Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 24 Disember 2012

Hujan oh Hujan

9.jpg 
Hujan dah melanda Pantai Timur.
Dah beberapa hari hujan turun dengan lebatnya .
Nampaknya sempat juga merasa musim tengkujuh sebelum kembali bertugas di sarawak.
Malam tadi peristiwa lucu berlaku.
Hampir pukul 2 pagi terpaksa mengharungi air yang sejuknya sampai ke tulang sum sum gara-gara nak alihkan kereta.
Apa lagi mengeletar seluruh badan kerana kesejukan.gelipun ada sebab dah lama tak bermain dengan air bah ni..
Semua terfikir dalam ingatan terutama binatang bertali panjang tu,cacing ,lintah dan pacat.
Apapun semoga perjalanan balik ke terengganu nanti berjalan lancar.
Jangan ada jalan-jalan yang ditutup sudah le.. 
 Doa dan harapan hari ini mentari memancar dengan terangnya..Indah seindah hidup ini.