Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 11 Mac 2012

Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG 2012

Roses 

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK DEMAK BARU
24 Mac 2012
DEWAN AUDITORIUM DBKU
KUCHING.

PENGUMUMAN KETIBAAN.
Mengumumkan ketibaan  Yang Berhormat …………………………….. diiringi oleh dif-dif kehormat.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan Koir sekolah SMK Demak Baru.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia


Yang Berhormat
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………


Yang Berhormat
 Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
,Adun Semariang merangkap  penaung PIBG SMK Demak Baru .

Yang Berusaha
 Yang Dipertua PIBG SMK Demak Baru
 En Hj Busman Bin Ramli dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Demak Baru sesi 2010/2011.


Yang Berusaha
En Rambli Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru dan barisan pentadbir



Yang Dihormati lagi dikasihi,
 guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian  Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Demak Baru 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua


Bagi  pihak ahli jawatankuasa  berbesar hati  mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.


Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina  ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SMK Demak Baru sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun  sahsiah pelajar .  


BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Majid atas  bacaan doa itu tadi.



Hujan gerimis lebat di hulu
Haba di muara terasa nyaman
Bacaan doa sudah berlalu
Menyusul kini arena persembahan

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2011 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Jamaludin Juni dengan kerjasama semua warga SMK Demak Baru. Terima kasih dan tahniah diucapkan.



PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI


Majlis seterusnya amat istimewa kerana ianya akan dipersembahkan oleh seorang pelajar istimewa PPKI yang cemerlang dalam PMR baru –baru ini dengan mendapat keputususan 1A 6B 1C. Beliau juga merupakan juara bertahan dalam pertandigan khat dan hafazan  peringkat sekolah.Beliau juga merupakan johan dalam Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.Di persilakan adik QaamarulIzat untuk menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk…………………………….

Terima kasih diucapkan kepada Adik Qamarul Izat atas penyampaian sajak itu tadi.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
 Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN

Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha  En Rambli Hj Hasbi , Pengetua SMK Demak Baru  merangkap Penasihat PIBG  SMK Demak Baru  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
 
Pergi ke kedai  membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP  PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Deamak Baru, Yang Berusaha En Hj Busman  bin  Ramli  untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..


Demikian tadi ucapan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru , En Hj Busman  bin Ramli.  Terima kasih diucapkan.



UCAPAN PENAUNG PIBG
Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi puan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap  penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah  Sayeed Aman Ghazali atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya SMK Demak Baru sesungguhnya terhutang budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Yang  Berhormat





UCAPAN PERASMIAN


Menjemput  Dato’ untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Dato’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat  Dato ……………………………………………………………………………… bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.


 Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan  terima kasih  kepada Yang Berhormat  Dato ………………………………….,
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.


PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap  penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato ………………………………………………………….Majlis mempersilakan.
.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMK Demak Baru 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato……………………. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat  Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha  En Rambli Hj Hasbi, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..
Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,

SELEPAS KUDAPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan Auditorium untuk Mesyuarat Agong Tahunan PIBG,SMK Demak Baru 2012.


Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru akan dipengerusikan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru,En Hj Busman Bin Ramli. Majlis mempersilakan En Busman untuk menyampaikan kata aluan.

UCAPAN PENASIHAT
Seterusnya majlis mempersilakan En Rambli bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan .Majlis mempersilakan.
(Selesai mesyuarat dan pemilihan)

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En……………… untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini  mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU.

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..

Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.