Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 20 November 2010

Salam Perpisahan Buat Mohd Rahmat,Mazlan,Atikah,Aisyah dan Shahir...

Cuti sekolah dahpun bermula..Tika dan saat ini pastinya menghitung hari-hari untuk kembali ke desa tercinta..Dalam ceria untuk berjumpa keluarga ada juga tercalit perasaan sedih apabila akan kehilangan lagi beberapa orang anak murid istimewa yang aku sayangi...Mereka pergi dan pastinya tahun hadapan wajah-wajah ceria mereka tak mungkin kutemui di SMK Demak Baru lagi..Teringat masa latihan persembahan motivasi hari tu, aku digelak oleh anak-anak muridku kerana tak mampu menahan airmata yang mengalir apabila kudengar mereka menyanyikan lagu Doa Perpisahan dari kumpulan Brothers.Hakikatnya mereka tak tahu dan mungkin tidak mengerti betapa aku sayang mereka semua umpama anak-anak sendiri..kerana merekalah aku menjadi guru...betapa aku amat menghargai kehadiran mereka semua..Tahun depan aku pasti kehilangan Mazlan,Shahir,Atikah,Aisyah, Rafidah dan Mohd Rahmat.Aduh...di antara mereka ada kenakalan yang tersendiri yang sentiasa menceriakan hari-hari ku...
Mazlan....masih kuingat ketika hari pertamaku di SMK Demak Baru September 2006,dialah muridku yang pertama yang menegukur. Setiap hari pasti ada surat untukku yang ditulisnya walaupun sepatah pun aku tidak memahaminya kerana tulisan cacingnya itu...Setiap hari jugalah dia mengajakku kahwin dengannya...Pernah satu ketika aku dan Cikgu Maya membulinya hingga aku tergelak tak terkata..Tapi bila kuajukan siapakah cgu yang ingin dikahwini tetap jua dia memilih aku...Mazlan oh mazlan...banyak benda lucu yang berlaku antara kita...gelak tawamu,perangaimu,gelek tarimu,terkadang jua kemarahanmu akan pasti menjadi memori untuk cikgu kenang ke akhirnya...Teringat jua hari kedua persekolahan terasa sebak di dada apabila kemaafan kuhulurkan pada mereka anadai kata selama aku mendidik mereka ,aku tidak menjadi guru yang betul-betul mendidik mereka sebagai seorang insan..
Shahir...pertama kali mengenalinya..sangat berbeza..seorang murid yang suka duduk di bawah meja,di tempat-tempat yang gelap...Bila datang je pastinya mencari tempat tidur...Itu dulu kini Shahir dah banyak berubah ...sangat aktif melawat setiap kelas ,mencerap guru yang mengajar dan terkadang kupanggilnya yang berhormat..Sepanjang 2010 akulah yang ditugaskan menjaga makan minumnya hinggalah hari terakhir persekolahan..Teringat hari last hari tu..aku tak selera makan melihat Shahir didepan mata.Jiwa dah mengenangkan tahun depan Shahir dah tiada lagi.
Mohd Rahmat...insan yang sangat aku sayangi sebenarnya..dialah yang selalu membantu aku menyimpan barang-barangku ke dalam kereta ,mengemas mejaku dan terkadang menjadi penghibur hati .Pastinya kata-kata setiap hari iaitu "Cgu Norzita Nanggar TV " tak mungkin lagi cuping telinga ini akan mendengarnya pada tahun hadapan..Suara merdumu Rahmat tidak akan lagi kedengaran menyanyikan lagu ketika persembahan dan majlis perpisahan nanti...Tapi Cgu pasti tika rindu menghimpit hati cgu padamu cgu pasti akan ketemu Rahmat kerana setiap petang pasti Rahmat ada di tepi jalan menghitung kereta-kereta yang lalu lalang...
Atikah...seorang murid perempuan yang menjadi usikan guru-guru kerana sikapmu yang suka kepada guru-guru lelaki,...Akulah juga salah seorang guru yang kuat menyakatmu...Tapi Atikah...cikgu ingin mengucapkan jutaan terima kasih cikgu pada Atikah kerana dalam ramai-ramai cikgu,Atikah memilih cikgu sebagai guru perempuan yang Atikah suka.Walaupun di awal cikgu mengajar di SMK Demak,cikgu begitu rimas dengan perbuatan Atikah yang sentiasa menelefon cikgu tidak mengira waktu...Terkadang setiap hening pagi pasti cikgu menerima panggilan Atikah..tapi cikgu terima kenyataan itulah antara cabaran menjadi guru khas yang terpaksa cikgu hadapi...Semoga dirimu sentiasa bahagia walau di mana sahaja berada atikah....
Rafidah....seorang anak murid yang sangat nakal..Pastinya kenakalannnya adakala amat menyusahkan guru-guru...Tetapi mengenalimu cikgu cuba untuk memahami apa perasaan Rafidah...Tidak menunjukkan cikgu membenci Rafidah....Cikgu pasti akan kehilangan insan berbakat dalam seni seperti Rafidah...Doa cikgu Rafidah berubah menjadi anak murid cikgu yang baik budi pekerti...
Aisayah...walaupun tak banyak kenangan cikgu dengamu...tapi pasti cikgu akankenang gelak tawamu menceriakan hari-hari cikgu...
Pada kalian semua ...selamat maju jaya di luar sana...Antara kita telah tercipta memori..Memori kini menjadi memori seorang guru....Terima kasih atas segalanya...

