Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 15 Disember 2009
catatan 3
tika kurenung sinar bintang didalam kegelapan...terasa seakan ada semangat bagiku agar aku kuat jua untuk menerima setiap dugaan yang KAU berikan padaku YA Allah.Aku pasrah menerima suka duka yang telah kau berikan ini.Dalam hati jua,bertekad untuk berusaha dan terus berusaha walau apa pun rintangannya...kejayaan dan kemewahan akan aku rasai walau entah bila saat itu..hati kembali merasa tenang walau hari-hari penuh dengan keserabutan keranamu ayah...besar sungguh ujian yang aku alami dan besar itu jualah impian ku menjejaki tangga-tangga menara demi sebuah cita-cita .Aku terlelap di dalam mimpi yang indah.itu yang selalu ku harapkan kerana di alam realiti kehidupan aku tidak seindah teman-teman.namun aku besyukur kerana keperitan lah mengajar aku erti menghargai sebuah kehidupan yang belum pasti bagaimana kesudahannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!