Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 13 Mei 2017

Terima kasih

*BUAT RENUNGAN*

Sentiasa berterima kasih kepada orang yang telah menganiaya kita.

Tanpa sedar, mereka telah menguatkan kita.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Semoga kita sentiasa berada di dalam keberkatanNYA

I السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami,  sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami...

Ya Allah..
Jadikanlah hari SABTU
16 Saaban 1438H bersamaan 
13 Mei 2017M ini bg kami lebih baik daripada hari2 yang lepas.

Ya  Allah..
Jika hari ini ada diantara kami Dan keluarga  kami Yang sedang sakit,  Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...... Berikanlah kesembuhan untuknya.. Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami Dan keluarga kami Yang kesulitan rezeki Mohon mudahkan lah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah........... lKarena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari  ini ada di antara kami Dan keluarga Kami Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu.......... Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar...... Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari.........Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami  Dan keluarga Kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya.. Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Puisi rasa hati

Semalam
Aku diajar dengan kasih sayang
Penuh rasa
Ada rindu cinta dan kasih sayang
Hari ini
Aku diajar dengan satu kebencian
Satu dendam yang tak akan terpadam
Terima kasih kerana memberikan kedua rasa itu
Mungkin hari ini kau memorimu tidak terganggu
Dengan rasa yang bercelaru
Mana tahu
Esok atau pada suatu hari nanti
Kau akan lalui rasa itu
Dan di saat nya
Aku kini tidak lagi seperti yang lalu
Tiada lagi untuk aku mengusung rindu...

-Anak Pantai-

Resepi Choc Chip Cookies

CHOC CHIP COOKIES..

BAHAN A
1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar
(sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip
(sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun

Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dalam 1minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit

Syukurlah untuk hari ini

*BUAT RENUNGAN*

Sekiranya ingin merenung masa silam, renung dengan kemaafan.
Sekiranya ingin merenung masa depan, renung dengan pengharapan.

Namun, paling bijak adalah berada pada masakini dengan penuh kesyukuran.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Kita adalah kita

*BUAT RENUNGAN*

Orang yang terindah ialah yang menjelma dalam hidup kita, dan buat kita nampak mentari, yang sebelumnya kegelapan awan.

Orang yang sungguh percaya pada kita, kita juga mula percaya pada diri kita.

Orang yang menyayangi kita sepenuh jiwa kerana kita adalah kita. Orang yang hadir sekali seumur hidup kita.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Sekadar renungan

*BUAT RENUNGAN*

Saya pelajari bahawa walau apa terjadi dan betapa buruk hari ini, kehidupan masih tetap diteruskan, dan insyaaAllah, esok akan jadi lebih baik.

Saya pelajari bahawa tidak kira betapa pun hubungan kita dengan kedua ibubapa, kita tetap akan merindui mereka bila mereka telah meninggalkan kita.

🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥🎉🍥

Resepi kerabu jantung pisang dan taugeh

RESEPI KERABU JANTUNG PISANG DAN TAUGEH

Bahan-bahannya :
●   1 biji jantung pisang (buang kulit yg tua/keras) di rebus dan dihiris halus dan sedikit taugeh
●   1 tangkai bunga kantan - belah 4 dan di hiris halus
●   1 labu bawang besar - dihiris halus
●   5 biji cili tailand (hijau) - dihiris halus
●   Udang kering  - di goreng tanpa minyak dan d tumbuk lumat.
●   bawang merah ditumbuk lumat
●    5 sudu besar sos ikan
●   cuka secukupnya
●   3-4 biji limau kasturi
●   Garam dan ajinomoto secukup rasa
●   sedikit kelapa digoreng
●   sedikit lada hitam
●   Gula secukup rasa

Semua bahan tadi digoreng diatas api seketika


Cara-caranya :
1.  Campurkan semua bahan dan gaul mesra.
2.  Perasakan dengan garam dan ajinomoto dan siap.

Aktiviti pengenalan diri -Pendidikan Moral

Kerana aku guru

Hari ini dan semalam selalu ada kenangan