2014 sudah ditinggalkan.pergi membawa bersama cerita suka duka..sesunvguhnya tahun ini tahun kehilangan...harta benda serta kwhilangan insan tersayang yang tidak boleh diganti..
Rupanya diri mengalami nasib serupa...2014...rupanya tahun kehilangan insan yang ku panggil ayah...tiada lagi insan yang menanti tiap2 bulan rezeki untuknya.tiada lagi insan untuk diri ini bergelak ketawa bergurau senda dengannya..juga tiada lagi insan yang terkadang bisa buat hati ini panas walaupun ku tahu amatlah yidak wajar seorang ànak bertindaj sedemikian.
Cuti yang kesekian kali ini cukup terasa tanpa dia...ayah..tika kaki melangkah ke pusaramu.airmata mengiringi laju tiap langkahku walau sedari awal telah kutanam ketabahan fan menahan airmata dari bercucuran...tapi diri ini insan biasa yang tak mampu dan kuat.
Melihat 2 batu nisan mu...kembali satu persatu memori bersama ayah.. dalam garang àyah ada sayang yg tak tercari..oleh saya..dalam suka dan tawa ayah...ayah begitu sepi sedih hati saya bila jumpa dengan kawan2 ayah yang nemveritahu ayah selalu memuji saya..apa yang lakukan pada ayah...ruoanya sygnya ayah pada saya.....sepetti mana ayah saya juga sama tidak bisa merealisasikan sayang ayah secara terus tapi di sebaliknya sy begitu sayang ayah ..walau apapun yang pernah terjadi dulu..tanpa ayah sy tidak akan dapat menikmati hiduo di dunia ini...ayahlah yang mrnjadikan saya untuk terus bersemangat mengejar cita2.tindakan ayah buat sy tercabar untuk membuktikan yg saya mampu ayah banggakan..namun sy tidak pernahpun menyatakan secara terus pada ayah....itulah kesilapan saya yang hingga kini buat saya terkilan dihati.
.disaaat hati sy terbuka menerima diri ayah.disaat sy begitu menyanyagi ayah.ayah pergi tanpa sempat saya mencium pipi ayah buat kali terakhir...hanya dapat sata tatap pusara ayah yang sepi...nikmat terakhir yg tak dapat saya nikmati seperti adik beradik saya yang lain...maafkan saya ayah... semoga ayah tenang di alam sana dan semoga Allah mencucuri roh arwah ayah...
Ayah....terlalu rindu padamu...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 1 Januari 2015
Ayah..pergimu meninggalkan duka di hati
Ubi kayu
Cerita tentang ubi kayu...terkadang buat diri ini tersenyum pahit tapi adakalanya tersenyum manis...
Apatah lagi di musim-musim hujan begini..ubi kayu dijual merata- rata di tepi-tepi jalan...mudah je nak membelinya tapi harga ubi kayu sekarang mengalahkan harga ubi kentang..namun demi menuntut tekak yang nak makan ni tetap juga membelinya..
Bagi aku kemanapun aku pergi ubi kayu tetap dihati...makanan ruji kami tika dalam kesusahan dulu menyebabkan aku tidak mudah untuk melupakan ubi kayu.lapar je mak rebus ubi kayu..rebus tawar cicah pulok dengan ikan masin atau ikan jeruk..terkadang mak rebus terus letak gula ini yang aku suka..letak banyak- banyak gula lepas tu cari ubi yang lembik dan berair..fuyo sedapnya..mak juga akan gaul ubi kayu dengar nyiur letak garam dan gula makan pula dengan ditemani air kopi...sedap hingga kenyang perut...
Tapi kini ubi kayu bukan menjadi pilihan ansk- anak walaupun aku cuba mendidik dia orang untuk menghayati ubi kayu ni..namun dipandang sepi..
####rindunya suasana dulu...
2015...Selamat Datang
Salam perpisahan 2014
Pergilah..bawakan bersama cerita duka itu
Agar tidak lagi jiwa ini bercelaru dan resah memikirkan tentangnya...
Selamat bertemu 2015
Kutunggu hadirmu
Berikanlah harapan sinar terang itu milik kami
Melawan arus kehidupan dengan pelbagai cerita
2015..
Dalam anjakan usia...seiring jua dengan matangnya fikiran dan tindakan
Jadikan diri ini tidak mudah goyah dengan segala ujian yang mendatang..
Jauhkan diri ini dari insan- insan yang membawa kehancuran
Semoga Ilahi sentiasa bersama memandu tiap langkahku agar tidak tersungkur untuk sekian kali...