TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI
KEDUA SMK KAMPONG JAWA 2017
ALUAN PENGERUSI MAJLIS
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera dan
Salam negaraku malaysia.
Yang Berusaha,
Pn Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan
Pentadbiran dan Akademik,SMK Kampong
Jawa.
Tn Hj Mohd Ghazali
Bin Hj Anuar , Penolong Pengarah Unit
Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,sebagai penceramah jemputan
kita pada pagi ini.
Pn Puziah binti
Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tuan Hj.
Muzikir B. Muhammad, Penolong Kanan Ko
kurikulum
En Amir Saifuddin
bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang
{Pn Normala Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan guru kanan
mata pelajaran
Dan
Rakan- rakan guru dihormati sekalian..
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah subhanahuataala kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama
pada pagi ini dalam sebuah majlis ilmu.bagi menjayakan program LADAP kali
ke 2 bagi tahun 2017
Bagi pihak
majlis, kami ingin mengalu-alukan ketibaan serta merakamkan penghargaan dan
terima kasih atas kehadiran Tn Haji Mohd Ghazali bin Hj Anuar selaku penceramah slot pertama LADAP sesi pertama , untuk
pagi ini.
Terima kasih atas
kesudian tuan haji untuk bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga
pendidik di SMKKJ
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Tuan-tuan dan
puan-puan siding hadirin yang dihormati sekalian,
Mohon semua berdiri
untuk kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan LAGU NEGARAKU.
Dipersilakan.
Terima kasih atas
nyanyian itu tadi.
BACAAN DOA
Tuan-tuan dan
puan-puan siding hadirin yang dihormati sekalian,
bagi memberkati
lagi dan memohon rahmat pada majlis ilmu ini,marilah kita sama-sama menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipinpim oleh Al Fadzil Ustaz Abd Rashid _________________
Dipersilakan.
Terima kasih
diucapkan kepada Al fadzil Ustaz ________________________atas pimpinan doa sebentar
tadi ,
SLOT PERTAMA –MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
Yang berusaha barisan Penolong kanan dan guru-guru yang dihormati sekalian,
Dadah
bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya
telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat
diketahui. dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan
dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai
lapis masyarakat dan tidak terkecuali golongan murid sekolah.
Kesan akibat pengambilan dadah terlalu banyak dan
amat membimbangkan.Contoh yang paling terdekat berita utama pada malam tadi
seorang bapa telah di tetak hingga maut oleh anaknya yang positif dadah kerana
tidak memberikan wang .
“Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”merupakan
kata-kata yang sering dilaung-laungkan.
Golongan murid
merupakan generasi pelapis yang akan
memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk
melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Antara salah satu
langkah adalah memperkasakan pendidikan pencegahan dadah di sekolah.
Justeru itu untuk slot LADAP yang pertama pada hari ini, mempersilakan Yang berusaha Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji
Anuar Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah,jabatan Pendidikan Selangor
untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bagaimana memperkasakan
Pendidikan Pencegahan Dadah Di sekolah..
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Terima kasih . Yang berusaha Tn Haji Mohd
Ghazali bin Haji Anuar Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah,jabatan Pendidikan atas
ceramah itu tadi.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin
sekalian
Atur cara
seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi
seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd
Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah
kepada penceramah kita pada hari ini.
Dipersilakan Yang berusaha Tn Hj Mohd Ghazali Bin Hj Anuar , Penolong Pengarah Unit Pencegahan Dadah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menerima cenderahati.
Terima kasih
diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada
hari ini.
Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi
REHAT
Para guru sekalian,
Majlis akan
berhenti rehat sebentar selama 30 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan
diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang
kedua.
Mohon rakan-rakan
guru untuk berada di dalam dewan kerana kita akan memulakan LADAP kita yang
seterusnya.
SLOT KEDUA-CEGAH KEBAKARAN
Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita
akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini.
Sebentar lagi kita
akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan mencegah kebakaran.
Tanpa membuang masa
majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Ms
Jennifer A/P Samuel Dennis dari FPC Prevention Serices SDN BHD.untuk
menyampaikan satu ceramah bertajuk cegah kebakaran
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Ms Jennifer A/P Samuel Dennis
dari FPC Prevention Serices SDN BHD.atas taklimat dan ceramah yang sungguh jelas
berkaitan dengan Cegah Kebakaran..
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin
sekalian
Atur cara seterusnya
adalah penyampaian sijil sebagai tanda
kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn
Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa
Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.
Dipersilakan Yang
Dihormati Ms Jennifer A/P Samuel Dennis dari FPC Prevention Serices SDN BHD .
Terima kasih
diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada
hari ini.
PENUTUP
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang
slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan ada
sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Dewan Juara SMKKJ tempat bertemu
Girangnya rasa hati tak terkira
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara.
Sekian.
Wassalamualaikum wbt