghempas dirinya....

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah.

Saya tertarik beberapa fakta yang dituliskan oleh Ilham Bicara (Azwa Saini) dalam blognya,mengapa wanita gagal menjadi suri rumah kerana saya juga wanita.Karangan ini akan sentiasa mengingatkan diri ini sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat orang cahayamata..


Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat 'tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

8. Cepat tertekan apabila merasakan hanya dia yang mengemas tanpa dibantu oleh suami dan anak-anak.


Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.
ku hanya bisa membagi
kisah kisah lama
ku hanya bisa membagi
cerita nostalgia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9Ahxtd5hujS9yIOGH7cPF_OID8ATw9SV6TubhgnlV1EzaoYEoaTG3D_h_4c5vdXgI8eGFyUrmD3GKkAF10KWX4IWma8ICCyUZ2NXXyR3Ucop8LJYFO2NxbEgig7LC8KUw71GJbrWOZYup/s320/gambar+bunga.jpg