Jangan Ada Dengki Antara Kita

Rupanya ada juga insan-insan yang kurang senang dengan kehadiran blog ini...Ada yang cuba menceroboh hak peribadi email saya...dan juga cuba untuk memadamkan blog saya..Entah apalah silap saya...Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Jumaat, 12 November 2010

Antara Lena dan Terjaga

goodnightbluebear.gifSelamat malam.....pada teman yang masih lagi berjaga...Mungkin kita serupa antara lena dan terjaga sedangkan insan lain sudah lena diulit mimpi indah mahupun sebaliknya...
Tak tahu apa yang nak dibuatkan.kerja rumah masih belum sempurna tapi takde mood nak lakukan.Buku rekod mengajar dah berminggu tertangguh tak tertulis...tapi pasti aku kena siapkan jugak sebelum18 Nov nie...
Tika dan saat nie ada teman yang masih berjaga..terharu jugak rasanya apabila sentiasa ada tetamu yang datang menatap bloqku yang tak seberapa nie...terima kasih daun keladi....jangan jemu untuk kunjungti lagi...
Sebenarnya rindu pada seorang teman ....Entah mengapa hati begitu rindu...

Khamis, 11 November 2010

Hanya sekadar catatan....

Rasanya lama juga tangan ini tidak menari-nari menitipkan cerita di bloq nie...Bermula di bulan Ramadsn dahulu hinggalah kini...Bukannya apa terkadang perasaan yang bermain dilubuk hati terlalu sukar untuf ditafsirkan dengan kata-kata..
Bermula Aidilfitri suka duka mula silih berganti..Raya kedua saat gembira di kala melihat adik tercinta mengikat tali pertunangan dan di hari yang sama ulangtahun perkahwinan aku dan suami..Pejam celik rupanya sudah 12 tahun pengkongsian hidup aku dan dia.Bahagia dengan kehadiran 4 cahayamata dan bakal menimbang cahayamata kelima Aprill 2011.Terasa begitu singkat pengkongsian hidup ini lantaran kasih sayang yang dilontarkan padaku tak terbelah bahagi..Sesungguhnya jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur dengan jodoh yang ditetapkan untukku ini..Buat suami tercinta..terima kasih atas segala pengorbananmu..
Aidilfitri juga mata ini diberi peluang menatap wajah ceria ayah kerana dapat kutunaikan hajatnya beraya dengan motosikal baru..Andai kata antara kita umur tak panjang...mungkin perasaan terkilan ini pada ayah dapat kukurangkan...Tapi ada satu perkara lagi yang tak dapat ayah penuhi untukku ....Semoga Allah akan membuka pintu hatimu..
Raya kedua jua pulang menziarahi mertua di KB....Perasaan terkejut melihat Ma yang terlantar di sofa usang ..Rupanya sudah  dua minggu  Ma  menderita sakit berpunca jatuh di bilik air ditambah lagi dengan kerosakan paru-paru yang dihadapinya sekian lama.Rasa berdosa sangat pada Ma..seolah ak u mementingkan diri .kerana kalau ikutkan giliran tahun ini aku dan keluarga sepatutnya beraya di Kota Bharu selepas itu barulah di Terengganu..
Melihat keuzuran Ma...seakan gerak hati ini mengetahui Ma akan pergi..Lantas aku mengambil keputusan untuk membuat gotong royong membersihkan rumah besar-besaran sambil dibantu oleh adik-adik ipar dan ipar dua yang lain..Sempat jua Ma menggunakan katil dan tilam yang kubelikan untukknya...Masih kuingat ketika tanganku ligat membersihkan dinding rumah serta membersihkan segala yang ada dirumah tu...aku cukup perasaan Ma memerhati apa yang kulakukan..Sesuatu yang kuperasan perubahan Ma...ketika aku mengelap tangan,muka dan badannya,Ma seolah-olah tidak ingin aku berhenti ..Sempat jua kusisirkan rambutnya,sempat jua ku buat bubur untukknya..Tapi satu yang dapat kutunaikan Ma