Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 9 September 2013

Satu cerita di malam Sabtu

 Memang satu peristiwa yang lucu dan sukar dilupakan..Gara-gara pergi beli roti dan anak nombor 2 iaitu Alif yang tertidur mati dalam kereta..menyebabkan aku dan 4 orang anak yang lain tersadai diluar kereta selama hampir sejam lebih..penuh ketakutan maklum malam semakin larut.lihat sekeliling orang dah tiada.sunyi.sesekali ada kenderaan yang lalu dan pandang bersahaja.tingkahlaku kami masa tu macam orang nak curi kereta pun ada.apa tidaknya.bermacam cara aku dan anak-anak yang lain buat seperti goyang kereta,tepuk dinding kereta,sampai merah semua tangan.Tapi Alif tetap cool tidur dengan lena dalam kereta.. nasiblah Azib anak yang no 5 ni tak menangis..mengajuk sikit tu adalah.. Alif pulak bila terjaga selamba je macam takde perasaan.hakikatnya mak dan kakak serta adik dia dah hampir putus asa..berserahlah tunggu ayah dia coll balik. tapi bila mengenangkan balik lucu pula...lepas ni buat aku serik nak tinggalkan dia dalam kereta lagi.




 Lama tunggu Azibpun mula merajuk..tapi comel dengan gaya merajuk dia ni..

Sekadar renungan

Pesan pada diri
Jangan takut kepada masalah
bawanya dalam amal dan doa
bicarakannya kepada Allah
Insya-Allah
Dia akan mendengarnya..
kerana
Allah sentiasa mendampingi kita walau kita susah sekalipun
sentiasa mengambil berat akan diri dan masalah kita..
Sesungguhnya hanya Dia saja yang berkuasa atas kita ini
Hanya Dia saja yang dapat menzahirkan setiap impian kita.. 
*dihadapan kita ada onak dan ranjau memenuhi setiap lorong dan kita pasrah meredah... 

Mari Pakat makan Kacang Pistachio


 
Ha..malam ni nak tolong kawan blog saya ni ..siapa -siapa yang suka makan  seperti gambar kat atas tu bolehlah order ya..Blog ZulLia Arabica      yang menjual   Makanan Timur tengah, Pelbagai Jenis Kurma Segar, Aneka Kacang Rangup, Peanut Barley Candy, Pati delima gulsan, Cuka Kurma, dan Buah-buahan kering, Layanan yang Mesra, Kualiti setiap Produk Adalah Terbaik, dengan Harga yang Rendah.Saya pun dah order sebab ni memang kegemaran saya ni..Pada ZulLia Arabica. Tunggu saya bank in duit ya esok hari..dan tq kerana menjadi kawan di alam maya.



 kacang ni ada  khasiat nya tau!! tak caya baca kat bawah ni..

1. Kaya dengan zat besi dan serat yang membantu sistem perncernaan badan.

2.Kaya dengan sumber lemak yang menurunkan kadar kolestrol’ jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolestrol’ baik’ HDL

3.Kaya dengan anti oksida yang mampu melindungi sel dari kerosakan bahan kimia berbahaya yang disebut radikal bebas.

4. Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda

5.Kaya dengan fitoterol yang membantu menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung

Haa..apa lagi tak rugilah kalau kita order cepat dengan ZulLia Arabica atau fb beliau Kamalia Ahmad
Sesekali apa salahnya korbankan sikit duit untuk minda dan
kesihatan kita

-Anak Pantai-