Sewaktu kakinya ingin melangkah pergi..sempat dia menghulurkan sekeping kad hari lahir buatku.Kali ini kad darinya terlewat 5 hari daripada tarikh ulangtahun kelahiran ku..Sebenarnya aku sudah sedia maklum dah lama kad itu dibeli tapi tiada ruang masa lantaran kesibukannya.Akupun sudah lupa kad tersebut kerana dia telahpun membelikan sebiji kek dan hadiah pada ulangtahun perkahwinan kami yang ke -14 serta hadiah untuk hari lahir ku.Pun begitu tertiba setelah wang dihulurkan kepadaku dia turutkan sekeping kadhari lahir buatku..Berat nak lepaskan dia pergi..Tertiba ruang rindu padanya kembali menjelma.
Setelah dia pergi.aku segera membuka kad ini dan bait-bait tulisannya ku baca satu persatu.Hati menjadi sayu..sebak di dada dan lantas airmata ini menitip.Dah lama aku tidak menerima coretan darinya. Dah lama jugak aku tidak menulis untuknya.
Airmata ini mengalir laju apabila kuhabiskan membaca kesemuanya.Sesungguhnya aku rasa sedikit bersalah apabila selama ini banyak kesilapan yang telah kulakukan padanya..
Sesungguhnya dia telalu baik untuk seorang yang seperti diri ini..
InsyaAllah ..semoga Allah memberikan kesempatan untuk kita membaiki dimana tirisnya hubungan kita dan anak-anak..
Pada dia suamiku...
Terima kasih atas kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi..
Terima kasih atas segala kejujuran yang dirimu pamirkan..
Terima kasih kerana menerima diri ini dan keluargaku seadanya..
#menanti dan setia menunggu dirimu pulang...semoga selamat hendaknya:) #