menyuruhku mengunting rambutnya tapi ku menolak kerana aku tiada kepandaian dalam kepakaran mengunting rambut..Akhirnya saat aku dan keluarga akan pergi jua meninggalkan Ma..Airmata suamiku mengalir laju sambil memeluk erat Ma..Kesedihan terus menghuni pintu hatiku..Lantas aku jua mengambil kesempatan memeluk Ma dan sempat jua kucium pipinya kiri dan kanan.Rasanya itulah pertama kali dalam hidup aku sejak bergelar menantunya kulakukan sedemikian rupa,seolah-olah mengetahui itulah ciuman pertam dan terakhir buatku pada insan yangkupanggil Ma..Kerana selepas 3 hari kepulanganku ke Kuching ,satu berita yang sememangnya tidak sanggup kudengar terpaksa jua ku terima..Ma pergi tak kembali pada tepat pukul 10.00 pagi di hari Selasa. pada 21 September 2010.Air mata terus mengalir laju tanpa kuhiraukan anak-anak murid dan guru yang lain.Terbayang terus kesedihan suami kerana kehilangan ibu tersayang..Dalam masa yang sama terpaksa kami terima hakikat untuk tidak dapat menatap wajah Ma kali terakhir hanya kiriman Al-Fatihah dari kejauhan dikirimkan..
Sampai di KB jam dah menunjukkan 7.45 malam..Sampai dirumah hanya airmata yang tak mampu ku tahan apa tah lagi pada kesedihan yang dialami suami ketika itu..
Airmata mengalir laju takkala mendengar cerita Ma pergi de ngan memakai baju yang kuberikan padanya ,di atas  katil dan tilam yang ku betikan..Sebelum kucuci dan bersihkan baju dan segala yang digunakan oleh Ma...hati begitu sayu lantas ku cium berkali-kali mencari bau yang Ma tinggalkan untuk melepaskan rindu...Benarlah kata orang bila dia pergi barulah kita tahu kebaikannya...Sememangnya aku tidak dapat nafikan Ma..ibu mertua yang begitu baik..Mungkin aku yang selalu berprasangka padanya..Maaf aku Ma....Doaku Ma..sentiasa tenang di alam sana Semoga ALLah sentiasa merahmatimu...
Kembali ke Kuching semula mengambil masa juga pada suamiku untuk pulih dari kesedihannya.Dalam masa yang sama rupanya mak pula berkecil hati apabila kepulangan ku ke Kb yang langsung tidak menghubunginya di Terengganu menimbulkan salah sangka..Kusangkakan mak faham dengan situasi ketika itu...Berdosanya rasa hati apabila membuat Mak rasa terkilan dengan anak-anak...Lantas aku terus menelefon menceritakan situasi yang berlaku.Nasiblah Mak ceria selepas itu....Untuk mengambil hati Mak..suami telah mengajak mak datang ke Kuching.Alasannya untuk menikmani diriku semasa ketiadaanya di Kuching.Tak sangka mak sanggup datang dengan Kak Jan dan Fatin yang sanggup tidak ke sekolah selama 2 minggu..Hari -hari yang kulalui semenjak mak dan kak jan di sisi amat membahagiakan..Telah lama saat dulu aku idamkan kembali berulang..Apatah lagi pada anak-anakku semuanya bahagia dengan kehadiran nenek dan mak teh nya..Tetapi masa begitu pantas berlalu,2 minggu terasa begitu sekejap..Akhirnya mak dan kak jan telah kembali ke kg..Semenjak Mak pulang rupanya hingga kini Mak tidak sihat...Akhirnya kesakitan Mak bertambah ketara apabila Mak di bawa oleh ambulan ke hospital. 5 hari mak di sana dan baru semalam mak pulang..Lega rasa hati bila dapat bercakap dengan mak...Semoga Mak akan kembali sembuh seperti sediakala..Doaku..semoga aku masih diberi kesempatan untuk bersua lagi dengan Mak..Detik masa yang beredar kini se4akan lambat berputar kerana aku tak sabar untuk menanti tarikh 1 Dec 2010 menjejakkan kaki di tanah tumpah darahku...Mak..semoga dirimu akan sentiasa menunggu kepulanganku...

