HAPPY BIRTHDAY(1 mac 2010)
Selamat hari ulang tahunmu teman ( 1 Mac 2010) Ingin rasanya menjadi insan yang pertama mengucapkan happy birthday buatmu...Doaku semoga kesejahteraan,kebahagiaan,ketenangan sentiasa kau miliki.Semoga dipanjangkan umur..Sentiasa dilimpahkan rezeki dan cemerlang dalam kerjaya yang kau miliki....Sebagai seorang temanmu,sememangnya diri ini tidak pernah melupakan tarikh itu sejak mengenalimu dulu dan kini walaupun jarak dan masa telah lama memisahkan kita...
HAPPY BIRTHDAY
HAPPY BIRTHDAY
HAPPY BIRTHDAY
Sempena ulangtahun kelahiranmu...
Teman...
Tiada kad untukku utuskan
Hanya dilaman bloq bisu ini
Kutitipkan ucap selamat buatmu
Kiranya kau akan membacanya
Atau mungkin hanya catatan ini tak kau sedari..
Biarpun segala kemungkinannya...
Kutetap ingin titipkan
Ucap selamat ulangtahun kelahiran buatmu..
Semoga....
Umurmu dipanjangkan Yang Maha Esa...
Lahirmu di dunia ini pastinya mengembirakan ibu dan bapa mu..dan insan-insan lain yang mengenalimu..
Aku seorang temanmu yang sentiasa ingin lihat kau ceria..
Gembiramu adalah bahagiaku..
Tanpamu terkadang sepi jua duniaku
Aku pasti kau pun begitu
Hanya terkadang jarak memisahkahkan kita...
Untuk kita menciptakan kembali kenangan waktu dulu...adalah tak mungkin
Namun kita tetap ada satu ingatan antara kita...
Kupasti ...
Engkaupun begitu
Lalu kuukirkan tinta ini
Agar menjadi satu coretan yang bermakna...
Harapan kau akan bahagia bila membacanya...
Ingin jua kupastikan kau akan tetap mengingatiku sebagai antara temanmu
Rindulah aku bila kau ingat kenangan dulu...
Antara kita pernah ada suka duka,gurau senda dan jua masam muka
Namun itu semua kini hanya memori silam yang tak akan kembali...
Mungkin hanya kita kenangi..
Untuk kita selagi ada bernama ingatan
Kenangku selalu dalam doamu....
Salam...
BalasPadamSetelah menghayati kata-kata yang di ucapkan pada teman awak di atas dpt sya simpulkan bahawa teman awak tu terlalu istimewa.lelaki atau perempuan sya tak pastilah.Harap2 sidia membaca blog ini dan andai dia tahu yg awak anggap dia begitu mesti sidia bangga dan rasa bertuah .Andai di bagi jadi wakil pihak teman awak tu sya akan ucapkan timakasih byk2.
Salam tuk awk jgk...memang ni untuk seorang kawan..teman...yang susah nak citer..teman yang paling banyak berkongsi suka duka dari kecil hingga dewasa.sebab tu saya ciptakan untuk dia..Dia kawan yang terlalu istimewa untuk saya..
BalasPadam