Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 15 Disember 2009
kuimpikan bahagia
kutitipkan jari jemari
luahkan rasa curahan jiwa
agar bahagiakan jiwa tersiksa
tenang sebelum terlena....
teman....
tak siapa kita mahu kan duka
tak siapa kita impikan derita
bahagia yang dicari
derita yang melanda
menjadi lumrah hidup ini
tapi kita perlukan impian untuk mengubahnya kan...
impian ini hanya satu
membahgiakan dirimu ibu
sebelum diri ini terpejam mata
pergi meninggalkan dirimu dahulu
jua ingin ku buang rasa benci
padamu insan yg kugelar ayah
biarpun seribu penderitaan yang kau berikan
agar tidak ku terkilan
bila kau telah tiada..
contoh teks ucapan pengacara majlis
UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA smk 2008.
MENGUMUMKAN KETIBAAN PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI PENGETUA SMK ................ KE DEWAN.
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM PEMBUKA KATA
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA PEMULA BICARA
YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK
....................................
YG BERUSAHA
EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI PEGAWAI KHAS KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUCHING,MEWAKILI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
YANG BERUSAHA, EN CHEN LOW HEE MEWAKILI PENGARAH JABATAN PENERANGAN
YANG BERUSAHA TN .....................................................YG DIPERTUA PIBG SMK ............................,
YANG DIHORMATI
PN..........................................................
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
EN ................................................ PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
TN ...............................................,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
EN .............................................PENYELARAS PKBP
RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK
...........................................
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH SERTA PERKENANNYA MAKA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAH MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA. DENGAN KESEMPATAN INI, MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DANTERIMA KASIH DI ATAS KEHADIRAN DIF-DIF JJEMPUTAN..
HADIRIN YG DIMULIAKAN
SEPERTI YANG SEDIA MAKLUM ,KEMPEN MENGALAKKAN BULAN MEMBACA TELAH DIMULAKAN SEJAK TAHUN 1972.
KEMUNCAK KEPADA KEMPEN TERSEBUT IALAH PENGISTIHARAN TAHUN 1988 SEBAGAI TAHUN MEMBACA.PADA SETIAP TAHUN PULA DIADAKAN KEMPEN BULAN MEMBACA IAITU BULAN JULAI BULAN MEMBACA.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT HADIRIN SEKALIAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI, DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PETANG INI AKAN BERJALAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T , MAJLIS MENJEMPUT USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.
TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIN BIN HALING ATAS BACAAN DOA ITU TADI..
UCAPAN PENYELARAS
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PN SUFIANI BT SANI PENYELARAS PUSAT SUMBER UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN SUFIANI .
UCAPAN PENGERUSI (PN ...................................)
SETERUSNYA ,MAJLIS MENJEMPUT PN MISIA BINTI HJ ZAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SMK .....................................................2008.DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PN ............................
HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK .................................... UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA PERINGKAT Smk....................... 2008.DENGA SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI DI ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI
BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN
BUKU ADALAH PINTU DUNIA KESERONOKAN
BUKU ADALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN
BUKU ADALAH SAHABAT,AYUH MARI MEMBACA TERUS MEMBACA WALAUPUN PETANG INI KITA MENGADAKAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA.
MEMBACA ,BELAJAR,MENUNTUT DAN BERGURU SEPATUTNYA TAK PERNAH TERHENTI SEHINGGA NYAWA KITA TERHENTI.
KUIZ BUKU
PARA HADIRIN SEKALIAN ,ATURCARA SETERUSNYA IALAH KUIZ BUKU.UNTUK MENGENDALIKANNYA,,MAJLIS MEYERAHKAN KEPADA PN JAMALIAH.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN JAMALIAH.
PENYERAHAN SUMBANGAN
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI BAGI MENERIMA PENYERAHAN SUMBANGAN.
YG PERTAMA DIJEMPUT EN ABANG FADHLI ABNG MUHI WAKIL DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI.
SETERUSNYA PULA,DIJEMPUT EN CHEN LOW HEE WAKIL DARI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUCHING UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSYA MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN.
SETERUSNYA DIPERSILAKAN TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN MEMBERIKAN UCAPAN.
MAJLIS MENGUCAP TERIMA KASIH. KEPADA PN PENGETUA DAN TERIMA KASIH SERTA SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,JABATAN PENERANGAN SERTA YANG DIPERTUA PIBG KERANA SUDI MEMBERIKAN SUMBANGAN.
