Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 29 September 2019

Resepi Kek Planta Pelangi

KEK PLANTA PELANGI

🎂 BAHAN2 :

🌸 1 cawan planta
🌸 1 cawan gula halus
🌸 2 cawan tepung
🌸 1 sudu makan baking powder (tak perlu letak kalau guna tpg naik sendiri)
🌸 3 biji telur gred A
🌸 2 sudu besar susu pekat
🌸 1 sudu kecil esen vanila
🌸 pewarna

🎂 CARA2:

🐝 Pukul planta & gula sehingga kembang(Sampai planta tukar warna putih)

🐝 masukkan telur satu persatu (setiap 1 biji selang 2 minit)

🐝 Lepas tu masukkan esen vanila & susu pekat...mix sampai gebu...

🐝 Last sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis....boleh je nak kacau pakai mixer & sudip  asalkan semua tepung sebati

🐝 Bahagikan pada beberapa bahagian & masukkan warna...letakkan dalam loyang yg sudah di sapu planta & ditaburkan sedikit tepung gandum...selang seli warna sampai habis

🐝 Bakar pada suhu 160°C selama 40 MINIT @ sehingga kek masak...Pakai api atas bawah

Alhamdulilah menjadi 💃🏻🙋🏻‍♀️

Resepi Bingka Ubi Kayu

RESEPI
Bingka ubi kayu

2 1/2 cwn santan Segar yg pekat
6        cwn ubi kayu yang suda siap diparut
1 1/2 cwn gula 😊 ni memang sedang2 je
            Manisnya
1 1/2 sudu teh garam
           Dan sedikit pewarna kuning
           Saya guna ubi kayu putih ye
           Sebab tu saya letak pewarna

Cara caranya:

Gaulkan semua bakar dalam oven api atas bawah,selama 1jam suhu 180-200
Kalau nk garing,selepas 1jam tambah lagi 15minit api bawah dan 15minit lagi api atas sahaja.
Loyang 10x10x3
Selamat mencuba 😊😊😊
Maaf saya lupa,dah masuk dlam Loyang letak planta atau butter sikit diatas adunan..
Lepas Tu baru masuk kedalam oven..

Reaepi Risoles

Resepi Risoles

Inti
marjerin untuk tumis
bawang putih
Bawang besar
Susu cair
Isi ayam
Carrot
Kentang
Cebdawan butang
Lada sulah
Daun sup
Serbuk pala

Tumis bawang dan masukkan bahan lain. Masak hingga kering. Boleh juga campurkan sesudu tepung gandum untuk melikatkan inti.

Kulit
Tepung gandum 2 cawan
Tepung kanji 1 sudu besar
Susu 2 cawan
Garam
Marjerin 1 sudu besar

Bancur agak cair. Buat mcm kulit ketayap satu persatu hingga habis

Balut inti mcm balut popia. Celup dlm telur, salut dengan bread crumbs dan goreng.

Sedap... garing di luar, lembut di dalam.

Churros Coklat

First time cuba buat kuih churos cicah coklat..alhamdulillah menjadi dgn jaya nya..guna acuan samperit je. 2 cwn tepung dpt 40 biji churos yg comel..😋😋😋

#Churros coklat

Bahan2~
1 cwn tepung gandum
1 cwn air*
1 sudu besar marjerin @ butter*
1 sudu besar gula*
1 biji telur ayam
Sedikit garam*
Esen vanila*

Cara membuat churos~
1~ Pns kan kuali cair kan marjerin @ butter *
2~ Masuk kan air, gula, garam dan esen vanila *..biar kan smpai mendidih ttup api.
3~ Msuk kan tepung gandum dlm bahan2 yg telah di cair kan td gaul sebati dgn senduk kayu..biar kan sejuk dlm 5 minit..
4~ pukul telur sekejap mcm nk buat telur dadar
5~ Masuk kan telur td dan gaul sebati..sejuk kan..
5~ Picit adunan dlm acuan samperit..sblm tu basahkan jari dgn mnyk supaya x lekat dan cantik..
6~ Susun churos dlm dulang yg dh di sapu mnyk...dah siap semua bru lah di goreng dgn api yg sederhana smpai kuning keemasan boleh angkat dn sejuk kan..

Coklat cair

Bahan2 nya~
100 gm coklat masakan
1 sudu besar marjerin @ butter
1 sudu besar gula
cairkan dgn kaedah double boiler, kalu nmpk pekat sgt tmbh air sedikit..sbb bila coklat sejuk nti dia akan membeku.

