Sesungguhnya orang kata alam persekolahan adalah alam yang sangat indah untuk dikenang..kenapa ya
Timbul jugak persoalan mana indahnya.
Fikir punya fikir adakah dibawah ini faktor-faktornya.
@alam persekolahan punya ramai kawan yang gila-gila dan satu kepala.kita biasa lebih ikut cakap kawan dari cakap ibu bapa.kawan segala-galanya..
@tidak perlu fikir masà lah ekonomi dan masalah negara..hanya fikir datang sekolah masuk kelas belajar .jumpa kawan .buat kerja sekolah dan jawab exam.itupun bagi sà pa yang rajin.yang malas ada kisahnya..ponteng kelas.duduk dalam tandas.ronda2 tolong tugas cikgu disiplin..sesekali lepak kedai kopi dan macam-macam..masalah ibu bapa tidak perlu difikirkan.
@zaman sekolah kita lebih teruja tiap kali sambut tahun baru macam nak sambut rà ya juga.sebabnya ibu bapa akan beli keperluan sekolah semua baru..dari bajumseluar .beg dan semua peralatan sekolah bagi yang mampu semua baru...dan yang tak mampu pakai baju orang pun dah seronok sebab macam benda baru juga.
@ bila buka sekolah teruja fikir duduk kelas mana .tingkat berapa atas ke bawah dan yang paling di tunggu-tunggu siapa guru kelas..guru lelaki ke atau guru perempuan..baik ke atau garang semua diambik kira.
@dalam kelas pula berlumba-lumba nak duduk dekat dengan kawan baik atau geng masing..ada yang pilih kedudukan selesa bawah kipas.tapi bagi aku aku pilih meja yang belakang..sebabnya bila cikgu tak masuk kelas..aku biasalah baca buku tak ganggu orang.sebab itulah kini kawan-kawan tak berapa ingatpun aku ni..bukan dalam kelompok yang glamer..takpelah nak buat camana dah nasib aku kan..
@bila waktu rehat teruja juga..masing-masing keluarkan bekal yang di bawa dan memilih tempat makan..biasanya bawah pokok tempat kegemaran aku dan kawan-kawan..makan sambil kongsi menu adalah aktiviti wajib kami...
@bila rehat biasa kita main kejar-kejar.rebut tiang..bila sekolah menengah lepak-lepak kongsi kisah cinta.kehidupan dan sebagainya...tanpa rasa malu kita kongsi suka duka.
@selalu tertunggu-tunggu cikgu praktikal.lebih-lebih lagi jika cikgu praktikal tu kacak atau cantik .semangat nya nak pergi sekolah.
@suka sangat bila guru tidak masuk...riuh rendah dengan ragam masing-masing seolah -olah sekolah itu kita yang punya.
@selalu tunggu waktu perhimpunan.lagi lama lagi bagus sebab tak payah belajar banyak..lebih-lebih lagi matapelajaran yang kita tak suka..waktu perhimpunan suka tengok gelagat cikgu.suka tengok fesyen baju cikgu dan gaya duduk cikgu..masa tu mimpi bestnya kalau jadi cikgu.
@ bila ada aktiviti qiamulai ke perkhemahan ke itu yang paling di nanti sebab dapat tidur sekali dengan kawan-kawan dan bila malam kita bercerita sampai pagi...
@suka sangat bila dapat tolong cikgu...happy semacam sebab tidak payah masuk kelas.
@disekolah juga mengenal kita keakraban.siapa kawan yang sentiasa ada disaat susah dan senang kita.sentiasa saling bantu membantu...tiada salah menyalah antara satu sama lain..
@di sekolah juga kita belajar mengikut peraturan dan undang-undang..kita diajar memakai name tag.pakaian seragam yang betul dan ketepatan masa..itu yang buat seoarang pelajar itu cemerlang.
@bila latihan rumah sukan..teruja bila aktiviti merentas desa...laluan merebtas desa masuk kampung dan kebun orang..mulalah terliur melihat buat tembikar tergolek di tanah..rasa macam nak ambik je buah tu dan terys makan.
Antara kenangan dan indahnya zaman persekolahan yang dapat dikenang dan terimbas...
-ANAK PANTAI-