POHON SELASIH DI DALAM KOLAM
ANAK HARUAN BERENANG-RENANG
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN
BUDI TUAN MENJADI KENANGAN
PERSEMBAHAN STORY TELLING
HADIRIN SEKALIAN, SETERUSNYA KITA AKAN DISAJIKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN PELAJAR.SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN .PERSEMBAHAN STORY TELLING DARIPADA PELAJAR SMK ..............................
DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA WAKIL PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
UNTUK ATURCARA SETERUSNYA,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KEPADA PUSTAKAWAN. DIPERSILAKAN.
DIJEMPUT………………..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA HJ ZAIN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PUSTAKAWAN YANG TELAH DILANTIK .SEMOGA ANDA DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG YANG TELAH DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN.
TERSENYUM MANIS SIDARA JELITA
DIUSIK MANJA SITERUNA IMPIAN
RAJIN MEMBACA ADALAH SENJATA
ITULAH RAHSIA PELAJAR CEMERLANG
HADIRIN YANG DIHORMATI,
SETERUSNYA ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA
DIMULAKAN DENGAN KATEGORI PELAJAR PALING BANYAK MEMBACA
TEMPAT KETIGA DIBERIKAN KEPADA ADIK
TEMPAT KEDUA JATUH KEPADA ADIK LILY SEMAH
TEMPAT PERTAMA PELAJAR PALING BANYAK MEMBACA DISANDANG OLEH ADIK MOHD KHALID BIN MARZUKI.
SETERUSNYA ANUGERAH UNTUK GURU PALING BANYAK MEMBACA
TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH PN RAHMI BT……………………….
TEMPAT KEDUA PN DORA WAN DAN TEMPAT PERTAMA GURU YANG PALING BANYAK MEMBACA DIBERIKAN KEPADA PN STINA KUTENG.
KITA BERALIH KE KATEGORI PELAJAR PENINGKATAN MEMBACA
TEMPAT KETIGA DIBERIKAN KEPADA ADIK HELSENDO DARI TINGKATAN 3P.TEMPAT KEDUA ADIK DAYANG NUR HAZIQAH DARI TINGKATAN 1A.
DAN TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH MISWIE SEMAN DARI TINGKATAN 3 I.
BAGI KATEGORI PELAJAR PALING BANYAK MENDERMA BUKU, DIBERIKAN KEPADA AHMAD SHAHMI BIN AHMAD HASSAN DARI TINGKATAN 1B.
SETERUSNYA BAGI KATEGORI GURU PALING BANYAK MENDERMA BUKU DIBERIKAN KEPADA PN CHEONG CHAI LAN.
KATEGORI PELAJAR PRIHATIN (MEMULANG
SETERUSNYA KATEGORI USAHA GIGIH NILAM GURU. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PN HAYATI ISMAWI MEMBAWA PULANG HAMPER YANG BERNILAI RM30.
SETERUSNYA ANUGERAH KEMUNCAK IAITU PELAJAR NILAM .MEMBAWA PULANG SIJIL,TROPHI , HADIAH WANG TUNAI SEBANYAK RM 50 DIBERIKAN KEPADA ADIK MOHD KHALID BIN MARZUKI……………
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN HADIAH ITU tADI.SYaBAS DAN TAH NIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJAYA..
KEPADA PARA PELAJAR, JADILAH BUKU PASANGAN PALING SETIA, KE MANA SAJA PERGI PASTIKAN SELALU BERSAMA PASANGAN INI.SEORANG UALAMA BESAR ISLAM YANG MEMPUNYAI KOMITMEN TINGGI TERHADAP ILMU PEMBACAAN SEHINGGA MATI TERTINDIH OLEH BUKUNYA PERNAH BERKATA “ BUKU ITU AKAN DIAM BILA ENGKAU MENYURUHNYA DIAM, DIA TIDAK AKAN MENGANGGUMU JIKA ENGKAU SEDANG BEKERJA. TETAPI APABILA ENGKAU DIULIT KESEPIAN DIALAH TEMAN YANG AKAN MENJADIKAN TEMANMU YANG PALING BAIK.
NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
HADIRIN SEKALIAN,DENGAN BERAKHIRNYA PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI,MAKA SEMPURNA SUDAH MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN BULAN MEMBACA 2008.