Resepi Terung Bakar Sambal Belacan ikan

TERUNG BAKAR INTI SAMBAL BELACAN + IKAN.

Terung di bakar.
3 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)

Sambal belacan.

Cili besar
cili api
belacan bakar
gula
garam
mangga muda.(racik halus)

Tumbuk semua bahan, dah siap, masukkan isi ikan rebus, gaul sebati, belah tengah terung bakar tadi, sumbat sambal belacan bercampur ikan tu dalamnya.

Resepi Daging Goreng Sos tiram

ADA YG SUKA DAGING TAK? 🙋🏻‍♀️ NAK RESEPI? NAH.. 👇

RESEPI DAGING GORENG SOS TIRAM 😋😋

Bahan2 :
1. daging
2. bawang holland
3. cili padi
4. bunga lawang
5. kayu manis
6. bawang putih
7. halia

cara2 :
daging tu diperap dahulu dengan sos tiram, kicap manis, serbuk kunyit dan garam,  kemudian tumiskan bahan2 tadi dan letak daging. masak sampai nampak seperti dibakar. siap!

Selamat mencuba.

Resepi Puding Karamel Gula Hangus Tanpa Telur

Puding Karamel Gula Hangus TANPA TELUR dan TANPA PERLU DIKUKUS 😄

Bahan2 Untuk Karamel:
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air panas

Bahan2 untuk puding:
3 Sudu tepung kastad
1 Sudu essen vanilla
10g serbuk agar2
1 Tin susu cair
1/2 Tin susu pekat
1/4 Gula (Abaikan kalau x nak manis)
4 cawan air

Cara2:
Panaskan gula dan air di dalam kuali dengan api perlahan. Tunggu sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Inilah gula karamel.
Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang /acuan (saya guna bekas tupperware) dan ketepikan dulu.

Dalam periuk lain, masukkan tepung kastad, essen vanilla, dan susu cair. Kacau smpai tidak berketul. Kemudian masukkan serbuk agar2, susu pekat, gula dan air. Kacau semua bahan sampai sebati.

Bila dah sebati, panas kan di atas dapur gas dgn api yg perlahan sehingga menggelegak. Tutup api. Kemudian tuang kan bahan ke dlm acuan yg mengandungi gula karamel tadi.

Sejukkan. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam, apabila puding telah sejuk dan keras barulah boleh keluar kan puding drp acuan dan dihidangkan 😘

P/S: Tips nak keluarkan drp acuan:  guna bekas tupperware @ apa2 shj bekas plastik sbb senang nk regang2 kan kiri dan kanan bekas tersebut sebelum terbalikkan dlm pinggan.

Selamat mencuba 😘

Kuih Lopes Sedap

Resepi kuih lopes traditional yg sedap dan mudah!
zaman dulu takda santan yang di masak ketika proses menanak pulut utk kuih lopes. Resepi yang mak dan tok saya buat, saya ikut 100%. Sangat sedap dimakan. Lemaknya kuih kerana digaul dengan kelapa. Sederhana Manis dengan gula melaka serta berbau harum aromanya dengan daun pandan dan daun pisang. . Kalau di beli rasa tak sesedap kita buat sendiri...

KUIH LOPES PULUT TRADITIONAL
Resepi & Photo: Khadijah Abdrahman

Bahan-Bahan:

4 Pot Beras Pulut (Pot sukat Nasi Periok Rice Cooker)
5 Pot Jus Daun Pandan (dari 6 Helai Daun Pandan yang bersaiz lebar)
1 Sudu Makan Kapur Sireh
1/2 Sudu Teh Garam Halus
Beberapa Titis Pewarna Hijau Epal
Kelapa Untuk Di Gaul Dengan Kuih Yang Dicampur Dengan Sedikit Garam
Daun Pisang Secukupnya
Tali Untuk Mengikat Pulut

Cara Masak:

1. Daun pisang di layur diatas api, lap dan ketepikan.
2. Cuci bersih pulut, tos dan ketepikan.
3. Daun pandan diblend dan jadikan jus daun pandan. Tapiskan.
4. Sedikan periok. Masukkn jus daun pandan, kapur sireh dan garam. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih masukkn pulut. Kacau rata jangan tinggalkan proses ini. Nanti pulut hangus. Kacau dan masak sehingga air pandan kering spt memasak nasi. Matikan api dapor. Sejukkn.
6. Sementara menunggu pulut sejuk. Sediakn periok kukus dgn api yg perlahan.
7. Bentangkan daun pisang dan sapu sedikit minyak masak keatas daun pisang. Proses ini supaya pulut tidak melekat pada daun pisang dan senang diikat.
8. Sendukkn pulut dan letakkn diatas daun pisang yg trbentang. Golekkn pulut sambil kemaskan dihujung kiri dan kanan ketika membalut pulut.
9. Ikat dengan tali rafia kiri dan kanan sambil kemaskn ia. Bila siap di balut, gunting bahagian hujung kiri dan kanan. Balut pulut sehingga habis.
10. Kukus pulut selama 40min dan sejukkn trlebih dahulu sebelum di makan.
11. Sementara menunggu pulut sejuk. Boleh sediakan benang untuk memotong kuih. Proses ini agar kuih lopes cantik dan tidak melekat apabila dipotong.
12. Bila pulut telah betul-betul sejuk baru dibuka balutan pulut lopes tersebut dengan memotong dengan benang.
13. Gaul dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam. Makan dengan air gula melaka...

Cara Masak Air Gula Melaka:

1 Ketul Besar Gula Melaka (diketuk trlebih dahulu)
1 Pot Gula Merah Lembut
2 Pot Air Untuk Memasak Gula Melaka
1 Helai Daun Pandan (disimpulkan)

Masak bahan sambil di kacau kerap kerana air gula cepat meruap di atas dapor dengan api yang perlahan. Renehkan dan Masak sehingga pekat dan brtali..

Resepi Begedil ayam sedap

Resepi Begedil Ayam Sedap Sangat!

- 1 kg kentang.
- 3 tangkai daun sup diracik halus.
- 1 sdb lada sulah (lada putih) ditumbuk halus.
- 2 sdb bawang goreng (boleh tambah ikut suka).
- dada ayam, banyak ikut selera.
- garam secukup rasa.
* telur secukupnya.
* minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Begedil Ayam
1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.

2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.

3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.

4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *

5. Tambah perasa ikut selera sndri.

6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar

7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.

8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

Tips :
Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.

Resepi Chicken Mango

CHICKEN MANGO IN THE HOUSE😍😍😍

RESEPI..

Ayam..
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak
Celup isi ayam dalam tepung bestari yg dibancuh dgn air...pastu golekkan atas tepung bestari sekali lg dan goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)...sukatan agak2 je.

Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td...tuang sos atas ayam. Siap!!!

Resepi Nasi Marjerin

Nasi marjerin💓💓💓💓👍👍👍

Nak resepi? Nah.. Ni resepinya 💓

Bahan2 diperlukan👇
4 cawan beras
1 sendok besa marjerin
2 biji bawang merah dimayang halus
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1sendok kismis

Cara menyediakan dan memasak👇
Basuh Beras. Toskan.
Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
Kacau sehingga sebati.

Ayam Panggang

Bahan👇
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah

Cara-caranya👇
Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(✌️sy pilih grill)

Sambal Nasi Ayam👇

Bahan👇
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara-caranya👇
Blender semua bahan.
Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.siap!!

Kuah Kicap Nasi Ayam👇
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan Kuah Kicap:
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja.
Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.

Sup Ayam👇

Bahan sup👇
air rebusan ayam
lada sulah
daun sup
garam secukup rasa
Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun sup diatasnya.

Motivasi Diri

Di sebalik bertalu-talu ujian,😥😥😥
Terselit berjuta pengharapan.☺

Sungguh, kita tak pernah pinta begini dan begitu. Tapi yakinlah, bahawa tiap-tiap perjalanan yang dihamparkan duri, pasti akan ada pertolongan dari Ilahi.🙏🙏

Senang ; Ujian.
Sakit ; Ujian.
Cantik ; Ujian.
Kaya ; Ujian.
Pintar ; Ujian.

Kerana dunia ini medan untuk di uji.

Dunia ; Tempat kumpul pahala mahupun dosa.

Moga segala yang perit, moga apa yang sakit, di hujungnya terselit pengampunan dari-Nya. 🌹🌹🌹🌹💝💝💝

Sambal Belacan

Sambal belacan....

Anggaran 30org mkn

Bahan-bahan

Cili merah besar 20+ biji

Cili api merah 20+ biji

Cili api hijau 20+ biji

Tomato 3biji

Belacan tanjung dawai /separuh/bakaq

Garam cikit je Tau

Ajinamoto cikit

Gula 3sudu makan ...agak-agak je

Air Limau kasturi  10biji

Air Asam jawa ambil pati sahaja

Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sja.... ( jangan guna air kosong)  simpan dlm peti insya Allah..lagi bertambah sedap

Pesan  Cintaku  Untukmu Sahabat 💗💗

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Pesan  Cintaku  Untukmu Sahabat 💗💗

Hidup Ini Tak Lain Hanyalah Penantian...
Menanti Waktu Sholat Dan Waktu Di Sholatkan!

