Derita...bilakah akan berakhir.....Petang itu,ketika baru sampai di rumah,aku melihat buku-buku persekolahanku bertaburan di atas tanah.begitu juga dengan pakaian,pinggang mangkuk dan sebagainya lagi.Ada yang pecah dan ada yang rosak kerana telah dibalig oleh ayah.Ayah telah mengamuk lagi.Pintu rumah telah ayah kunci dan ayah biarkan kami anak beranak tinggal di luar rumah..Kelihatan mata emak bengkak selepas menangis,peha emak biru kerana dipukul dan diterajang oleh ayah.Tandang pisang juga ayah gunakan untuk memukul emak kerana ayah belum puas dengan hayunan tali pinggang sahaja..Airmata ini sahaja yang mengalir yang mengubat segala kepedihan di hati.Tak mampu diluahkan dengan kata-kata.Kulemparkan pandanganku ke sekeliling rumag.Rupanya banyak mata yang memandang dari kejauhan.Aku tak pasti pandangan apa yang dilemparkan..Simpati atau mungkin untuk dijadikan paparan cerita mulut ke mulut selepas ini.Bertepuk tangankah mereka melihat apa yang kami alami...ku pasrahkan saja pada Dia Yang Satu..Hanya dia yang mengerti apa yang kurasai tika itu...Kukutip kembali buku-bukuku yang dilemparkan oleh ayah.Ada yang terkoyak dan tercabut kulitnya..Sampai hati ayah...Aku simpan buku-buku itu di pondok jualan emak,agar ianya tidak basah dan menambahkan kerosakan yang telah sedia ada.Selepas itu,aku dan kakakku mengemas pakaian dan segala barang yang dicampak oleh ayah sebentar tadi.Pinggang mangkuk yang kotor aku cucikan di tepi telaga,,barang yang rosak aku cuba baiki......tapi hati yang tercarik bisakah dapat diubati.....
Malam itu,kami tidur di pondok jualan emak.Itulah yang sering kali terjadi bila ayah mengamuk.Jadi bukanlah menjadi kejanggalan buat kami tinggal di pondok itu.Paling lama ,sebulan dan paling awal seminggu kami tidur bila rumah dikunci oleh ayah...Jika ayah orang lain akan sentiasa bimbang keselamatan isteri dan anak mereka,tetapi tidak bagi seorang yang kupanggil ayah ini..dia biarkan kami terus sengsara...Tidak mengapalah ayah...semoga ayah sentiasa bahagia dan sentiasa di bawah naungan kesejahteraan .Ingin ku kongsi satu rasa dan semangat yang diru ada.Allah telah memberikan satu kekuatan untukku menempuhi dugaan ini.Apa yang aku perasan,walau pelbagai halangan yang menjelma tetapi ianya tidak pernah menganggu perasaan dan pelajaranku..BIla ku mengadap buku pasti segala masalah itu hilang dan langsung tidak hadir dalam fikiran.Mungkin kerana semangat yang tak pernah pudar untuk mengapai kecemerlangan demi sebuah kebahagiaan menjadikan aku begitu kuat. Sebuah pelita setiap malam pasti akan menemaniku memberikan sedikit sinar untuk ku mengulangkaji.Terkadang aku gunakan lampu merah jalan untuk menerangiku belajar.Aku pernah diperli orang sekampung kerana membaca buku di dalam gelap.Gelap bagi mereka sebenarnya begitu terang padaku saat itu.Rumah yang tidak mempunyai kemudahan asas dapat kunikmati suasana malam dan kebesaran tuhan tanpa keluar dari rumah.Hanya baring berlapikkan tikar getah dan selimut usang dapat kuhayati semua ciptaan Allah dengan penuh kesyukuran...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!