SEBELUM KITA MENGAKHIRI MAJLIS PADA PETANG INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI UNTUK MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU.
PENUTUP
BAGI PIHAK AHLIJAWATANKUASA MENGUCAPAKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ……………………………………………………………………………KERANA SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PETANG INI. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
.TERIMA KASIH.SEKIAN
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
contoh teks ucapan pengacara majlis
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA AMBANG MERDEKA
PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN YANG AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH.
IRAMA BERALUN GENDANG DIPALU…
LANGKAH DIAYUN BERPASANG-PASANGAN
50 TAHUN TELAH BERLALU.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…
YG BERUSAHA ...........................................................................
YANG DIHORMATI PN………………………
PENOLONG KANAN AKADEMIK
EN ............................... PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
TN .........................................,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK
DAN
ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT YANG MAHA ESA,KERANA DI PAGI YG BERBAHAGIA DAN CERIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN SATU LAGI PROGRAM BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 5O TAHUN MALAYSIA.
TIDAK SAMPAI 24 JAM KITA BAKAL MENYAMBUT KEMERDEKAAN
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN…BAGI MENZAHIRKAN RASA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA ,MARILAH SAMA-SAMA DENGAN PENUH SEMANGAT MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.………………..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KERANA TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN ADIK…MOHD ALIF UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK MOHD ALIF ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN 3 BUAH LAGU PATRIOTIK IAITU 31 OGOS,JALUR GEMILANG DAN MALAYSIAKU GEMILANG.SAMALAH KITA MENYANYIKAN DENGAN PENUH SEMANGAT.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK .
UCAPAN PENGETUA
BAGI MENERUSKAN MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PADA PG INI, DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT YANG BERUSAHA, PN ...................................................... UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN PENGETUA.
HADIRIN SEKALIAN.
MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN PERUTUSAN DARIPADA MENTERI PELAJARAN YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH EN ................................. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN ............................
SIDANG HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA ,KITA AKAN MENDENGAR DAN SAMA2LAH MENGHAYATI PERUTUSAN DARIPADA YG DIPERTUAN AGONG,YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PN ..........................................PENOLONG KANAN AKADEMIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN ........................
DEGUPKANLAH JANTUNG KITA…
NYATAKANLAH DALAM HATI…
KITA BERBANGGA MENJADI RAKYAT
MARILAH KITA BERTEPUK TANGAN…
MEMBERI SOKONGAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN
MALAYSIAKU GEMILANG….
TERIMA KASIH…..
PENYAMPAIAN HADIAH
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, KINI TIBALAH KE ACARA YANG SETERUSNYA IAITU ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH DILANGSUNGKAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN..
BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YG DIHORMATI PN .................... UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG LAGU-LAGU PATRIOTIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
TEMPAT KEEMPAT DI JEMPUT KUMPULAN 5 ZAMRUD UNTUK MENGAMBIL HADIAH. SETERUSNYA TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH KUMPULAN 8 MUTIARA DARI TINGKATAN 1C.NAIB JOHAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK DIMENANGI OLEH KUMPULAN BALQIS DARI TINGKATAN 1G.JOHAN PERTANDINGAN DI SANDANG OLEH KUMPULAN PASRAH YANG TELAH MENDENDANGKAN LAGU BAHTERA MERDEKA DAN PERAJURIT TANAH AIR.
TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PN ........................................SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN .................................... KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN LAGU P.RAMLEE .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
JOHAN PERTANDINGAN DUET LAGU P.RAMLEE DIMENANGI OLEH JURAIDAH IKSAN BERSAMA PASANGANNYA AWANG MOHD FAIZ YANG MENDENDANGKAN LAGU MLM KU BERMIMPI.
NAIB JOHAN PERTANDINGAN SOLO DISANDANG OLEH MOHD AMIRULLAH BIN JOHARI DAN
JOHAN PERTANDINGAN SOLO LAGU P.RAMLEE DI MENANGI OLEH MOHD FAZRUL IZWAN BIN DAHLAN DARI TINGKATAN 2P MENDENDANGKAN LAGU JERITAN BATINKU.