Buat Layyinul Hariir

94thank_u_add_flowers.gifBuat Layyinul Hariir terima kasih atas kunjungan menziarahi blog Memori Seorang Guru...Semoga yang baik dapat dijadikan panduan dan yang sebaliknya jadikan iktibar dalam menempuhi liku-liku kehidupan..TQ.

Selasa, 9 November 2010

Hari Keluarga LHDN Di Siar Beach(3)

 Bergambar kenangan di pantai
Bersedia untuk mengisi air dalam botol

Adam juga tidak ketinggalan mengambil bahagian
Selepas pendaftaran sebelum pertandingan dimulakan.

Hari Keluarga LHDN Di Siar Beach(2)

 Aktiviti malam pula BBQ ,Karaoke dan penyampaian hadiah untuk pencarian harta karun..Terpaksa balik  awal sebab Alya demam.
 Alif tersenyum gembira bila tahu akan dapat hadiah jugak pencarian harta karun




Isnin, 8 November 2010

Hari Keluarga LHDN Di Siar Beach(1)

Bersedia sebelum Treasure Hunt dilepaskan .Kumpulan kami bernombor 11 ..


Bergambar kenangan bersama Di Telaga Biru  dengan Check Point. Ketiga.Wana dan Sarah.
 Aimy dah mula nmpak penat...yang lain tak sabar nak ke check point terakhir..
 Bersedia menjawab soalan bonus sebelum dilepaskan ke check point 4
 Sampai juga di Reatreat Resort...Alhamdulillah dapat juga nombor ke-7 .Hadiahnya hamper..yang pasti banyak kenangan yang dapat diperolehi sepanjang pencarian harta karun ini...Best sangat-sangat ...

 Mendengar taklimat pertandingan mewarna
 dah dapat kertas tulislah nama..


 Aimy,Adam Alif Dan Alya bersedia untuk mewarna


 Aimy tak berjaya siapkan tapi dapat juga hadiah pensil warna


Ketika pertandingan ini berjalan King Tide atau air pasang berlaku..tak pernah ku tengok air ombak yang besar menghempas orang-orang yang ada kat sekeliling..

Rabu, 3 November 2010

Bersantai di Pantai

Hari minggu yang lalu ..boring duduk kat rumah lalu aku ajak suami dan anak-anak minum petang di kg Buntal sambil membeli ikan,sayur dan buah kelapa kat sana.Balik dari Kg Buntal anak-anak ajak singgah sebentar di Pantai Pasir Pandak...Aku suka pantai ni sebab pantai ni berlatar belakangkan Gunung Santubong yang cukup indah bagiku...