Hidup ini terlalu singkat dan sementara..justeru itu..lakukan kebaikan sebanyak mana yang mampu kau lakukan agar menjadi bekalan buat mu di sana..

Usah memikirkan kesilapan orang tapi fikirkan kesilapan sendiri agar kau akan sentiasa memperbaiki diri

-Anak Pantai-

Pedoman andai ada kematian

Penting Sangat... Simpan mesej ni sebagai pedoman Andai ada kematian di rumah kita.

1) Telefon ambulans.  Doktor akan sah kan kematian.  akan bagi beberapa surat/borang utk d bawa buat laporan ke balai polis.

2) Telefon org surau/jiran yang terdekat

3) bawa document yang dibagi doktor td. ic si mati.  sijil lahir.  segala surat perubatan jika ada ke balai polis utk buat laporan. 

4) Bahagi kan tugas.   Apabila di sah kan oleh doktor tentang kematian.  sebelum hadir nya jiran-jiran.

1) letak jenazah   atas tilam.  kaki ke arah kiblat. muka mengadap kiblat

2)chek seluar/ pampers jika ada tberak tkencing.  jika ada cuci dulu.

3) salin seluar baju yg bersih.

4) cari perca kain bersih .  Buat bberapa tali. 
sedia kan minyak zaitun/baby oil.  mula kan dr muka.  urut pelan2 muka. rapat kan mulut n ikat dr dagu ke kepala.

5) urut mata pelan-pelan .rapat kan.  jika tidak rapat.  letak duit syiling 50sen di kelopak. bila dah rapat.  keluar kan duit tu. 
6) tangan siku..urut pelahan -lahan.  kiam kan elok2.  ikat kan kemas-kemas. 

7) punggung peha rapat kan elok-elok. urut pelan-pelan

😎 lutut rapat kan  elok2.  ikat tali. 
9) betis rapat kan. ikat tali

10) pegelangan kaki urut ..dgan minyak rapat kan n ikat kemas2. 

11) 2 ibu jari d rapat kan n ikat kan. 

12) ambik kain tudung bawal putih jarang. tutup bahagian muka

13) ambik kain batik panjang. tutup keseluruhan nya.

14) siap kan dlm beg .  kain batik panjang 15)helai.  towel satu.

16) Daun pandan sepokok. d bersih kan d kerat2. buh dlm plastik.

17)  sebelum kedatangan jiran2 .  anak2 yg lain mesti tutup aib.  dgan cepat2 bersihkan rmh. 

18)Bila jenazah n rmh dah ready semua.  sementara tunggu urusan yg seterusnya. Cuba ambik kesempatan brehat  .  makan minum secukup nya . 

19)Tujuan urut. supaya segala sendi2 tetap lembut sehingga memudah kan waktu nak mandi/kapan.

20)Buat pelan2.  sambil sedekah al fatihah.  ni kerana jenazah yg tcabut nyawa nya ..dlm keadaan perit sakit. 

semoga bemanfaat utk semua.

Kredit : Viral Johor

Sambal Hitam

Sambal Hitam

Bahan

Bawang besar + bawang kecik + bawang putih + cili api + belimbing + cili flakes PADU

blender dan blend.

Lepas tu tumis la bahan blend.

Sambil tu goreng la ikan bilis sampai rangup dan tumbuk jerr guna lesung tapi tak hancur sangat.

Campak garam + kicap + sos tiram + perasa.
Dah cukup masak.Masuk kan je la ikan bilis tadi

Kuih Lapis Tembikai

Kuih lapis tembikai .

2 cawan tpong beras
1 cawan tpong gandum
3 sudu besar tpong ubi
4 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan gula . x suke manis bleh kurangkan
Garam
Perisa pisang
Warna
Bijan hitam

# Satukan santan gula garam perisa pisang .kacau sehingga sebati
# campurkan tpong kacau sehingga x de ketul2..tapis
# bahagikam warna kesukaan anda .
Selalu tembikai kuning dngn merah jer ..
# sapu minyak pde acuan ...boleh la taburkan sedikit bijan tadi 
# letak warna tembikai tadi kukus d 10 minit atau ikut kesesuaian acuan masing2
# Letak warna putih kukus dlm 5init
#last sekali warna hijau lukus 15 minit ..
# angkat dh sejuk baru keluarkn dari acuan
## selamat mencuba ...

# tutup kukus mesti balut dngn kain ...