DIPERSILAKAN
VOKAL PEREMPUAN TERBAIK
BAGI KATEGORI PAKAIAN TERBAIK.DI MENANGI OLEH MOHD FAZRUL IZWAN BIN DAHLAN.
peritnya melawan penderitaan
Ayah...disetiap doaku sentiasa kupanjatkan kepada Dia Yang satu agar sebelum mata ini terpejam ingin sekali kumelihatmu sujud kepadaNYa.Ingin sangat hati melihat dirimu sama seperti ayah-ayah yang lain.Diwajah mu ada kasih dan sayang,diwajahmu jua memahami keperitan kami...tapi mungkin kah hasrat ini tidak akan tercapai sampai bila-bila...Tuhan lebih memahami..jauh disudut hati aku mengharapkan dirimu sentiasa mendoakan kejayaanku..tapi mungkinkah kau lakukan itu ayah..Sedih hati ini bila melihat di majlis solat hajat yang dilakukan di sekolah ,teman-teman yang lain datang bersama mak dan ayah masing-masing...tapi aku...keseorangan.Kepada cikgu aku memberikan alasan ayah tiadk dapat datang kerana ayah ada kerja yang tidak dapat dielakkan..kepada teman-teman yang maklum tentang dirimu ,aku ceritakan kepada mereka ,majlis sebegitu kau pasti tidak akan pergi..kalau nak melihat ayah,tunggulah ada majlis atau persembahan hiburan,pastinya saban malam mereka akan nampak muka ayah di situ...tapi tak mengapa lah ayah...perbuatan mu itulah yang menjadikan diri ini supaya tabah dan semakin bersemangat untuk berjaya.aku ingin membuktikan kepada seluruh orang kampung,aku boleh berjaya dan aku bangga kejayaan yang bakal aku perolehi hasil semangat aku sendiri ,bukan dari sesiapa.Peperiksaan spm hanya sebulan lagi akan tiba,pernah aku teringat satu peristiwa di mana ayah mengamuk lagi gara-gara emak tidak memberikan duit utuk ayah membeli rokok.ayah telah mencekik leher emak hinggakan emas hampir tidak bernafas.ayah terajang emak macam bola,ayah ambil tali pingang dan ayah ayunkan ke badan emak..kami yang cuba melawan ayah,turut sama menjadi mangsa.ayah membeli semua barang yang ada di dalam rumah.semua kerusi dan meja yang emak belikan ayah patah-patahkan.pingang mangkuk dan barang kaca bertaburan di atas tanah.kain baju emak dan kami anak-anak ayah campakkan di luar rumah.buku sekolah ku lagi sekali menjadi mangsa.ayah turut sama balingkan nya di tanah...ayah halau kami keluar rumah dan semua pintu ayah kunci supaya emak dan kami anak beranak tidur berbumbungkan langit dan bintang..orang kampung apa lagi memandang dari kejauhan dan mengata tapi cuba memahami situasi yang kami semua alami...terima kasih ayah ,kau memberikan ku lagi semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya...akhirnya peperiksaan spm tiba jua..pastinya aku tidak akan lupa pada seorang sahabat sejati,sentiasa ada di saat suka duka ku...zuliani engkaulah sahabat yang paling aku kenang hingga saat ini..kerana mu jua menyumbang pada sebuah kejayaan yang ku miliki hari ini...jasamu menumpangkanku sementara waktu untuk tinggal dirumahmu amat mengharukan aku..terima kasih kerana memberikan aku peluang merasa nikmat mengulangkaji
menggunakan lampu kalimatan kerana selama ini,pelita ayamlah menjadi temanku saban malam.bertuahnya sesiapa yang ada kemudahan ini kerana aku merasa sungguh indah membaca dalam suasana yang terang..kalau lah aku dalam suasana ini sentiasa akan aku buktikan lagi kejayaan ini...
