Kesepian
Pernah kah kau rasa perasaan ini
Dalam keriuhan tapi diri terasa kesunyian
Dirumah
Tempat mencari rezeki serta
Dimana jua diri berada
Aduhai...
Jiwa resah tak menentu
Mengeluh pada ketentuan Ilahi
Adalah tidak sama sekali
Mu gkin ini balasan pada satu kekilafan yang diciptakan
Kecewa..
Mdmang ada
Terasa
Sudah pasti
Dulu kita kawan kini kita bermusuhan
Dulu kita suami isteri yang berkongsi rasa dan kesusahan
Tapi kini tiada lahi untuk kita kongsikan..
Kau dan aku kini berbeza
Sebumbung tapi tak sehaluan
Tiada lagi berkongsi ksaih sayang yang tinggal hanya perkongsian kehidupan yang amat tawar.
.curahan rasa untuk mencari sebuah ketenangan diri..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 13 Oktober 2014
Jemari menulis apa yang kurasa
Langgan:
Catatan (Atom)