keputusan spm akhirnya tiba jua.mlm itu aku tidur dan bermimpi aku mendapat agregat 31.bila terjaga aku merasa takut kerana mungkinkah mimpi itu benar.ku pergi ke sekolah untukmengambil keputusan dengan tenang.aku telah cuba membuat yang terbaik.selebihnya ku berserah kepada Allah.Terkejut pun ada..kerana mimpiku semalam sebenarnya bertukar.aku mendapat agregat 13 pangkat 1.airmata ini mengalir laju..perit dan derita aku alami selami ini hilang seketika.bahagia ku rasa walau hanya sementara.yang paling aku bangga aku dapat A dalam prinsip akaun sedangkan sebulan sebelum exam aku hanya dapat markat 40 sahaja.itulah berkat kesungguhan aku dapat buktikan pada cikgu mohamed yang selama ini memandangku sebelah mata.hanya aku dan seorang lagi yang menyumbang A kepada prinsip akaunnya..bahagia sangat......balik rumah aku cuba ceritakan pada mak keputusan spm ku...tapi sayang dia buta huruf .tiada reaksi pun di wajah nya dia ceria.orang lain yang rapat dengan ku langsung tidak bertanya.apatah lagi ayah...maka kupendamkan saja rasa bahagia dan berlalu begitu sahaja..kawan-kawan sibuk mengisi borang matrikulasi.tapi aku ....hampa kerana aku tiadak berduit untuk membeli borang U.Mak pulak memberitahuku yang aku pergi belajar menaip sahaja dan tidak perlulah mentyambung ke tingkatan 6.luluh perasaan ku .cita-cita nampaknya berkubur sudah..kuturuti kemahuan mak.aku berlajar menaip.tapi hanya sempat 2 minggu sahaja.apabila nama ku keluar untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 berjaya,aku memujuk mak agar memberi ruang untuk aku belajar.aku mahu gapai cita-citaku...mak berjanji hanya akan memberikan RM 5 sahaja untuk keperluan makan minumku dan pengangkutan ke sekolah..aku terima walau aku tahu aku pasti akan berdepan dengan kesusahan dan kelaparan lagi..biarlah,...susah dahulu senang kemudian kan..kesusahan ini terus sambung menyambung.menumpang dirumah tok sedara juga mengajar aku erti tabah.aku sedar aku menumpang untuk mencari kejayaan.aku belajar setiap malam dirumahnya hanya menggunakan lampu ditepi jalan yang kemerah-merahan.setiap pukul 8 malam rumahnya pasti gelap.alasan nya untuk jimatkan elektrik..tapi aku biasa je kerana sebelum ini pelita ayam dah biasa menjadi temanku..pelita ayam dirumahnya pulak tiada.hendak tak hen dak lampu jalan lah menjadi temanku seterusnya setiap malam.aku pekakkan telinga dengan kata-kata pemuda yang selalu lepak di depan rumah itu,macam-macam hinaan yang dilemparkan kepadaku kerana membaca buku di dalam gelap.sedangkan bagiku ianya cukup terang...kupekakkan telinga ku buang jauh -jauh kata hinaan itu..aku bertekad satu hari aku buktikan kejayaan dalam genggaman ku...peperiksaan stpm aku harungi dengan kepayahan..semangat k universiti semakin luntur..tapi alhamdullillah aku berjaya jugak..malangnya aku tak mampu untuk membeli borang U hanya RM5. frdia dan kecewa tidak terhingga.nampaknya perjuangan ku berakhir.aku tak salah kan mak kerana enggan memberikan ku wang..biarlah..dan tibalah satu hari ada insan yang amat berhati mulai.kerana nya lah yang meneruskan kembali cita-citaku..dia datang ke rumahku dan bertanya kan keputusan stpm ku..aku tunjukkan saja slip exam kepadanya.lantas dia bertanya kepadaku universiti mana yang telah aku mohon.lantas aku mnceritakan kepadanya aku tidak mengisi langsung apa-apa borang pun.ku ceritakan masalah aku padanya.dia terus aku minta aku kumpulkan semua sijil dan apa-apa yang berkaitan dan berikan padanya.dia mohon kepada ku cuba usahakan cari borang dengan kawan-kawan yang telah membeli tetapi tidak mengisi lagi borang itu..aku cuba usahakan dan alhamdulillah kawanku yang bernama liza telah memberikan borang itu secara percuma kepadaku kerana keputusan examnya tidak begitu memuaskan..aku berikan borang itu kepada dia dan dialah yang menguruskan segalanya.tertiba pada suatu hari,datang posmen menghulurkan sepucuk surat bercopkan urusan seri paduka..aku ambil sampul itu dan terus membukanya..aku membaca satu persatu dan tiba-tiba airmata ini mengalir deras,laju dan laju..inilah rupanya airmata kegembiraan mengalir tanpa disedari.aku berjaya untuk k universiti yang kuidamkan selama ini.UKM.dan paling tidak ku sangka cita-cita semakin hampir kugapai..Fakulti pendidikan...aku akan menjadi cikgu yang selama ini cita-citakan..syukur kepada mu Ya Allah .kerana memberikan nikmat bahagia dalam duka..